Aksesori kereta kini menjadi kegilaan pemilik kenderaan dan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran, sama ada secara online atau offline.
Pelbagai pilihan aksesori kereta yang melimpah sedikit sebanyak mendorong pemilik kenderaan
untuk memilih aksesori yang sesuai dengan karakter dan personaliti masing-masing.
Namun, kebanyakan pemilik kenderaan hanya mementingkan nilai estetika kereta sahaja.
Pemasangan aksesori yang berbahaya, tidak sesuai, dan tidak selamat boleh mendatangkan risiko kecederaan dan mengancam nyawa.
Jangan pasang 4 aksesori ini dalam kereta kerana ia sangat berbahaya:
1.Karpet yang tidak sesuai saiz
Karpet yang tidak sesuai saiznya boleh menyebabkan pedal brek tersangkut semasa kecemasan, yang boleh mengakibatkan kemalangan.
2.Penutup papan pemuka (dashboard cover)
Penutup papan pemuka boleh menghalang airbag daripada berfungsi dengan sempurna semasa kemalangan, menyebabkan airbag gagal meletup seperti sepatutnya.
3.Klip tali pinggang keledar (seatbelt clip)
Semasa brek kecemasan, klip ini tidak dapat menahan berat badan dan boleh pecah, menyebabkan anda terhumban ke hadapan. Jika pihak insurans mendapati klip ini dipasang dalam kereta, mereka mungkin tidak meluluskan tuntutan insurans.
4.Pelekat pada stereng (steering wheel sticker)
Jika airbag meletup, pelekat ini boleh mencederakan anda. Jika terkena muka, ia boleh menyebabkan luka serius.
Aksesori ini mungkin kelihatan cantik, tetapi ia membawa risiko keselamatan yang tinggi.
BACA: Pelawa Dewi isi kekosongan kerja, hanya perlu hantar resume, “Caprice minta disondol?”