Struktur rumah rosak teruk, Majlis Perbandaran Klang terpaksa ‘halau’ penghuni

Struktur rumah rosak teruk, Majlis Perbandaran Klang terpaksa ‘halau’ penghuni

Struktur rumah rosak teruk, Majlis Perbandaran Klang terpaksa ‘halau’ penghuni. Notis pengosongan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada penghuni Pangsapuri Seri Berembang, di sini bukan bertujuan menghalau penduduk.

Sebaliknya, ia demi keselamatan mereka memandangkan bangunan itu disahkan tidak selamat menerusi kajian yang dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, ketika keputusan kajian mendapati tiga blok pangsapuri itu tidak selamat, kerajaan negeri memaklumkan pemilik rumah akan diberi bantuan wang ehsan berjumlah RM42,000.

“Apa yang penting sekarang adalah memindahkan lebih 1,000 penghuni dari 304 unit rumah dengan segera kerana bangunan itu tidak lagi selamat.

“Hakikatnya bangunan itu sudah tidak selamat dan MPK wajib memaklumkan keputusan (notis pengosongan) sebelum apa-apa kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Struktur rumah rosak teruk, Majlis Perbandaran Klang terpaksa 'halau' penghuni

Semalam Harian Metro melaporkan Pelabuhan Klang: Lebih 1,000 penghuni di Pangsapuri Seri Berembang, di sini, buntu selepas diarahkan mengosongkan kediaman mereka selepas struktur bangunan berkenaan bermasalah dan tidak selamat untuk diduduki.

Secara keseluruhan, pangsapuri itu mempunyai lima blok kediaman, tetapi hanya tiga blok iaitu A, B dan C membabitkan 304 rumah disahkan mengalami masalah struktur.

Beliau berkata, menerusi pertemuan bersama MPK baru-baru ini, beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengheret pemaju untuk sama-sama bertanggungjawab ke atas isu berkenaan.

Katanya, ia berikutan laporan kajian yang diperoleh mendapati masalah pangsapuri itu berpunca daripada struktur bangunan yang dibina oleh pemaju pada 1997 dan bukannya masalah tanah.

“Pada saya pemaju tidak boleh lepas tangan sebab bangunan dibina oleh mereka dan bagaimana ia didapati tidak selamat? Sebab itu saya bertegas pemaju wajib bertanggungjawab dan bukan hanya kerajaan negeri.

“Saya dimaklumkan MPK akan mengadakan perjumpaan dengan pihak pemaju selepas ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmizam berkata, MPK juga diminta untuk mewujudkan jawatankuasa khas yang membabitkan agensi kerajaan lain seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan pejabat tanah bagi mencari penyelesaian jangka pendek serta panjang.

Katanya, penyelesaian isu berkenaan perlu disegerakan terutama apabila ia membabitkan masa depan dan keselamatan penduduk yang majoritinya dari golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebagai wakil rakyat, saya mohon supaya wang ehsan RM42,000 oleh kerajaan negeri itu dinaikkan ke satu kadar yang lebih munasabah dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga perlu bertanggungjawab bersama membantu dengan memberikan bantuan wang tambahan kepada penduduk.

“Saya juga mahu kerajaan memikirkan kaedah bagaimana untuk meroboh serta membina semula pangsapuri berkenaan seterusnya diberikan kembali kepada penghuni,” katanya.

Dalam pada itu, Azmizam memaklumkan, berdasarkan bancian awal yang dilakukan bersama AJK Badan Bertindak Pangsapuri berkenaan mendapati, sejumlah 290 unit rumah di tiga blok itu berpenghuni manakala 14 unit lagi masih dikenal pasti status sama ada mempunyai pemilik atau tidak.

Katanya, menerusi bancian itu juga mendapati 290 rumah itu dihuni 1,187 isi rumah yang majoritinya adalah pemilik.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, berdasarkan laporan maklum balas teknikal, pemeriksaan struktur bangunan yang disediakan oleh juruperunding merumuskan Blok A, B dan C tidak selamat didiami serta berisiko kepada penduduk.

“Justeru, papan kenyataan berkaitan pengosongan bangunan akan diletakkan atas dasar keselamatan.

“Notis pengosongan yang dikeluarkan oleh MPK adalah selaras dengan peruntukan undang-undang mengikut Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974,” katanya.

BACA:

Kerajaan umum bantuan RM700 untuk rakyat Malaysia, ini butiranya

Baju terbelah Elvina Mohamad buat netizen perasan sesuatu, “buat tak nampak je”

Zara Zya luah isi hati sebenar selepas dilihat selalu bersama Shuib

CATEGORIES