Ustaz Mokhtar Senik hari ini tampil di laman FB memegang satu salinan laporan polis di hadapan balai polis.
Laporan polis tersebut dipercayai ada kaitan dengan isu “Skandal” Leena baru-baru ini yang kecoh di media sosial.
Menurut laman FB peribadi Ustaz Mokhtar Senik tersebut yang ditulis oleh Admin, beliau menyebut : “Alhamdulillah saya dah buat report. Selepas ini saya serah kepada Allah dan lawyer. Tiada apa2 ulasan selepas ini. Tunggu sahaja diMahkamah.”
Isu fitnah terhadap Ustaz Mokhtar Senik menjadi tular bermula minggu lepas setelah pemilik akaun fb Alexander Pittsuwan Thomprason memuatnaik beberapa status di laman FB yang mendakwa Ustaz Moktar Senik terlibat dalam “Skandal” dengan wanita.
Turut menjadi tular adalah beberapa video kereta yang didakwa milik Ustaz Mokhtar Senik yang melakukan aksi drift di hadapan Petronas setelah “kantoi” ingin berjumpa dengan wanita terbabit.
Pemilik FB itu juga turut memuatnaik screenshot perbualan kononnya antara Ustaz Mokhtar Senik dengan ‘wanita’ terbabit yang bernama “Leena”. Bertambah menarik apabila pemilik FB ini turut memuatnaik video perbualan yang mengandungi suara yang didakwa sebagai Ustaz Mokhtar Senik.
Semoga dengan laporan polis ini, segala kekusutan yang timbul dari peristiwa ini dapat diselesaikan di muka pengadilan kelak.
Sumber :