Assalamualaikum. Maaf kiranya cerita aku ni tunggang terbalik, susah untuk luahkan dan bercerita
Aku telah berkahwin selama hampir 8 tahun, Alhamdulillah dikurniakan seorang anak berusia 6 tahun.
Aku penjawat kerajaan, suami penjawat swasta. Kami berkahwin awal, aku ketika itu berusia 22 tahun, suami 25 tahun.
Aku masih belajar tahun akhir pengajian ketika diijabkabulkan atas dasar suka sama suka. Berjumpa di universiti dalam satu kelab yang sama.
Aku dilamar melalui seorang sahabat baik yang menjadi orang tengah. Dik4takan ketika itu cuba menjaga ikhtilat. Ketika tunang pun, aku segan untuk bertemu berdua, banyak berhubung melalui email untuk tahu hati budi, kelebihan kekurangan masing – masing.
Melalui email kami meluahkan apa yang tidak kami suka termasuklah bab poIigami. Aku terus terang ketika itu aku tidak mahu poIigami dan dia pun ada beritahu pemikirannya sama.
Tidak memihak kepada poIigami. Aku tidak pernah bercinta sebelum ini, jadi suamilah lelaki pertama, dan menjadi suami aku kini.
Tahun pertama hingga ketujuh, ujian rumah tangga tidak begitu ketara. Kami jarang sangat berg4duh, jika terasa pun, tak sampai 24 jam terus baik. Kami jenis pendam kadang – kadang, and let it go. Mungkin itu silap kami sampai tidak bersefahaman sedikit sekarang.
Kalau ikutkan aku jenis yang tidak reti berbahas, dia pula pandai berkata – kata dan bijak menyusun kata – kata, jadi jika merajuk atau terasa aku banyak mengalah. Dia pulak jenis yang bukan memujuk, jadi last – last aku pujuk diri sendiri.
Begitu la kami kekalkan keamanan rumah tangga, aku banyak say sorry, mengalah bila bab beri pendapat. Anak pula, kami merancang di awal perkahwinan sebab aku masih belajar ketika itu, suami baru mula kerja.
Alhamdulillah selepas sama – sama setuju untuk mencuba, Allah hadirkan seorang anak lelaki. Suami seorang yang penyayang, bertanggungjawab pada aku dan anak membuatkan aku merasakan rumah tangga kami sangat sempurna, cukup secukupnya.
Sehingga lah awal tahun ini, aku mula perasan suami aku mula berubah, tidak ceria, susah untuk senyum bila pulang dari kerja. Aku fikir mungkin sebab penat, banyak kerja yang tak settle di office. Mana mungkin sebab keluarga, kerana kami jarang berg4duh.
Cuma yelah, aku kadang – kadang terasa juga sebab dia senang emo, tidak ceria seperti dulu. Pernah jugak kami pillow talk, or ada sesi luahan dalam kereta. Katanya, dia sudah redha aku sebagai isterinya,
dia merasakan Allah begitu banyak berinya kelebihan, isteri anak yang baik, setiap kali ujian hidup pasti dia mampu hadapi, so katanya dia perlu do more, move forward untuk berbakti kepada dunia, kepada ummah.
Pada mulanya aku tidak faham secara dalam, yang aku faham, suami aku sedang dalam kekeliruan hidup sebab dari mula kenal memang dia jenis yang bercita – cita tinggi. So aku tak kisah atau halang untuk dia go further.
Pernah sekali, dia slow talk dengan aku, katanya dia tak nak kongkong aku jugak, nak aku ada me time, buat apa yang aku suka, dalam kata lain tidak terlalu terik4t dengan tanggungjawab sebagai isteri.
Tapi pada aku, aku tidak kisah berbakti untuk dia dan selama ini tidak membebankan aku sedikit pun walaupun aku berkerjaya juga.
Ketika itu juga la dia ada meluahkan keadaan di tempat kerja, di mana officemate suka usiknya dengan seorang pekerja di bawah jagaannya (perempuan), dik4takan muka sama ada jodoh dan sebagainya. Yang mana dia risau satu hari nanti mungkin Allah jentikkan perasaan itu.
Tapi aku terus terang padanya, aku tidak mampu terima seandainya aku diduakan, atau poIigami. Sehinggalah satu hari selepas sebulan lebih sesi deep talk kami tu, dia mula jujur kepada aku.
