Siapa sangka ‘achik’ ini juruterbang jet pejuang wanita dalam TUDM, kisahnya buat ramai terkejut

Oleh GEMILANGDAILY

Agak-agak kalau korang jumpa ‘achik’ ni pasti ramai tak sangka dia adalah juruterbang jet pejuang wanita pertama dalam TUDM kan?

Namanya Puan Emilia Kamaruddin. Beliau bersara dengan pangkat Leftenan Kolonel setelah 25 tahun bertugas dalam tentera.

Anak kelahiran Sungai Choh, Rawang ini adalah penuntut Kolej Teknologi Llandrillo, North Wales, United Kingdom peringkat A Levels

sebelum menyambung peringkat ijazah di Universiti Loughborough, England, United Kingdom.

Mengikut Mejar (B) Ramli Abdul Rahim, Emilia telah dipilih untuk menjalani latihan ketenteraan di TUDM Kinrara dan ditauliahkan sebagai pegawai TUDM berpangkat Leftenan pada 3 November 1986.

Siapa sangka 'achik' ini juruterbang jet pejuang wanita dalam TUDM, kisahnya buat ramai terkejut

Emilia kemudiannya mengikuti kursus latihan penerbangan asas di Pusat Latihan Penerbangan Satu di TUDM Alor Setar iaitu melalui fasa kajian bawah dan fasa penerbangan dan setelah lulus menerima sayap penerbangan.

Selepas melakukan penerbangan sebanyak 170 jam, bermulalah episod kerjaya Emilia sebagai juruterbang wanita pertama di TUDM dan beliau meneruskan penerbangan lanjutan untuk menerbangkan pesawat pejuang.

Beliau menerbangkan pelbagai jenis pesawat termasuk Pilatus PC-7, Aermacchi MB339, Skyhawk, Hawk dan Aerotiga MD3. Skuadron jet pejuang yang menjadi lokasi pertama Emilia bertugas ialah TUDM Kuantan iaitu menerbangkan pesawat Skyhawk iaitu daripada 1989-1992.

Emilia juga merupakan Jurulatih Penerbangan Wanita yang pertama apabila dipilih untuk menjadi guru melatih pelatih juruterbang.

Beliau kemudiannya menjadi Ketua Operasi Pusat Simulator Pesawat Pejuang di TUDM Butterworth daripada 1995-1997 dan seterusnya menjadi Pegawai Memerintah Pusat Simulator Pesawat Pejuang daripada 1999-2001.

Mulai 2007 sehingga persaraannya pada 2011 Emilia telah ditugaskan sebagai juruarah (Directing Staff) di Maktab Turus Angkatan Tentera untuk mengendalikan modul Tentera Udara bagi pegawai TUDM dan pegawai tentera udara asing yang berkurusus di maktab tersebut.

BACA” Netizen dakwa video muzik terbaharu Siti Nurhaliza dalam gereja undang perdebatan