Sofa ‘sebijik’ sama, Alex mohon Mokhtar Senik saman beliau

Sofa ‘sebijik’ sama, Alex mohon Mokhtar Senik saman beliau

Perbualan berbaur ghairah yang didakwa berkaitan ulama Pas, Mokhtar Senik bersama individu dinamakan Leena hari ini sudah mencecah episod ke-36.

Pengguna Facebook, Alexander Pitsuwan Thomprason mendedahkan siri tangkap layar Facebook Messenger membabitkan skandal itu dari semasa ke semasa.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas semua pendedahan. Jika aku fitnah, samanlah!” ulangnya dengan nama sebenar Saila Hadialuz Nazar.

Dalam hantarannya malam ini, tangkap layar ke-72 memaparkan imej kemaluan yang dikaburkan dengan berlatar belakangkan sofa.

Imej sofa itu juga dilihat mirip dengan sofa yang kelihatan dalam slot secara langsung Kuliah Dhuha Khas di Facebook dikelolakan Mokhtar ketika menelaah hadis-hadis berkaitan akhir zaman pada 13 April lalu.

Sejak dua minggu lalu, gambar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dengan nombor plat NDF 2427 milik Mokhtar tular di media sosial.

Ekoran itu, kumpulan Geng Ustaz terdiri daripada Presiden, Farhan Soud dan naibnya, Wan Khairol Abdullah serta Exco Dewan Pemuda Pas Selangor, Shukri Omar membuat laporan polis pada 30 Jun lalu.

Pemandu Vellfire itu yang juga pekerja kepada Mokhtar turut membuat laporan polis dengan mengatakan terasa terancam selepas gambar Vellfire lengkap nombor plat itu tular.

Walau bagaimanapun, dia mendakwa kenderaan itu milik rakan Mokhtar meskipun dalam masa sama mengakui sering membawa majikannya ke mana-mana dengan menggunakan kereta yang sama.

Berita penuh:

https://malaysiadateline.com/alexander-terus-cabar-mokhtar-senik-dedah-sembang-dengan-leena/