SUA BN : Bukan pecat tapi ganti baru – Ahmad Maslan

SUA BN : Bukan pecat tapi ganti baru – Ahmad Maslan

Kebiasaannya jawatan setiausaha agung BN akan disandang oleh setiausaha agung Umno.

Perkara itu mungkin menjadi sebab Annuar Musa digugurkan daripada jawatan setiausaha agung BN, menurut Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

“Beliau tidak dipecat, beliau diganti.

“Biasanya setiausaha agung Umno ini juga sebagai setiausaha agung BN.

“Saya kira itu antara sebab (Annuar diganti). Saya juga diberi tugas untuk menjadi setiausaha agung Muafakat Nasional (MN),” katanya.

Bercakap kepada pemberita Ahmad berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di hadapan ketua-ketua bahagian Umno tadi mengucapkan terima kasih atas khidmat Annuar sebagai setiausaha BN dan MN.

Ditanya sama ada Annuar diganti kerana dilihat pro-Bersatu, Ahmad memilih untuk tidak mengulas berkenaan dakwaan itu.

“Annuar pro-Bersatu? Saya tak mahu mengulas apa-apa tentang itu,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas perkembangan lain, Ahmad turut memaklumkan PRU15 perlu diadakan secepat mungkin bagi memastikan kerajaan dibentuk lebih stabil untuk memulihkan ekonomi.

Berkaitan risiko PRU diadakan ketika Covid-19 yang ketika ini belum belum reda, Ahmad berkata, risiko itu boleh dikurangkan susulan vaksin akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

”Kita yakin bahawa Covid ini boleh dikurangkan kita telah dimaklumkan vaksin akan sampai,” katanya.

Justeru, katanya, Covid-19 bukan lagi alasan untuk menangguhkan pilihan raya bagi “menstabilkan kerajaan”.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557726