Singapura tiba-tiba berhenti cetak wang kertas SGD1,000, rupanya ini cerita sebenar ramai nak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Singapura tiba-tiba berhenti cetak wang kertas SGD1,000, rupanya ini cerita sebenar ramai nak tahu.

Singapura akan menghentikan pengeluaran wang kertas bernilai S$1,000 bermula Januari tahun depan

Tujuannya adalah bagi mengurangkan aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan organisasi keganasan.

Singapura tiba-tiba berhenti cetak wang kertas SGD1,000, rupanya ini cerita sebenar ramai nak tahu

Lapor The Edge Markets, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini memaklumkan kuantiti wang kertas S$1,000 akan diterhadkan setiap bulan bermula sekarang hingga Disember ini.

“Ini merupakan langkah awal untuk mencegah kegiatan pengubahan wang haram dan risiko pembiayaan organisasi keganasan dengan menggunakan wang kertas berdenominasi besar.

“Pendekatan ini juga selaras dengan ketetapan antarabangsa dan kebanyakan undang-undang global juga sudah menghentikan pengeluaran wang kertas berdenominasi besar,” jelas MAS.

Dalam pada itu, wang kertas S$1,000 sedia ada masih boleh digunakan untuk pembayaran.

MAS juga memaklumkan wang kertas denominasi lain akan diwujudkan untuk memenuhi permintaan dan ketika ini, duit kertas S$100 merupakan nilai denominasi tertinggi.

Selain itu, penduduk republik ini digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran elektronik seperti PayNow dan FAST.

Singapura menghentikan pengeluaran wang kertas bernilai S$10,000 pada 2014.

BACA:

Gara-gara enggan beri laluan kepada motosikal, telinga pemandu bas ini digigit penunggang motosikal

Ingatkan peti ais jatuh berdentum, rupanya bayi dicampak dari tingkat 18