“Suami bangun dan terkejut kenapa, aku cakap ‘kaulah laki paling babi aku pernah kenal!’, bila aku tunjuk bukti, dia hanya mampu diam” .
Saya sekarang sangat sangat perlukan pandangan dan sokongan. Tapi saya tak dapat nak luahkan dekat sesiapa kecuali Allah dan platform ini
Harap ada yang sudi membaca.Saya baru bernikah dengan suami saya baru sebulan lebih.
Pada mulanya semuanya seronok dan bahagia. Lepas balik dari honeymoon, masing masing start bekerja.
Suami saya selalu outstation. Kiranya tiap tiap minggu ada outstation dan akan balik pada hujung minggu.
Tiap kali dia balik saya memang akan check telefon dia sebab banyak benda dah berlaku waktu tunang sampai buat saya ada trust issue.
Sungguh saya tak sangka hari pertama selepas honeymoon, dia outstation dia chat perempuan lain untuk bervdeo call luc4h dan berbayar.
Dan saya jumpa folder tersembunyi dia menyimpan vdeo luc4h. Allahu terkejut sangat dah la baru balik honeymoon.
Terkilan sangat sangat dengan dugaan yang saya kena lalui ini.
Kami bergaduh dan selepas itu kami berbaik, dia janji dan sumpah dia tak akan buat macam itu lagi.
Saya percaya dan tak putus doa jugak untuk dia berubah.
Sangkal saya salah, baru baru ini selepas dia balik dari outstation, saya buka telefon dia. Saya perasan ada nombor tak kenal whats@pp dia “tido2”.
Saya tanya siapa ini sebab profile photo dia perempuan.
Suami saya bagitahu ini kawan kerja dia tapi dia guna telefon bininya. Saya jadi pelik dan bertanya ulang ulang sampai suami saya naik rimas.
Dia cakap “fikirlah yang tak elok dekat suamimu ini” bila dia cakap macam tu, saya rasa berdosa dan serba salah sangat.
Saya biarkan dulu dan waktu dia tido saya ambil telefonnya.
Sebab saya ada sangsi benda lain di telefon suami, saya ada nampak telegram dia tapi di telefonnya tak ada aplikasi itu.
Saya jadi pelik dan perasaan ingin tahu tu datang. Saya cuba download semula aplikasi itu di playstore tapi tidak boleh.
Rupa rupanya aplikasi tu disembunyikan di setting dia. Bukan aplikasi itu sahaja, ada juga aplikasi dating yang lain.
Saya buka satu satu, telegramnya penuh video luc4h dan ada mesej dengan perempuan untuk video call luc4h berbayar.
Terkejut sangat tak tahu dari bila semua ini berlaku. Saya scroll sampai ke bawah terlalu banyak.
Saya buka aplikasi satu lagi yang disembunyikan, aplikasi dating. Atas sekali chat pertama adalah chat perempuan yang mesej tido tido di whatsapp.
Saya baca sampai bersayang sayang, muah muah segala. Patutlah selama ini dia mesej saya pendek pendek dan kalau call pun sekejap sekejap rupanya dah melayan orang lain.
Bukan sorang itu sahaja, saya scroll ke bawah banyak sangat chat dengan perempuan lain. Bercall bervdeo call.
Allahu waktu tu saya dah bergetar. Suami saya yang tengah tido nyenyak di sebelah, saya tepuk banyak kali sekuat hati sambil menahan amarah dan tangisan.
Suami saya bangun dan terkejut kenapa. Saya cakap “kaulah lelaki yang paling b4bi aku pernah kenal”. Bila saya tunjuk dia apa yang saya jumpa, dia hanya mampu diam.
Kami bergaduh dan bergelut sebab dia nak merampas telefonnya dan saya minta dia delete semua itu depan saya. Dia ok.
Selepas dari itu, saya taktahu nak buat apa dan macam mana lagi. Saya tak mampu nak ubah suami saya kalau dia sendiri tidak mahu berubah.
