Shuib mengadu kurang kasih sayang Watie, rupanya ini orang ketiga yang ganggu!

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Kemesraan Watie Hanifiah bersama anak-anak tirinya sering mencuri perhatian netizen.

Namun, kali ini situasinya sedikit berbeza apabila suaminya, Shuib Sepahtu, berseloroh

Tentang kekurangan masa berdua kerana kehadiran anak bongsu mereka, Ayash Affan.

Selalu Tidur Bertiga

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Shuib secara berseloroh meluahkan rasa bahawa waktu bersama isterinya kini sering “dikongsi” dengan Ayash.

Shuib mengadu kurang kasih sayang Watie, rupanya ini orang ketiga yang ganggu!

“Sejak Ayash duduk sini, tidur asyik bertiga saja. Aku memang nak complain, dah kurang kasih sayang. Tahu-tahu, waktu malam Ayash dah ada dekat tengah,” katanya sambil bergurau.

Watie Disanjung Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji sikap ikhlas Watie dalam menyayangi anak-anak tirinya.

Rata-rata mengakui Watie menunjukkan kasih sayang yang tulus tanpa membezakan layanan kepada anak-anak Shuib.

Netizen juga tidak ketinggalan mendoakan agar pasangan ini terus bahagia hingga ke akhir hayat.

BACA: Burung bukan punca pesawat terhempas, rupanya ditembak anti dron, alasan tak masuk akal Russia buat ramai marah