Staf Pak Mat Western akui cair dengan renungan Fattah Amin

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Staf jenama kambing perap terkenal, Pak Mat Western, yang dikenali sebagai Una,

Berkongsi pengalamannya melakukan sesi siaran langsung bersama pelakon tampan, Fattah Amin.

Melalui laman TikTok @ayuuariffin84, rakaman video menunjukkan Una menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai Fattah Amin ketika sesi siaran langsung tersebut.

Menurut Una, renungan mata Fattah yang tampan membuatkan dirinya sukar untuk bercakap secara berdepan dengan pelakon berusia 34 tahun itu.

“(Fattah) bukan setakat ‘handsome’ tapi helok. Saya tak boleh nak bercakap secara berdepan sangat dengan Fattah

Staf Pak Mat Western akui cair dengan renungan Fattah Amin

sebab renungan mata dia. Bila dia bagi renungan mata macam itu, kita jadi macam, ‘Ehh tak bolehlah’.”

Ketika ditanya adakah dirinya ‘cair’ melihat Fattah Amin, Una menjelaskan bahawa dia bersikap profesional ketika bekerja. Namun, apa yang menarik perhatian ialah Una sempat menyanyi dan mengubah lirik lagu ‘Ah! Rindu Lagi’ nyanyian asal penyanyi dangdut terkenal, Amelina.

“Tak adalah cair, biasa je perasaan itu. ‘Berdegup jantungku, bila Fattah melihatku.’”

Hantaran tersebut kemudian tular dan mendapat perhatian warganet yang terhibur dengan perkongsian Una. Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih lebih 838,000 tontonan dan lebih 26,000 tanda suka.

Sebelum ini, Fattah mencuri perhatian apabila berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam siaran langsung di TikTok.

BACA: 65 tapak bazar diambil alih DBKL, Netizen sindir ‘kartel’ mula kepanasan?