Saya tak mampu nak kawal apa yang dia akan buat. Kecewanya saya hanya Allah yang tahu.
Saya terfikir, adakah saya salah pilih suami?
Apa salah saya sampai diuji macam ini?
Apa kurangnya saya? Semua tu buat saya terfikir.
Suami saya hanya tidur memeluk saya dan meminta maaf. Tapi maafnya sudah saya tak rasa apa apa.
Saya cakap dia hanya memeluk jasad saya tapi hati saya dah tawar.
Saya hanya tidur solat dan menangis semahunya hari esoknya. Saya minta pandangan dan sokongan untuk hubungan ini.
Reaksi Warganet
Ika Zulaikha –
Aku pernah kenal sorang laki ni. Luaran orang kenal dia as “ustad”.
Tapi aku yang kenal dia “versi lain” ni rasa nak gelak je sebab dia pun jenis laki yang suka chat/vc yang lvcah2.
Sampai aku pun dah jadi tak percaya mana mana lelaki. Yang pakai kopiah pun duk chat ramai perempuan ni, kan pulak laki yang besher2.
Lilly Lee Bella –
Pergi mahkamah bawa semua bukti. Cerrai.
Ramai lagi lelaki elok luar sana. Serius. Ramai sangat yang elok. Dalam seketul dua yqng busuk, puluh puluh yang elok kita jumpa.
Jangan give up ye awak. Beranikan diri ye awak. Nanti kesian bakal anak awak tak dapat ayah yg baik.
Awak boleh pilih suami, anak awak tak dapat pilih ayah dia. Kesian bakal anak nanti.
Fatin Liyana Izati –
pandangan : next time jumpa bukti macam tu sila simpan. Rasa rasa tak mampu bertahan boleh mohon fasakh
sokongan ? ok jangan check dah hp suami, buat sakit hati je.
Cuba ajak suami solat jemaah etc, bagi dorongan untuk dia berubah. Kalau betul ye nak berubah.
Yang penting teruskan berdoa supaya suami insaf. Hanya Allah je mampu ubah hati hati kita
Anyway semua terpulang kat TT. Fikir la elok elok sebab masih awal lagi dan tiada anak.
Nor Zalikha –
Sis kalau nampak laki tak ada ke arah taubat, sis kena fikir macam mana nak yakin dia tak kan rasa takut untuk buat dosa dosa ni lagi.
You boleh suruh dia delete semua apps sekarang tapi tabiat tu dah macam kebiasaan dan bukan senang berubah.
Sis kena ingat kita tak akan boleh control / paksa orang untuk berubah menjadi baik.. itu adalah pilihan dia sama ada nak jadi Suami baik atau tidak..
Tapi sis boleh control diri sis.. Sis boleh pilih untuk terus hidup dengan kesabaran yang tinggi menunggu suami berubah menjadi soleh atau sis bagi diri sendiri deadline sampai bila sis boleh bertahan.
Hak kamu untuk memberikan dia kesempatan asal sebelumnya sis yakin dia benar benar cuba untuk berubah.
Jika ada kesalahan yang sama akan datang.. bukan curang dah tu tapi hobi huhuhu
Norlaila Mohd Din –
Bukan salah pilih, ini pilihan Tuhan untuk u yang dipanggil takdir. Seperti Asiah dengan firaun, seperti nabi lut dan isteri.
Jangan panik, jangan menyesal. Atur strategi.
Anggap ini adalah proses untuk tingkatkan darjat u disisi Tuhan.
Lepas ni minta suami dan u join kelas tadabur quran dan hadith. Sebelum tu pastikan suami solat berjemaah di masjid.
Buat session baca quran sama sama. Quran dan maksiiat tak mungkin bersama… kecuali munafik.( pura pura)
BACA:
Ketua Komunikasi PM dipecat? Ini punca buat ramai rakyat nak tahu