“Suami aku mula brainwash, beri hint nak kahwin lagi. Katanya suka anak ramai. Padahal semua kerja rumah aku seorang yang buat”

Oleh GEMILANGDAILY

“Suami aku mula brainwash, beri hint nak kahwin lagi. Katanya suka anak ramai. Padahal semua kerja rumah aku seorang yang buat”

Aku tak kisah tidur beralaskan toto, aku tak kisah keluarkan duit deposit rumah lebih RM3000 waktu pindah masuk ke rumah sewa, awal perkahwinan kami.

Bila kami dilimpahi rezeki, suami luah hasrat nak kahwin lagi sebab nak anak ramai..

"Suami aku mula brainwash, beri hint nak kahwin lagi. Katanya suka anak ramai. Padahal semua kerja rumah aku seorang yang buat"

Aku dah buntu, aku dah tak tau nak mengadu pada siapa lagi. Sakitnya hati seorang isteri nak ditusuuk sembilu, bila suami tak pernah memahami, jauh lagi cuba untuk mengerti. Aku perkenalkan diri as P dan suami aku L.

Sebelum ni aku pernah putus tunang, sang lelaki tarik diri saat akhir lepas beria-ia menambat hati aku. Berianya sampai datang rumah berkali-kali, bila tiba masa, senyap seolah melarikan diri. Mujurlah kad undangan belum lagi dicetak.

Tapi aku bersyukur kehilangan dia, sebenarnnya kalau diperhatikan memang dia kaki beli belit dan pisau cukur jugak orangnya. Dalam masa aku tengah rawat luka aku dek putus tunang, aku solat tahajjud, solat hajat semoga diberi kekuatan.

Yup its hit me hard. Dan yang memburukkan keadaan, aku disihir oleh mak bekas tunangan aku. Sihir dia penyebab aku jadi sakit kepala, huru hara dalam hati aku sampai la bila aku berkahwin, aku jadi benci dengan suami aku sendiri, L.

Alkisahnya nak bermula jodoh aku dengan si suami, L. Selepas putus tunang, aku terfikir untuk tidak percayakan lelaki lagi. Bagi aku semua lelaki sama, kaki belit, kejam, mengambil kesempatan dan semua yang negatif.

Sebabnya latarbelakang aku dari keluarga yang bercerai berai, broken family orang cakap. Boleh dikatakan aku ni hidup dalam kekurangan kasih sayang, lebih-lebih lagi kasih sayang seorang bapa dan perasaan benci dan tak suka lelaki ketika aku membesar terbawa-bawa atas sejarah hitam keluarga aku.

Tak lama selepas putus tunang, aku hidup seperti biasa, bekerja di salah sebuah syarikat di ibu kota. Memang setiap bulan aku akan kirimkan duit pada arwah mak aku, bagi aku memang keberkahan kau akan dapat bila kau dahulukan mak kau.

Bulan berganti bulan dan sampai satu saat hati aku disuntik rasa inginkan zuriat. Niat nak berkahwin tak muncul, tapi rasa nak ada zuriat menjentik-jentik hati. Bukan tiada yang cuba dekati tika aku single… cuma aku malas melayan dan tidak memberikan respon yang baik.

Dan suatu hari arwah mak aku menelefon, katanya dia ada memberikan nombor telefon aku pada ayah seorang jejaka, iya aku sedar memang mak aku berusaha menjodohkan aku. Mana taknya dengan umur aku mencecah angka 3, aku masih lagi sendirian.

Dipendekkan cerita, akhirnya aku berkahwin dengan jejaka tersebut, suamiku kini, L. Umurku lebih tua 3 tahun dari dia dan sebelum ke perhubungan halal, berkali-kali aku bertanyakan soalan bolehkah dia menerima aku yang lebih tua sedikit berbanding dirinya.

Aku 31, dia 28 ketika itu, dia meyakinkan aku bahawa umur bukanlah sesuatu yang penting. Dan aku juga terangkan padanya, memang aku jenis kepala angin dan garang orangnya. Katanya dia boleh menerimaku katanya.

Perkahwinan kami bahagia seperti pasangan lain, normal la dilanda badai taufan, seketika tenang seketika bergelora. Cuma beberapa bulan aku berkahwin, aku disihir dan akhirnya aku terpaksa meletakkan jawatan. Gaji aku boleh dikatakan lumayan dan gaji suami tidak mencecah 1/3 gaji aku.

Untuk pengetahuan semua, segala perbelanjaan kahwin, hantaran, kelengkapan, pakaian lelaki semuanya menggunakan duit aku, yang mana suami tiada simpanan dan aku ok. Disebabkan sifat aku yang tidak pernah mata duitan.

Suami cuma sumbangkan RM2k untuk hantaran, dan selebihnya dibayar secara bulanan kepada aku sehingga cukup RM4k, iaitu separuh dari jumlah hantaran kahwin. Aku menerimanya sepenuh hati tanpa mempersoalkan status kewangan dirinya, bagi aku cukuplah sama-sama bersusah payah dan saling menghargai.

Sampaikan bila aku check walletnya kosong, malam sebelum dia pergi kerja, aku akan selitkan 2-3 keping duit belanja harian tanpa pengetahuan L. Lebih lagi, bila di pasaraya untuk beli barangan dapur. Aku akan gunakan sepenuhnya duit aku kerana faham situasi kewangan dia yang kurang stabil.

Tapi aku masih jaga air muka dia, aku akan bagi cash untuk dia bayarkan di kaunter. Kehilangan pekerjaan akibat disihir, cukup memberikan aku tamparan hebat. Sebab aku rasa tak berdaya, tak berdaya menghantar wang bulanan pada arwah mak.

Aku rahsiakan pada mak perihal sebenar berhenti kerja, sebab arwah ada penyakit darah tinggi dan strok. Arwah mak menyangka aku berhenti kerana mengikut suami ke negeri lain. Situasi yang menghimpit buat aku down, menangis dan terus menangis.

Dunia aku rasakan gelap seketika. Tapi Allah rupanya menyayangi diriku, dia hadirkan kami zuriat tepat pada masanya. Dunia aku kembali ceria, dan rezeki kami semakin bertambah dan bertambah. Alhamdulillah. Seterusnya kami dikurniakan seorang lagi cahayamata, kini lengkaplah sepasang.

Perihal kewangan, alhamdulillah jauh lebih baik dengan suamiku seorang sahaja yang bekerja. Bagi aku rezeki anak-anak. Dan benarlah kata-kata ‘Seorang perempuan diuji apabila dia tak punya apa-apa, tapi seorang lelaki diuji bila dia punya segalanya’.

Untuk pengetahuan, aku bukanlah seorang yang tiada rupa. Suami aku mula brainwash dan beri hint untuk kahwin lagi. Katanya suka anak-nak ramai. Walhalnya segala kerja rumah aku seorang yang berhempas pulas, dengan anak-anak kecil lagi.

Aku tidak minta balasan, cukup pengertian. Dia dengan telefon 24 jam, bila aku merajuk dan menafikan untuk melayan dia, aku disamakan seperti isteri derhaka. Lama-lama isu yang sama jadi faktor pergaduhan antara kami. Seolahnya perasaan aku tak penting bagi dia.

Seolahnya bila diminta, terus on tanpa nak pedulikan remuk redam hati seorang isteri. Katanya isteri hanya perlu serve, dia yang menyediakan segala-galanya, dia dah berikan sekucupnya kepada keluarga kami. Adakah dengan kebendaan, tanpa mempedulikan perasaan seorang isteri, kau boleh bahagia dan rasa dihargai?

Semakin lama aku semakin memendam rasa dan masa terus berlalu. Dan dengan keadaan demikian, aku katakan cukuplah dengan dua cahayamata, bagiku aku sudah cukup bahagia. Satu hari mak mentua aku datang, seperti biasa hubungan kami memang baik dan tidak pernah ada masalah.

Dan mak mentua sudah cukup maklum yang aku hanya hendakkan dua orang anak sahaja. Tapi ketika ketiadaan aku, mak mentua bertanyakan suami… tak berhasrat lagikah menambah bilangan anak? Dan sejak itu, suamiku brainwash aku untuk menambah bilangan anak.

Hari-hari aku yang gembira, aku tetap disuakan soalan menambah bilangan anak. Aku dengan tenang menjawab, cukuplah dua. Sebabnya aku tahu setakat mana had kesabaran aku, dan bagaimana aku mengendalikam emosi yang tak stabil. Tak begitu bagus.

Bila terus diasak dan diasak.. aku mula jadi stress. Aku jadi marah-marah. Aku sebagai isteri, wajar difahami jiwanya oleh sang suami. Aku isteri, betapa lelah dan kacau bilau emosinya bila suaminya outstation.. dengan lelah menguruskan anak dan rumahtangga.

Malah keperluan dirinya tak pernah aku abaikan. Semakin anak-anak kami membesar, aku semakin berikan perhatian selayaknya pada suami, dan aku ceria.Tapi rentetan isu menambah bilangan anak, bagaikan api yang membakar.

Suami seolahnya memberi hint, dia akan kahwin lagi satu… alasannya nak tambah anak. Padahal aku tahu, dia sentiasa berimpian nak berpoligami. Isu berpoligami… bagai taufan yang memporak perandakan rumahtangga.

