‘Stress suami kerja jauh, anak satu malam tak henti nangis, aku hempas dia atas katil, salah aku ke?’

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Cerita aku bermula sejak aku mengandungkan anak pertama 9 tahun lepas. Masa tu aku seakan tidak bersyukur

kerana selalu cakap dengan suami aku, aku tak nak anak ni, aku takut nak hadapinya. Sebab suami aku kerja jauh. Selalu outstation.

Aku rasa aku tak cukup kasih sayang dan perhatian dia iaitu suami aku.

Tambah pulak aku duduk serumah dengan keluarga suami aku.

Aku hidup sederhana. Sebelum kahwin suami aku janji untuk hidup sendiri, menyewa rumah.

'Stress suami kerja jauh, anak satu malam tak henti nangis, aku hempas dia atas katil, salah aku ke?'

Tetapi aku terp4ksa akur kehendaknya duduk sekali dengan keluarganya. Aku member0ntak. Selalu bertengk4r dengan dia bila kami keluar. Masa aku mengandung, apa yang aku nak aku tak dapat

. Aku rasa benci sangat dengan baby dalam perut aku.

Aku cakap baby ni buatkan aku tak dapat apa aku nak. Jahat sangat aku ni. Aku nak beli macam – macam untuk baby baru lahir ni tapi kami masa tu tak mampu.

Aku hanya kerja kerani pada masa tu dan suami aku pada masa tu kerja jauh tapi income sikit (company dia keje masa tu selalu bayar gaji lambat, basic sikit). Aku tak ingat berapa tapi masa tu gaji aku 900++ .

Nak dijadikan cerita, baby pun lahir. Masa lahirkan dia, aku teruk. S4kit nak bersalin tu sampai 3 hari. Susah. Berjahit pun s4kit sangat macam tak dibius. Aku boleh rasa jarum ditarik. Pedih. Masa tu aku teringat, berd0sanya aku tak bersyukur dengan rezeki anak yang Allah bagi ni.

Dan baby pertama aku lahir, cukup sifat. Sihat. Tapi aku tak dapat bagi susu aku. Sebab susu aku macam takde tapi nurse kat hospital suruh susukan jugak susu ibu tapi baby aku tetap nangis. Nangis tak berhenti. Aku mintak susu topup, nurse tak bagi.

Aku sedih sangat sebab anak aku menangis kelaparan. Lepas fasa check kuning, aku dapat balik rumah mak aku untuk berpantang. Masa ni tiap malam baby menangis. Aku paling ingat satu malam tu dia menangis tak berhenti dan aku s4kit sangat kat tempat jahit, aku hempas dia atas katil.

Aku ingat sampai sekarang hal itu. Aku tepuk kuat punggvng dia dengan tangan. Jahatnya aku masa tu. Perkara tu jadi dengan pantas, aku tak dapat kawal perasaan aku. Bila aku sedar, aku peIuk dia menangis teresak – esak.

Masa tu suami aku dah pergi outstation. Tinggal aku sorang dalam bilik. Mak aku dalam bilik dia. Dan baby pun m4kin besar.. dah 6 bulan. Dia dah boleh makan. Aku semangat buat puri dan bubur nasi. Tapi baby aku tak nak makan, aku pun cepat putus asa.

Dan aku buat tak kisah tentang makanan dia. Makan sikit kadang – kadang minum susu je. Bila checkup nurse tanya bagi makan apa semua. Aku cakap je bagi, padahal kadang – kadang balik dari pengasuh aku tak bagi pun dia makan.

Kadang – kadang bagi makan biskut baby. Bagi nestum baby. Sampai la setahun. Masih sama, bagi makan sikit – sikit je sebab dia jenis tak nak makan. Tapi mungkin salah aku masa tu sebab takde usaha nak masak untuk dia.

Pakai yang segera je. Kalau aku tengok gambar baby masa tu, aku akan sedih. Kesian baby aku tu. Kenapa la aku tak jaga betul – betul. Masa dia takde adik lagi, dalam 2 tahun aku ajak mandi. Dia tak nak. Aku tarik masuk bilik air marah – marah, lepas tu aku cubit dia sekuat hati.

