Skandal 1MDB : Goldman Sachs Malaysia mengaku salah, siasatan ditutup

Skandal 1MDB : Goldman Sachs Malaysia mengaku salah, siasatan ditutup

Unit Goldman Sachs Malaysia pada Khamis mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk melanggar undang-undang Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (Foreign Corrupt Practices Act) di Amerika Syarikat (AS) dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Reuters melaporkan, wakil Goldman Sachs muncul di Mahkamah Persekutuan pagi Khamis (waktu tempatan).

Goldman Sachs bersetuju untuk melunaskan bayaran US$2 bilion untuk (RM11 bilion) kepada kerajaan AS atas kesalahan berkaitan 1MDB.

Wall Street Journal, baru-baru ini turut melaporkan Goldman bersedia untuk mengakui kesalahan dalam skandal 1MDB dan membayar kerajaan AS.

Ini bermaksud siasatan jenayah terhadap kes rasuah membabitkan dana pelaburan kerajaan Malaysia itu telah ditamatkan.

Pada Ogos lalu, jurucakap Kementerian Kewangan melaporkan Goldman Sachs Group Inc telah membuat pembayaran AS$2.5 bilion (RM11.75 bilion) kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan tuntutan tertunggak berkaitan 1MDB.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/unit-goldman-sachs-mengaku-bersalah-di-as-264849