Syarikat jenama kopi terkenal, Starbucks Malaysia menafikan dakwaan sebuah portal yang mengatakan bahawa
Mereka telah menutup lebih 100 cawangan di negara ini.
Menurut mereka, dakwaan tersebut adalah palsu dan hanya melibatkan penghentian operasi di beberapa kedai sahaja.
“Dakwaan bahawa lebih 100 kedai Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah tidak benar.
Walaupun kami telah menghentikan operasi di beberapa kedai, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup adalah hanya untuk sementara waktu,” jelas wakil Starbucks Malaysia.
Penutupan sementara ini adalah sebahagian daripada penilaian berterusan, yang membolehkan mereka menyelaraskan kedudukan secara lebih strategik tanpa mengorbankan pekerjaan.
“Yang penting, tiada pekerja terjejas akibat penutupan tetap atau sementara, kerana mereka telah ditugaskan semula ke kedai berhampiran untuk terus melayani pelanggan kami dengan lancar.”
Selain itu, mereka juga mencatatkan peningkatan positif dalam jualan kerana pelanggan mula menyedari bahawa dakwaan terhadap jenama itu adalah tidak benar, dan Starbucks tidak pernah berada dalam senarai Boikot, Lupus dan Sekat (BDS).
Pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood), melaporkan kerugian bersih RM91.5 juta bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2024, berbanding keuntungan bersih RM103.4 juta pada tahun sebelumnya, disebabkan oleh boikot dan kerugian daripada pelupusan Jollibean Foods Pte Ltd.