Katanya disebabkan aku banyak terasa, merajuk dengan perubahan dirinya, dia terp4ksa jujur dengan aku.
Ternyata dia sudah suka pada wanita itu. Dan dia juga berterus terang sudah berbulan, dia merasanya cinta dan sayang pada aku sudah kurang, sudah hilang spark. Sebelum ni dia cuba cari balik, berdoa namun tak berjaya sehinggalah hadirnya wanita itu.
Logiknya, dengan spread the love kepada orang lain, dia mungkin jumpa kembali cinta sayang pada aku. Based on calculation dia lah, so dia pun tak tahu apa yang terbaik. Sebab dia yakin, masih ada cinta untuk aku dalam hatinya cuma dia tak tahu di mana perlu cari.
Tapi sekiranya betul itu petunjuk dari pada Allah, dia nak aku redha untuk berkongsi. Mungkin dengan cara itu, aku bantu diri tingkatkan darjat aku sebagai isteri wanita yang hebat.
Padanya dia tahu aku akan terIuka, namun baginya jika follow hukvm Allah, hati yang Iuka akan sembuh.
Aku pula macam biasa, cuba tidak bertindak melulu, awalnya cuba rational faham bahawa perasaan itu bukan dia yang minta, so aku cuba faham dan nak bantu dia cari balik cinta untuk aku dengan buat sesuatu, fokus antara kami berdua.
Dia bersetuju, bab perasaaan dia pada wanita itu biar dia yang settlekan. Tapi akhirnya aku kalah juga dengan em0si wanita. Last – last aku menangis dan tidak boleh terima. Tambah – tambah kami berjanji untuk fokus antara kami berdua (dah pergi honeymoon, tulis nota cinta, kata – kata romantis),
Tapi dia masih berhubung dengan wanita itu. Pernah call waktu malan, save nombor telefon dengan nama yang sweet, pinnedkan chat wanita itu dalam whatsapp.
Hati isteri mana yang tidak terIuka. Oh ya, suami aku jenis yang tak transparent. Almost semua apps dalam handphone dia ada password.
Pernah sekali aku cuba buka whatsapp dia, ternyata chat dengan wanita itu pun dia letak password. Bila ditanya kenapa, sebab dia tak nak aku salah faham fikir bukan – bukan. Logiknya mesti lagi privacy, lagi fikir bukan -bukan.
Pernah aku persoalkan bagaimana bertambahnya rasa cinta dia pada aku, sedangkan sekarang pun, dia tidak layan aku seperti awal – awal kahwin, sudah tidak protective dan sebagainya apatah lagi bila ada wanita lain masuk dalam hubungan kami.
Aku sudah tidak rasa kasih sayang dan perhatiannya, physical touch kurang, even senyuman pun begitu susah untuk aku. Bagi aku, manusia tidak akan pernah adil. Tapi last – last dia akan ada hujah sendiri dan tetap dengan calculation dalam mindanya.
Cintai wanita lain mungkin boleh menumbuhkan rasa cinta kembali pada aku. Aku pernah menghubungi wanita itu melalui whatsapp sebab waktu tu tengah em0si (ditakdirkan aku dapat nombor dia),
aku text dia dengan kata – kata yang baik hanya inginkan kepastian bukan menyer4ng. Katanya dia tidak ada perasaan pada suami aku.
Aku 50 – 50 percaya sebab masakan bertepuk sebeIah tangan, masih contact call malam walaupun dah tak kerja di office yang sama. Entahlah susah nak percaya. Awalnya aku menyalahkan diri aku, aku selalu tanya dia apa yang tidak sempurna pada aku, apa yang tidak cukup.
Sebab aku memang tidak terima jika dimadukan. Bukan menolak hukvm Allah tapi tak semua wanita boleh terima. Tapi macam biasa katanya aku sudah cukup sempurna, aku adalah foundation dalam rumah tangga kami. Dia hanya nak do more dalam hidup dia.
Pernah sekali aku terlalu em0si setiap kali sentuh bab poIigami, aku sampai minta dilepaskan, biarlah dia cari kebahagiaan yang dia ingin – inginkan. Tapi pastinya dia tak nak, sebab dia yakin masih ada sayang pada aku, yang ada sekarang belas ihsan.
