SPRM jumpa mata wang Singapura berjumlah SGD1,529,000 (kira-kira RM5 juta) di sebuah pangsapuri di ibu negara semalam,
Mereka yang dipercayai dijadikan ‘safe house’ oleh seorang ahli politik berpengaruh.
Difahamkan, tindakan ini susulan penahanan dua individu, termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI),
Berkaitan siasatan skandal rasuah jutaan ringgit mengenai konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri tersebut.
Menurut sumber, kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan ahli politik yang pernah berpengaruh di Selangor.
“Seorang suspek mendedahkan kewujudan ‘safe house’ yang bertujuan untuk menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh.
“Penggeledahan dilakukan pada pukul 10 malam semalam di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur yang disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah,” katanya.
Sumber itu berkata, hasil penggeledahan semalam menemui wang mata wang Singapura berjumlah SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta.
“Wang itu disimpan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya. Wang ini telah disita oleh SPRM untuk siasatan lanjut.
“Dipercayai wang ini diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan ini atas arahan ahli politik berpengaruh tersebut,” jelasnya.
Jelas sumber lagi, SPRM telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai digunakan untuk menyalurkan rasuah.
“SPRM kini sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu. Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” ujarnya.
BACA: Ina Naim bakal kahwin dengan artis dalam masa terdekat, ini jawapan tuan badan