Dengan wang yang diperolehnya, lelaki ini berhasil membeli sebuah rumah, dan lima hari kemudian, dia melamar kekasihnya.
Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengumpul barang terpakai tidak pernah membayangkan nasib baiknya lima tahun yang lalu,
setelah kebakaran di tempat pembuangan sampah Supit Urang, di Daerah Sukun, Kota Malang, Indonesia.
Hanya lima hari selepas kebakaran itu, lelaki yang dikenali sebagai Harianto merasa terpanggil untuk mencari barang-barang di kawasan timbunan sampah yang sebahagiannya telah terbakar.
Sewaktu menyusuri tempat tersebut untuk mencari barang terpakai yang mungkin masih mempunyai nilai, secara tidak sengaja, dia menemui sebentuk cincin dan membawanya pulang.
Harianto awalnya menganggap cincin tersebut tidak bernilai, namun dia memutuskan untuk bertanya kepada rakan-rakan dan jirannya. Kejutannya besar apabila mereka memberitahu bahawa itu adalah cincin berlian.
Untuk memastikan keasliannya, Harianto memutuskan untuk menjual cincin tersebut kepada seorang pembeli yang disarankan oleh jirannya. Kegembiraannya tidak terhingga ketika cincin itu disahkan sebagai cincin berlian tulen, dan pembeli tersebut membayar harga 80 juta Rupiah atau sekitar RM24,000.
Dengan wang yang diperolehnya, Harianto berhasil membeli sebuah rumah, dan lima hari kemudian, dia melamar kekasihnya.
“Saya sudah lama menjalin hubungan dengan wanita tersebut, tetapi tidak berani untuk berkahwin. Tetapi setelah saya mendapat rumah, saya segera melamarnya,” ujarnya.
Lima tahun setelah menemui cincin tersebut dan mengadakan perkahwinan, Harianto dan isterinya kini sudah memiliki lima orang anak, dan pekerjaannya sebagai pengutip barang terpakai semakin stabil.
Harianto dilaporkan memperoleh pendapatan sekitar 80 ribu hingga 100 ribu rupiah sehari, atau kira-kira RM23 hingga RM29 sehari.
BACA: Tak sangka! Yang di-Pertuan Agong ke-17 bayar zakat tahun lepas RM10 juta!