Staf dari syurga sanggup pulangkan RM7,200 selepas bos silap bayar gaji

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang staf menunjukkan integriti luar biasa apabila memulangkan lebihan gaji sebanyak RM7,200 yang tersilap dikreditkan oleh majikannya.

Kisah inspirasi ini dikongsi oleh majikannya, Dr. Zul Ariffin Maarof, menerusi hantaran di Threads.

Beliau memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp antara dirinya dan staf tersebut, memperlihatkan tindakan pantas staf itu yang melaporkan kesilapan tersebut.

Dalam perbualan itu, staf berkenaan memaklumkan bahawa gaji sebenarnya hanya RM1,942.95, namun dia menerima RM9,142.95.

Tanpa berlengah, dia meminta nombor akaun majikan untuk memulangkan lebihan tersebut.

Staf dari syurga sanggup pulangkan RM7,200 selepas bos silap bayar gaji

“Bila dapat staf yang jujur, salah masuk gaji terus telefon bagitahu. Alhamdulillah,” tulis Dr. Zul dalam kapsyen hantaran tersebut. B

eliau juga sempat berseloroh tentang perbezaan jumlah gaji yang ketara sambil mendoakan kemajuan semua stafnya pada tahun 2025.

Tindakan staf ini mendapat pujian ramai di media sosial, dengan rata-rata memuji kejujurannya.

“Sebab dia tahu hukum makan duit haram. Benda yang sama pernah terjadi pada saya. Mereka tersalah beri gaji CEO, tapi saya tahu itu bukan hak saya. Jadi saya terus laporkan,” kongsi seorang pengguna, Sueanna.

“Rezeki tuan dapat pasukan yang jujur. Mungkin dia sempat fikir, ‘Eh, ada bonus ke?’” seloroh Syafiq Abu.

“Tambahkan sedikit ganjaran untuk dia. Sebagai penghargaan atas kejujurannya,” cadang Farah.

Tindakan ini menjadi contoh teladan bahawa nilai kejujuran tetap relevan dan amat dihargai, terutama di tempat kerja.

BACA: