(Siri 2) Ke mana perginya duit USD50 juta dari Qatar? Ini penjelasannya

(Siri 2) Ke mana perginya duit USD50 juta dari Qatar? Ini penjelasannya

Program Bantuan Kemanusiaan Pelarian Rohingya Di Malaysia.

Seperti yang dijanjikan, hari ini kita sambung bicara mengenai projek sektor Kesihatan.

Di sini saya kongsikan projek Kesihatan yang sedang dijalankan oleh NGO-NGO pelaksana bermula dari Oktober 2019 hingga Mac 2020 dan masih diteruskan:

5 Klinik Humanitarian Aid sedang dibangunkan di 5 lokasi iaitu 3 di Lembah Kelang, 1 Johor dan 1 Kedah. Klinik pertama bawah kendalian Mercy Malaysia telah siap dan beroperasi di Ampang, Selangor pada pertengahan January 2020. Manakala lagi 4 buah klinik sedang dibuat renovasi. Kerja tertangguh kerana PKP.

Boleh ikuti penerangan mengenai di Astro AWANI
http://www.astroawani.com/…/awani-pagi-klinik-pelarian-pert…

5 buah Health Shelter juga dibangunkan bersama Klinik untuk penjagaan kesihatan/ post natal

4 buah Mobile Clinic juga telah beroperasi meliputi zon tengah, utara, selatan dan timur.

Boleh tengok di sini ya
https://www.facebook.com/104589048258/videos/1241211946087924/

https://www.facebook.com/MERCYMalaysia/videos/504465137170403/

https://www.facebook.com/MERCYMalaysia/videos/486184042056825/

https://www.facebook.com/MERCYMalaysia/videos/2633783240178169/

Program vaksinasi dan nutrisi kepada kanak-kanak Rohingya di bawah umur 12 tahun

Program kesedaran Kesihatan berjadual untuk warga Rohingya sebagai langkah pencegahan.

Peruntukan khas untuk pembiayaan rawatan sekunder penyakit serious di Hospital Kerajaan

Tujuan perkongsian ini adalah supaya rakyat Malaysia tahu apa yang telah dibuat oleh Kerajaan dengan bantuan Kerajaan Qatar dari perjanjian yang telah dimetrai pada 13 September 2019.

Bagi yang ikhlas ingin tahu saya percaya ianya sudah mencukupi.

Bagi yang masih tidak berpuas hati sila guna saluran rasmi dengan memohon maklumat dari pihak berwajib atau buat sahaja aduan pada SPRM untuk siasatan lanjut.

Malaysia mempunyai ‘rules of law’ yang terpakai untuk melindungi semua rakyat Dan organisasi.

Saya hanya menyampaikan. Pemahaman ikut kecerdikan akal masing-masing. Saya juga telah menamatkan perkhidmatan di YKN dan tidak lagi bertanggungjawab ke atas kemajuan projek seterusnya.

TIADA WALAU SATU SEN PUN HASIL DARIPADA DANA USD50JUTA KERAJAAN QATAR SUDAH SAMPAI KEPADA PELARIAN ROHINGYA?

Sendiri fikirlah.

Tingkatkan amal di bulan Ramadhan alMubarak

Sumber :