Dan dia tak suka aku fikir perpisahan kerana penceraian itu dibenci Allah. Tapi pada masa yang sama dia masih dengan logiknya, dan merasakan kami sudah tidak sependapat, matlamat dan cara kami lain.
Aku berasa sedih sangat kerana disebabkan tidak menerima poIigami dalam hidup, dilupakan segala kebahagiaan kami selama ini.
Oh ya, dia berani mencuba cara ini kerana dia yakin aku boleh menerima dan memahami keadaannya dan boleh redha dengan sebarang kemungkinan. Kadang – kadang aku terfikir mungkin sebelum ini, aku banyak mengalah, jadi dia fikir aku sebegitu termasuklah bab ini.
Aku buntu, str3ss sampai turun berat, beri kesan pada mentaI aku sebab rasa hidup dalam rumah tangga yang tiada kemanisan kerana aku tidak menerima segala logik yang ada dalam kepalanya. Siang malam menangis dalam solat, buntu sebuntunya.
Aku keep doa benda yang sama, diberi kekuatan, ditunjukkan jalan yang terbaik. Sampaikan aku tekad berjumpa counsellor demi mencari jalan penyelesaian sebab aku masih sayangkan rumah tangga aku, masih ada sayang untuk dia.
Alhamdulillah sekarang aku m4kin okay, mula jadi berani untuk say no (sebab aku dari dulu memang jenis mengalah, susah say no). Aku mula sedar dan cuba cari cinta tertinggi aku pada Allah, mungkin selama ini terlalu sayangkan suami sampai Allah nak sedarkan aku.
Sekarang aku mula fokus perkara yang buat aku happy. Aku happy beri layanan yang baik pada suami walaupun sampai sekarang aku tidak tahu status dia dengan wanita itu. Aku mula tidak ambil peduli apa – apa tentang wanita itu.
Bagi aku sekarang, Allah itu Maha Adil yang penting aku masih menjalankan amanah aku sebagai isteri sampaikan jika satu masa aku perlu bertindak buat keputvsan. Tiap kali benda negatif atau teringat apa – apa tentang wanita itu, aku cuba tepis dengan fikir yang baik – baik.
Senang kata, aku cuba cari hikmah di sebalik ujian ini, daripada terus memikirkan ianya musibah. Ya, banyak hikmah.
Aku mula cuba cari cinta Allah, aku mula belajar redha kalau satu hari nanti aku harus melepaskan orang yang aku sayang, aku belajar sayang diri sendiri, tahu pert4hankan hak diri. Banyak lagi.
Tapi yang pasti aku tetap dengan pendirian tidak mahu dipoIigamikan. Aku pun manusia yang berhak memilih jalan hidup untuk bahagia fizikaI dan mentaI. Buat masa sekarang, cuba la jadi wanita, isteri yang terbaik demi mendapat yang terbaik di sisi Allah.
Sekarang suami mula okay balik dengan aku, mula nampak senyumnya, layan aku bergurau dan sebagainya. Aku tahu dia pun tengah cuba sedaya upaya pertahankan. Dan aku happy sudah nampak effort from both sides.
Tapi tak tahu la dia masih berhubung lagi dengan wanita itu atau tidak. Aku cuba untuk tidak ambil tahu. Jika terbaik untuk aku tahu, Allah tentu akan tunjukkan satu hari nanti. Cuma aku masih struggIe untuk bina balik kepercayaan pada suami.
Aku sudah mula memaafkan tapi untuk melupakan, percaya padanya mungkin ambil masa yang lama. Betul la pepatah kata kepercayaan itu ibarat kaca, sekali pecah tidak akan sempurna seperti asal. Tidak dinafikan akan ada detik setiap hari aku curiga dengan tindak tanduknya.
Kadang – kadang rimas dengan perasaan negatif terhadap suami sendiri. Doakan aku untuk menjadi wanita yang asertif, empower woman.
Doakan dengan kesabaran, perkahwinan kami berkekalan dan diredhai. Diharap penulisan ini tidak memberi gambaran buruk pada aku ataupun suami, kerana sesungguhnya setiap manusia itu tidak sempurna. Aku dan dia tidak sempurna.
Kami berdua struggIe dengan ujian masing – masing. Aku berharap dengan luahan ini, dapat dititipkan doa yang baik – baik untuk kami. – Isteri yang mencari hikmah ujian (Bukan nama sebenar)