Aku lihat, pasangan lain yang suaminya. Tak kalut nak tambah cawangan, hanya fokus pada seorang.. kekal aman tanpa taufan. Bagi aku, bila L suarakan hal poligami, hati aku bagai ditoreh-toreh pisau tajam. Takkah dia menghargai aku, mengerti bahawa dengan kata-kata cukup buat hati aku berdarah.

Aku melahirkan zuriat untuk dia, sering keletihan menyusukan anak kami hingga tak cukup tidur, menyiapkan semua keperluan dalam rumah, makanan sedia terhidang bila L pulang dari kerja. Dulupun awal perkahwinan, aku setia menyediakan bekal setiap pagi untukya ke tempat kerja.

Susah payah kami selama ini, jatuh bangunnya, masalah di tempat kerja, aku yang memberikan dia semangat agar terus bertahan dan bangkit. Aku tak kisah tidur beralaskan toto, aku tak kisah keluarkan duit deposit rumah lebih RM3000 waktu pindah masuk ke rumah sewa, awal perkahwinan kami.

Bila kami dilimpahi rezeki…. aku cuma minta pengertian dari seorang suami. Walaupun suamiku berduit, tak pernah aku meminta bukan-bukan, yang aku pentingkan hanya simpanan untuk anak-anak. Jika aku bertegas dalam soal perbelanjaan kewangan L, dia mula akan cop aku nak kawal dia, katanya aku buat dia seolah budak-budak.

Padahal aku mahu yang terbaik untuk dia. Dia cukup boros dan memang tiada simpanan. Dan rentetan sering dimomokkan perkataan poligami tanpa rasa empati dari L, semakin hari aku semakin tawar hati. Aku ingin lari jauh, tapi kaki aku seolah terkunci, demi anak-anak.

Aku kini belajar untuk melepaskan perasaan sayang dan cinta. Biarpun remuk di hati, aku katakan tiada sayang lagi. Kalau seorang suami yang mencintai isterinya, tergamakkah L melontarkan perihal poIigami dan mengabaikan perasaan sakit di hati aku?

Aku anggap keberadaan aku hanya sebagai isteri atas nama. Aku belajar untuk melepaskan dia pergi, hingga satu saat andainya benar dia memadukan aku. Aku perlu cukup kuat untuk pergi dan mulakan hidup baru. Aku perlu jaga hati aku agar tidak lebih terIuka lagi.

Aku tidak ingin lagi menangis untuk seorang L yang tidak pernah mengerti dan menghargai perasaan aku. Aku perlu bersedia dari segi kewangan, emosi dan mental bila hari itu tiba. Terkadang kita perlu pergi bukan kerana benci, tapi demi harga diri.

Kepada L, bila kau baca luahan ini, cukuplah kau mengerti, walau hakikatnya mustahil bagi diriku. Aku doakan semoga sinar bahagia menanti untuk diriku, dan dirimu jua walau suatu hari kita bukan lagi suami isteri. – P (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Bie Khalidin : Puan, silapnya bila puan terlampau baik, uruskan semua, sentiasa berikan bantuan pada dia sampaikan dia take puan for granted. Tapi saya faham sebab puan seorang yang baik. Dia nak kahwin lagi? Biarlah, puan dah cuba halang tapi dia masih mahu.

Bahagiakan diri puan dan anak-anak. Daripada awal pun puan yang tolong, tengoklah setakat mana dia mampu uruskan sendiri. Sampai nanti hal kewangan rumahtangga kedua pun minta bantuan puan, puan tepuk tangan lah masa tu.

Amber Amani : Faham sangat perasaan akak.. similar to my mom yang banyak berkorban susah senang untuk my dad masa my dad tidak punya apa. Bila rasa senang sikit dimadukan my mom. Akak masih muda lagi, kalau akak rasa kuat, akak angkat kaki dan tinggalkan saja suami yang tak menghargai akak.

Jangan sampai jadi my mom, bila my dad dah takde duit, dia balik pada my mom and as a result, she’s the one yang keep on covering him bila dia takde duit. All the best for the new life. Moga Allah Taala bantu.

Amidah Amat Imanamidah : Sesungguhnya suami itu pinjaman dari Allah, jaga ujian dunia, tak berani akak nak bagi nasihat kerana akak juga melangkah pergi, hanya tangan anak-anak yang akak pimpin, sesungguhnya rezeki jodoh ajal maut, ketentuan Allah swt, redho dan tawakal kepada Allah, moga adik dn kita semua akan bahagia dengan cara kita.

BACA:

“Aku tak pernah lihat ayah nangis tapi hari tu pertama kali dalam hidup aku tengok ayah nangis teresak-esak kerana mak”

Tak sangka! Rupanya bukan calang-calang tahap ilmu Menteri Agama sekarang ramai tak tahu! Pergi kerja pun naik axia je!