Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna telah menjelaskan bahawa ketika berada di sebuah kedai makan,
Dia terlihat tukang masak memasukkan sebekas ayam yang berisi air darah kerana tidak dicuci dengan betul.
Jelasnya, tindakan seperti itu masih dipandang ringan oleh ramai orang yang beranggapan ia tidak menjadi satu kesalahan.
Sebagai ibu, anda perlu mengetahui cara yang betul untuk mencuci bahan mentah seperti ayam, ikan, dan daging, seperti yang akan dikongsikan ini.
Tadi, saya melihat di sebuah kedai makan Melayu, seorang wanita menuang sebekas ayam atau daging
ke dalam pes yang sudah ditumis, tetapi dengan air darah yang turun daripada daging itu juga dituangnya.
Secara automatik, tindakan itu telah menajiskan keseluruhan lauk dalam kuali besar tersebut, dan bagi orang yang makan makanan yang sudah menjadi mutanajjis.
Syarat pertama untuk menyucikan bahan mentah adalah mesti ada air mengalir dari atas semasa membasuhnya. Bukan sekadar merendam dalam besen yang dipenuhi dengan air. Kena lalukan air dari atas terlebih dahulu sebelum memisahkannya.
Keduanya, selepas mencuci, letakkan bahan tersebut atas penapis supaya air atau baki darahnya turun dan tidak bertakung dalam bekas. Jika darah masih keluar semasa memasak, ia dimaafkan untuk dimakan.
Namun, jika percikan minyak atau kuah terkena baju, ia tidak dimaafkan dalam solat (tidak boleh dibawa solat) kecuali disucikan dengan air mutlak yang mengalir.
Penting untuk kita mengetahui panduan cara hidup bersyariat menurut fiqh yang ditetapkan oleh ulama. Walaupun kita masak sendiri di rumah, mungkin tidak sedar makanan kita bercampur darah atau najis.
Ingatlah, walaupun kita tidak pernah meninggalkan solat, tetapi jika amalan kita cincai, ia juga boleh menjerumuskan kita ke dalam dosa.
Oleh itu, diingatkan agar sentiasa mencuci bahan mentah dengan betul supaya air darah tersebut tidak menjadi najis ketika dimakan. Semoga bermanfaat!
BACA: Macam istana! Ini 5 rumah pemimpin politik Malaysia yang mewah, no.1 dengan no.4 ramai tak lupa