Pelawak Shuk Sahar dalam satu temu bual di satu podcast, dia telah berkongsi pengalaman pahit
Mereka yang terpaksa dia hadapi ketika kemelut rumah tangganya menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi video tersebut, Shuk mendedahkan ada individu yang tidak puas hatinya dengannya akibat kemelut rumah tangganya ketika itu sehingga meludah di keretanya.
“Masa tu aku pergi makan char kuay teaw dekat Pulau Pinang dan ada seorang mak cik datang dengan keluarga.
“Dia nampak aku dekat meja, dia tengok aku sambil dia bercakap dengan anak dia. Reaksi muka yang benci.
@okletsgo.sg Makcik haters ludah kereta Shuk 💦 FULL EPISODE DI OKLETSGO ON SPOTIFY ❤️💛💚 #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #podcast #podcastsg #podcastmalaysia #comedyvideo ♬ original sound – OKLETSGO
“Aku parking kereta, dekat tempat meja aku makan. Masa mak cik tu nak gerak mungkin dia tahu itu kereta aku, dia ludah dekat kereta aku.
“Aku nak bangun nak marah..kes aku tengah meletup. Orang kedai tu pun pandang aku tak okay, aku pun tak buat apa-apa. Itu tahap ‘cancellation’ Malaysia.” ujar Shuk.
Video tersebut telah menjadi bualan ramai dan rata-rata netizen berasa pelik dengan tindakan individu itu yang dilihat berlebihan meludah kereta Shuk.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga mengatakan kontroversi yang melibatkan Shuk hanyalah masalah rumah tangga bukannya berkait jenayah atau perkara lebih berat.