Sidang dewan rakyat dilanjutkan hari ini

Sidang dewan rakyat dilanjutkan hari ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata, sidang Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan untuk membolehkan semua urusan peringkat dasar Belanjawan 2021 selesai.

Beliau mengemukakan usul itu untuk lanjutan sidang di bawah Peraturan Mesyuarat 12 (1).

“Saya mohon cadang mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan di peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan diputuskan bacaan ke-2 dan usul mengenai anggaran pembangunan.

“Selepas itu majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga 10 pagi Isnin,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Difahamkan, masih ada 9 kementerian yang perlu memberi jawapan balas untuk Belanjawan 2021 hari ini.

Waktu persidangan Dewan Rakyat dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang mulai 9 Nov lalu hingga 15 Dis ini bertujuan untuk menyekat penyebaran Covid-19 di Parlimen.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/26/sidang-dewan-rakyat-hari-ini-dilanjut-selepas-3-petang/