SPRM : Ahli politik beri surat sokongan akan disiasat

SPRM : Ahli politik beri surat sokongan akan disiasat

Ahli politik yang ada jawatan dalam kerajaan dan membuat surat sokongan untuk saudara-mara boleh disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata mengikut undang-undang itu, mana-mana penjawat awam tidak boleh menggunakan jawatan atau kuasa untuk faedah dirinya atau saudara-mara.

“Saudara-mara ini ditafsirkan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM di mana ia menyebut golongan berkenaan termasuk anak, isteri, ipar, datuk dan nenek.

“Semua mereka dikategorikan sebagai saudara-mara,” katanya dalam temu bual menerusi slot ‘SPRM 360’ di MACCfm, hari ini.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/10/739711/surat-sokongan-akan-disiasat-ikut-seksyen-23-akta-sprm