Siapa sangka menu Kelantan ‘mendunia’ di London, ini kisah keluarga cina raih RM 2juta dengan jual nasi kerabu

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Bandar London kini diperkaya dengan pelbagai budaya dan makanan antarabangsa,

Termasuk kehadiran Nasi Kerabu dari Kelantan yang kini mencuri perhatian penduduk setempat.

Menerusi video yang dikongsi oleh akaun TikTok @christechindian,

beliau menemui sebuah keluarga di London yang menjalankan perniagaan nasi kerabu di Victoria Park.

Gerai kecil yang dikenali sebagai ‘Eat Lah’ ini beroperasi di bawah khemah biru dan menawarkan rasa autentik masakan Kelantan.

Siapa sangka menu Kelantan 'mendunia' di London, ini kisah keluarga cina raih RM 2juta dengan jual nasi kerabu

Menariknya, meskipun perniagaan ini tampak sederhana, ia berjaya meraih pendapatan lumayan sehingga £400,000 (~RM2.2 juta) dalam masa setahun, menurut salah seorang vendor yang ditemu bual.

Kisah Di Sebalik ‘Eat Lah’

@christhechindian“Should’ve started earlier” 📍: London 💼: Streetfood Chef @eatlahuk @John Ow #GajiHowMuch #SuduOnTheStreet #WorkTour #StreetInterview #FYP #Foryoupage #tiktokmalaysia #london

♬ original sound – Chris MJ – Chris MJ

Peneraju perniagaan ini ialah seorang lelaki Cina kelahiran British yang berkahwin dengan wanita Kelantan. Beliau berkongsi kisah perjalanan hidupnya daripada seorang arkitek kepada usahawan makanan.

Selepas lebih 10 tahun bekerja dalam bidang seni bina, beliau hilang semangat dan memutuskan untuk mengejar minatnya dalam bidang kulinari, dengan sokongan isteri yang mencintai masakan tradisional Malaysia.

Walaupun Nasi Kerabu merupakan hidangan yang asing bagi warga London pada awalnya, keunikan rasanya berjaya menawan hati mereka.

Warna biru nasi yang berasal daripada bunga telang turut menarik perhatian ramai. Namun, apabila ditanya, lelaki itu dengan nada jenaka menjawab ia sebagai “rahsia”.

Lebih Daripada Sekadar Makanan

Selain hidangan yang lazat, suasana gerai ‘Eat Lah’ turut menarik perhatian pengunjung dengan suasana santai dan keramahan penjual.

Seorang rakyat Malaysia yang berkunjung turut mengambil peluang untuk berinteraksi dengan pelanggan dan memperkenalkan hidangan sampingan seperti keropok kepada warga tempatan.

‘Eat Lah’ bukan sekadar perniagaan

makanan, tetapi satu cara untuk meraikan warisan Kelantan. Penjualnya berharap usaha ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menghargai masakan dan budaya Malaysia, sambil membawa elemen tradisi Malaysia ke jalan-jalan sibuk di ibu kota London.

Sambutan Hangat di London

Dengan populariti Nasi Kerabu yang semakin meningkat di London, hidangan ini membuka jalan untuk memperkenalkan budaya dan kulinari Malaysia kepada masyarakat Barat.

Kehadiran ‘Eat Lah’ bukan sahaja menghubungkan warga setempat dengan rasa unik Malaysia, tetapi juga membawa nama Kelantan ke persada antarabangsa.

BACA: Azmin Ali paling sesuai dilantik setiausaha agung PN berbanding Takiyuddin