Shukri Yahaya kongsi perubahan isteri selalu bawa aura positif

Oleh ISMAIL YAHYA

Selepas mendirikan rumah tangga, setiap pasangan pasti berusaha untuk bersama-sama menjadi insan yang lebih baik.

Perubahan gaya hidup isteri pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan, yang mula berniqab

sejak Februari lalu, membawa aura positif kepada keluarga mereka.

Sebagai suami, Shukri meluahkan rasa syukur melihat perubahan isteri tercinta dan berharap Tya akan terus istiqamah, menurut laporan Kosmo! Online.

“Pilihan isteri untuk berniqab adalah sesuatu yang menggembirakan dan saya amat bersyukur kerana dia semakin menjaga aurat.

Shukri Yahaya kongsi perubahan isteri selalu bawa aura positif

Saya hanya berpesan agar dia tidak mudah berputus asa kerana keputusannya untuk berniqab adalah langkah yang tepat,” katanya.

Perubahan imej Tya juga memberi inspirasi kepada pelakon berusia 36 tahun itu untuk meningkatkan amalan harian.

“Sejak dahulu lagi, Tya membawa aura dan semangat yang sangat positif dalam hidup saya, apatah lagi selepas dia berniqab.

Suasana rumah tangga mungkin tidak banyak berubah, tetapi dengan penampilannya sekarang, amalan kami semakin bertambah.

“Contohnya, kami kini lebih kerap meluangkan masa untuk mengaji bersama,” tambahnya.

BACA: Tun M cadang Malaysia guna sistem 2 parti, netizen sindir ‘dia lupa dia paling banyak tubuh parti baharu