Siti Saleha temui cinta baru selepas 10 bulan bercerai

Oleh GEMILANGDAILY

Siti Saleha temui cinta baru selepas 10 bulan bercerai. TINDAKAN Siti Saleha berkongsi foto bersama seorang lelaki di Instagram mengundang usikan pengikut dan rakan selebriti apatah lagi pelakon berkenaan sebelum ini mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berdarah kacukan sepertinya.

Dilihat hadir bersama pada sebuah majlis, perkongsian tersebut seolah-olah menunaikan janji yang dibuat apabila Saleha, 32, memberitahu akan mendedahkan wajah lelaki yang berjaya menambat hatinya itu di Instagram apabila sudah bersedia.

Perkongsian itu turut menerima banyak komen dalam kalangan selebriti yang memuji keserasian mereka berdua.

Malah ada turut mengesahkan bahawa jejaka tinggi lampai itu adalah buat hati Saleha.

“The cat is out of the bag! (rahsia terbongkar),” komen pelakon dan pengacara Awal Ashaari.

Siti Saleha temui cinta baru selepas 10 bulan bercerai

“Akhirnya… kini didedahkan,” komen pula aktres Sara Mack Lubis.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh SITI SALEHA (@sallywho)

Menerusi laporan mStar pada 17 November lalu, Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum mendedahkan dia sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berdarah kacukan namun enggan berkongsi lanjut berhubung perkara tersebut.

Sebaliknya, dia hanya akan mendedahkan tentang lelaki tersebut di media sosial miliknya apabila sudah bersedia berbuat demikian.

“Nanti saya kongsi di Instagram, bila saya sedia. Tiada apa yang serius, dia lelaki yang baik.

“Kami mempunyai persamaan, kita mix… kita orang putih,” katanya.

Untuk rekod, pelakon 7 Hari Mencintaiku ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017.

Perkahwinan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama dan sah bercerai pada 17 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor.

BACA:

Baby Shima kena kacau dengan ustaz lagi, kali ini mesej minta coli pulak

Rupanya ini sebab Zafrul terpaksa ‘ponteng’ mesyuarat kabinet pertama dengan PM

Nasha Aziz dedah pernah lari dari ujibakat, “mereka hanya beri saya seluar..”