SPRM berjaya jejak penerima ‘sedekah’ PRU15 di Terengganu

Oleh GEMILANGDAILY

SPRM berjaya jejak penerima ‘sedekah’ PRU15 di Terengganu. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya menjejaki 90 individu yang didakwa menerima wang tunai di Marang untuk mengundi sebuah parti politik pada pilihan raya umum ke-15 telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Lelaki dalam video yang memberikan wang tunai kepada pengundi itu juga telah dipanggil untuk disoal siasat.

“Sekarang SPRM sedang berusaha untuk memanggil seberapa ramai saksi bagi membantu siasatan. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 90 penerima dikenal pasti (telah menerima wang tunai).

SPRM berjaya jejak penerima 'sedekah' PRU15 di Terengganu

“Ada sedikit kesukaran untuk mencari mereka kerana tidak semua mereka menetap di Terengganu. Ramai yang terlibat adalah pengundi luar,”

SPRM juga dilapor berjaya mengenal pasti penerima wang tunai berdasarkan dokumen yang dirampas semasa siasatan.

Pada awal januari lalu, Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden Pas mempertahankan ianya sebagai satu sedekah kepada orang ramai.

Menurut Azam Baki pula “Ya benar ada pihak menyatakan ia sebagai satu sedekah kepada orang ramai, namun tetap (menjadi) satu bentuk kesalahan iaitu memberi rasuah berdasarkan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Oleh yang demikian, SPRM telah bertindak membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut setelah menerima aduan semasa dan selepas pilihan raya.

BACA: 

‘Syukur sekarang duit tak lesap dah, kalau dulu faham2 lah’ – Mawar

Azmin Ali calon tunggal Menteri Besar Selangor dari PN