Siapa MB Johor paling singkat pegang jawatan? Kita tunggu sidang DUN 14 Mei

Siapa MB Johor paling singkat pegang jawatan? Kita tunggu sidang DUN 14 Mei

Mungkin ramai terlupa Johor lebih awal membentuk kerajaan tebuk atap PN, daripada kerajaan persekutuan. Ini semua hasil pengkhianatan Muhyiddin Yassin kepada PH, yang turut mengheret Bersatu Johor.

Pada 28 Februari lalu, dalam masa 22 bulan Johor miliki menteri besar (MB) ketiga, Datuk Ir Hasni Mohammad daripada Umno. Kusangka Osman Sapian MB tersingkat rupa-rupanya Dr Sahruddin Jamal.

Di awalnya Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang dilihat berkecuali dalam memberi sokongan pembentukan kerajaan tebuk atap PN ini, kononnya menunggu signal Mahathir Mohamad.

Beliau tetapi akhirnya terkulai juga dan menerima jawatan exco walaupun pernah dilucutkan jawatan itu sebelum ini.

Asakan veteran Umno Shahrir Samad kepada Azmin Ali serta Azalina Othman berkenaan komposisi kabinet dan kritikan Khaled Nordin kepada berita tular melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP), adalah gambaran api dalam sekam gabungan PN Johor.

Bersatu Johor pasti terkenang kebaikan kerjasama PH khususnya Amanah, walaupun Amanah menang 9 DUN, lebih 1 DUN berbanding mereka ketika PRU14, hanya selepas tiga Adun Umno lompat mereka, dinamakan MB Johor.

Akar umbi mereka khususnya Armada pasti menilai perkongsian kuasa di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui komposisi lantikan ahli majlis mahupun lantikan ketua kampung.

Kita abaikan dulu lantikan GLC di peringkat negeri. Orang muda jangan takut bersuara.

PAS parti lama pun mudah-mudah dilipat Umno, apalah pula nasib Bersatu. Ingat Johor pernah dikenali negeri tiang seri Umno.

Menjelang 14 Mei 2020 sidang DUN Johor, adakah rekod MB terpendek akan dipecahkan lagi?

AZAM MEKTAR ialah mantan setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Johor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/522900