Singapura adalah sebuah negara republik dengan majoriti penduduknya berbangsa Cina, berbeza dengan Malaysia yang masih mempunyai kuasa diraja.
Singapura telah memisahkan diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 9 Ogos 1965.
Namun, tahukah anda bahawa Singapura pernah diperintah oleh Raja-raja Melayu pada suatu ketika dahulu?
Ya, walaupun pemerintahan itu hanya berlangsung selama 100 tahun, hakikatnya Singapura dibuka dan diperintah oleh Raja-raja Melayu tidak dapat dinafikan. Itu adalah fakta lipatan sejarah!
Namun, siapa sangka bahawa keturunan kerabat diraja kini menjalani kehidupan seperti orang biasa, mencari rezeki dengan menjadi pemandu teksi, tukang cuci, dan sebagainya.
Tengku Shawal, 51, dan keluarganya, yang merupakan keturunan Sultan Hussein Shah, adalah salah satu daripada keturunan tersebut.
Menurut sumber Reuters, Tengku Shawal, yang namanya membawa gelaran diraja, adalah seorang putera yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan keluarga diraja.
Tengku Shawal, melalui temu bualnya dengan Reuters, berkongsi bahawa beliau pernah tinggal di istana yang terletak di Kampong Glam sebelum diminta untuk berpindah supaya istana tersebut boleh dijadikan muzium tarikan pelancong.
Sebagai seorang kerabat diraja, Tengku Shawal masih mengunjungi muzium yang dahulu menjadi kediamannya, selain melawat masjid dan tanah perkuburan berdekatan.
Berbicara mengenai usahanya untuk melestarikan warisan keluarga diraja, Tengku Shawal mengungkapkan bahawa beliau kerap mengenakan pakaian tradisional kerajaan dan hadir dalam pelbagai acara perayaan di negara tersebut.
Salah seorang kerabat diraja lain, Tengku Indra, 67, yang juga pernah tinggal di istana semasa kecil, mengakui bahawa status mereka tidak memberi impak besar kepada kehidupan mereka.
“Kami bukan dinasti. Tidak penting sama ada anda berketurunan kerabat kerajaan atau tidak. Apa yang penting ialah anda harus memperoleh kehidupan melalui meritokrasi dan bukannya menikmati status yang ditentukan oleh kedudukan nenek moyang,” katanya.
Tengku Faizal, 43, yang juga pernah tinggal di istana sebelum memutuskan untuk tinggal bersendirian pada tahun 1999, dilaporkan pernah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kondominium di Singapura sebelum menjadi pemandu teksi.
Kerana kehidupan yang serba kekurangan, Tengku Faizal menyatakan bahawa isterinya juga perlu bekerja di restoran makanan segera McDonald’s untuk membantu menampung perbelanjaan harian mereka.
“Kami tidak pintar, kami tidak kaya. Kami hanya mempunyai gelaran,” luah Tengku Faizal.
BACA: Rupanya guna wifi di rumah je dah boleh ‘block’ laman web tak senonoh