‘Siap lah scammer ni, berani dia cari pasal dengan menteri Komunikasi Digital’

Siap lah scammer ni berani dia cari pasal dengan menteri Komunikasi Digital

‘Siap lah scammer ni, berani dia cari pasal dengan menteri Komunikasi Digital’. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa nombor telefon peribadinya telah dimasukkan ke dalam sebuah grup WhatsApp dipercayai didalangi oleh scammer.

Beliau bagaimanapun dikeluarkan daripada grup berkenaan selepas memaklumkan telah menyalurkan maklumat berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp scam.

“Bila saya kata dah alert PDRM & SKMM, saya kena kick,” ciapnya di Twitter pada Ahad.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengingatkan orang ramai yang menjadi mangsa scam agar segera menghubungi talian Pusat Respon Scam Kebangsaan ditalian 997.

Siap lah scammer ni berani dia cari pasal dengan menteri Komunikasi Digital'Siap lah scammer ni, berani dia cari pasal dengan menteri Komunikasi Digital'

“Jika anda mangsa scam, sila segera call 997,” katanya.

BACA:

Kelab Arab Saudi tawar gaji RM78 Juta sebulan kepada Cristiano

Tular tarian gelek separuh bogel depan masjid

‘Wangi sangat ni’ – Bau harum di Sepang buat penduduk bingung

CATEGORIES