Sistem pendidikan dalam bahaya, ramai ibu bapa elak hantar anak ke Sekolah Kebangsaan, dimana silapnya?

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Perbincangan mengenai isu pendidikan di negara kita sering menjadi tumpuan pelbagai pihak berkepentingan,

termasuk Kementerian Pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan pendidikan, serta ibu bapa.

Hal ini berkait rapat dengan masa depan anak-anak yang akan memasuki alam persekolahan atau yang sudah berada dalam pendidikan formal.

Sistem pendidikan dalam bahaya, ramai ibu bapa elak hantar anak ke Sekolah Kebangsaan, dimana silapnya?

Baru-baru ini, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad, telah menyatakan bahawa semakin banyak ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah harian kebangsaan dan menengah kebangsaan.

Sebaliknya, menurut data pendidikan terkini, ibu bapa bumiputera semakin cenderung menghantar anak-anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah berasrama penuh (SBP).

Trend ini juga menunjukkan peningkatan kadar pendaftaran murid dari 18 peratus pada tahun 2017 kepada 21 peratus pada tahun 2022.

Tidak kurang juga ibu bapa berkemampuan yang semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina.

Selain itu, terdapat juga peningkatan trend ibu bapa berpendidikan tinggi yang memilih pendidikan homeschooling bagi anak-anak mereka.

Timbul persoalan, mengapa ibu bapa cuba mengelakkan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan atau menengah kebangsaan?

Walaupun ini adalah pilihan peribadi dan bukan suatu kesalahan, tetapi isu ini perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan untuk mengenal pasti punca-punca yang mungkin menyebabkan fenomena ini.

Jika punca adalah kerana kurang yakin terhadap tahap keupayaan sekolah kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, maka perlu ada usaha daripada kementerian untuk mengembalikan keyakinan ibu bapa tersebut.

Sekiranya kualiti pendidikan di sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan dirasakan tidak mencapai tahap yang diharapkan, kementerian perlu memikirkan formula untuk meningkatkan mutu pendidikan.

Sama juga jika ibu bapa merasakan bahawa sekolah kebangsaan tidak menyeronokkan dan membebankan anak-anak, usaha perlu dilakukan untuk menarik minat mereka dalam proses pembelajaran serta mengurangkan bebanan yang mereka hadapi.

BACA: “Mak obses dengan kamera, dia suka bergambar dan pernah sekali ayah tertinggal kamera dalam kereta, rupanya mak aku buat perangai”