Soalan akhir Pak Nil buat Syamsul cemas, “siapa Ira Kazar tu to you?”

Soalan akhir Pak Nil buat Syamsul cemas, “siapa Ira Kazar tu to you?” Kalau beberapa minggu lalu, rancangan ‘Hard to Heart’ kendalian Pak Nil atau Datuk Haji Aznil Nawawi menjadi bualan ramai selepas menemubual pelawak penuh sensasi iaitu Shuk Sahar.

Tapi kali ini nampaknya cukup hangat apabila giliran pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof pula yang diundang.

Of course saya stress, tapi I have to keep going…Saya ada kawan-kawan saya, anak saya, keluarga saya

Seperti yang sedia maklum, kini isteri kepada Syamsul iaitu Puteri Sarah sedang turun naik mahkamah untuk menyaman gadis bernama Ira Kazar yang didakwa muncul sebagai ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga dibina.

Jelas pengarah tersebut, meskipun kini terlihat gembira sahaja seperti tiada apa namun dia juga mengakui cukup stress dengan apa yang berlaku.

Soalan akhir Pak Nil buat Syamsul cemas, "siapa Ira Kazar tu to you?"

Siapa Ira Kazar tu to you?

Malah ketika ini, Syamsul akui hubungannya bersama ayah juga sedikit tegang namun masih lagi berhubung untuk urusan kerja.

Ketika ditanya tentang siapakah sebenarnya Ira Kazar, pelakon filem ‘KL Gangster’ itu terus terdiam sebentar dan mengukir senyuman sambil berseloroh menjawab individu itu dikenali 1 Malaysia.

Kenapa tak jawab she’s nothing to me, itu yang kami nak dengar Sol…Walaupun dia cuma bagi sign tapi jelas disitu ada sesuatu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seperti agak kecewa dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Syamsul. Dalam pada itu, ramai juga memuji gaya Pak Nil dalam mengendalikan rancangan tersebut dengan baik.

BACA:

‘Syamsul Yusof cantas Syamsul Yusof’

Menitis air mata Yusof Haslam, rayu Sarah dan Syamsul pertahan rumah tangga

Isteri Syamsul Yusof dedah perosak sebenar rumahtangganya, anak pelakon terkenal rupanya