Berita mengenai penceraian pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura masih lagi hangat diperkatakan
selepas mereka sah bercerai talak satu pada pagi Isnin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Terkini, tular laporan yang menyatakan bahawa Fattah dan Fazura bakal melancarkan lagu duet baharu berjudul
‘Bertahan Demi Cinta’ yang dijadualkan akan dilancarkan pada 10 Oktober ini.
Perkara ini dikongsi oleh pihak syarikat rakaman milik Fazura, Fazura Studios, yang berkolaborasi
Dengan syarikat rakaman Indonesia, Hits Records, yang memuat naik teaser lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ yang akan dirilis di beberapa platform muzik.
“So Apa Yang Dipertahankan?…”
Meninjau ruangan komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang sempat mempersoalkan adakah ini sekadar gimik semata-mata.
BACA: Ubah hari cuti Johor, MP Pasir Gudang tidak setuju dengan Pemangku Sultan Johor?