SPRM perlu 6 jam untuk punggah dokumen rasuah di HRD Corp

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pasukan Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan tiga kotak dokumen dari pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), Jalan Beringin di sini hari ini.

Beberapa pegawai kelihatan membawa keluar sebuah troli dari premis tersebut sekitar pukul 5.45 petang, selepas hampir enam jam kehadiran SPRM di bangunan tersebut.

Menurut laporan Harian Metro sebelum ini bahawa lima individu yang dipercayai sebagai pegawai SPRM telah memasuki bangunan tersebut] selepas tiba dengan beberapa kenderaan pada pukul 11.30 pagi tadi.

Sumber dari SPRM mengesahkan bahawa Pasukan Khas tersebut hadir untuk mendapatkan dokumen berkaitan transaksi pelaburan yang melibatkan agensi itu.

Pasukan Khas yang sama dilaporkan turut mengunjungi pejabat Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di Putrajaya pada pagi hari ini bagi mendapatkan dokumen yang berkaitan dengan pelaburan tersebut.

SPRM perlu 6 jam untuk punggah dokumen rasuah di HRD Corp

Langkah ini berikutan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mendedahkan bahawa sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi dari majikan telah digunakan oleh HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.

Maklumat ini diperolehi melalui slaid pembentangan HRD Corp bertarikh 12 Mac yang disebut dalam laporan PAC mengenai Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan HRD Corp di bawah Kesuma.

BACA: Individu dedah sebenarnya di Bukit Broga terdapat 3 kampung yang tak nampak dengan mata kasar