Shasha Abedul sudah bertunang ini sebab dia rahsiakan identiti kekasih hati

Oleh ISMAIL YAHYA

Dalam diam, hati pelakon Shasha Abedul akhirnya dimiliki oleh seorang jejaka istimewa.

Lebih manis, Shasha yang berusia 29 tahun mengumumkan bahawa dia dan teman lelaki telah mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu,

Menandakan permulaan langkah baru yang penuh makna dalam hidup mereka.

“Pada hari ini (11 Januari), kami merayakan cinta – murni, tulus, tanpa syarat, dan abadi.

Detik ini adalah langkah pertama kami dalam perjalanan yang penuh dengan janji, untuk saling menghargai, menyokong, dan berkembang bersama.

Shasha Abedul sudah bertunang ini sebab dia rahsiakan identiti kekasih hati

Cintamu terpancar dalam setiap pandangan, senyuman, dan sentuhan,” ujar Shasha, penuh perasaan.

Bersama dengan perkongsian itu, Shasha memuat naik beberapa foto mesra bersama tunangnya serta suasana majlis pertunangan mereka. Namun, dia memilih untuk merahsiakan identiti jejaka pilihan hatinya dengan menyembunyikan wajah tunangnya dalam gambar.

Dalam perkongsiannya, Shasha juga berharap agar hubungan mereka kekal dan berkembang hingga ke jenjang pelamin. “Semoga pertunangan ini menjadi asas untuk hidup yang penuh tawa, kenangan manis, dan hubungan yang paling mendalam. Inilah masa depan yang cerah, seperti cinta kami antara satu sama lain,” katanya lagi.

Berita gembira ini tentunya mengejutkan peminatnya, tetapi mereka turut berkongsi kebahagiaan Shasha dengan ucapan tahniah dan doa terbaik untuk pasangan tersebut.

BACA: Lelaki kongsi cara lalu RFID percuma ramai tak tahu!