Sampai Iuka bahu dia, jahat betul aku masa tu. Padahal bila fikir balik aku bukan ada anak lain lagi masa tu. Aku kadang – kadang marahkan suami aku sebab dia outstation lama, aku lepaskan marah pada anak aku tu. Selalu aku ugvt suami aku menggunakan baby aku ni dulu sampai dia 2 tahun pun aku selalu ugvt jugak. Jangan cerita la bab marah – marah. Padahal dia baru 2 tahun.

Bila dia dah 3 tahun aku berhenti kerja nak ikut suami aku kat selatan tanah air. Aku merasa lah jadi surirumah anak sorang. Masa ni dia 3 tahun. Manja dengan aku. Masa tu aku tak ingat sangat kenangan yang jahat mungkin sebab masa tu aku dengan suami aku dekat.

Masa tu aku rasa paling bahagia. Kali pertama tinggal bersama serumah bertiga. Walaupun rumah takde perabot lengkap. Langsir pun takde. Yang paling kelakar, aku letak selimut kat tingkap masa tu, tampal kertas kat tingkap bilik. Rumah cantik dan besar. Aku suka sangat rumah tu.

Masa ni aku fokus jaga anak aku tu. Satu hari aku tahu aku mengandung. Aku happy la sebab dapat tahu jugak aku dapat interview keje. Rezeki datang melimpah ruah. Alhamdulillah mungkin asbab aku jaga anak aku dan suami aku elok – elok masa tu. Aku kurang marah – marah.

Masa berlalu, aku pun melahirkan anak kedua. Masa ni kami dah berpindah ke utara tanah air. Baby kedua tak banyak ragam. Mudah sangat tapi aku dah mula kerja. Penat. Dan anak pertama aku mula masuk tadika. Dia adalah murid yang lemah, tak pandai membaca.

Dan kebetulan pkp. Aku kena ajar anak aku baca dan buat kerja sekolah. Masa ni tahap baran aku dah m4kin memuncak. Teruk anak pertama aku kena. Kena k3tuk, tangan aku naik ke muka dia. Buku kena c4mpak. Padahal baby kedua ada atas riba, aku jerit sekuat hati. Aku tengking dia.

Kalau nak diingat sangat teruk. Dia pakai cekak rambut, aku ketuk kepala dia. Nasib baik takde Iuka. Aku tarik cekak tu aku rosakkan. Masa ni tahap baran m4kin teruk sebab aku guna kekerasan. Aku pernah hemp4s bekas kaca sampai pecah.

Aku pernah c4mpak mainan. Kesian anak – anak aku, tr4uma. Aku emak yang jahat. Tapi setiap kali lepas marah, malam tu aku peIuk seeratnya. Aku perasan, aku akan baran bila suami aku takde rumah. Masa terus berlalu, anak kedua aku dah 2 tahun.

Aku mengandung yang ketiga. Baby ketiga sama jantina dengan anak pertama aku. Dan paling aku sedih masa pantang, baby ni sama muka dengan baby pertama dulu. Aku sedih sebab aku emak yang jahat untuk anak pertama aku.

Aku selalu bayangkan tu anak pertama aku, aku peIuk cium dan minta maaf dengan baby tu. Sampai sekarang kalau boleh diundur masa, aku pilih untuk jadi emak yang penyayang dan lemah lembut bukan emak yang jahat dan baran. Maafkan emak, anak pertama emak. – Shasha (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nor Yana : S4kit hati plak bila baca ni, kesian kat anak tu sebab sepatutnya dia membesar dengan layanan dan kata – kata yang baik dari ibu. Tak boleh brain la bagi alasan sebab jauh dengan suami la apa, padahal dah memang ada sifat baran.

Kalau sendiri yang tak ubah sikap tu, benda sama je berulang. Pastu dah besar anak kurang ajar balik. Bila anak kurang ajar tau plak cakap derh4ka.

BACA: Bagai jatuh ditimpa tangga, lepas disoal siasat, SKMM sita telefon admin FB Haji Razman Zakaria