“Suami bawa balik perempuan lain, katanya anak angkat nak tumpang sebab praktikal, satu hari tiba-tiba kak ipar call suruh balik”

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Salam semua, Saya ingin menceritakan sebuah pengalaman kehidupan. Saya seorang wanita berkerjaya agak baik, berpendidikan tinggi, berjawatan dalam politik.

Cerita bermula bila saya berkahwin dengan duda anak dua. Suami membawa 2 anak perempuan nya tinggal dgn saya dirumah ibu bapa saya.

Mak dan ayah saya sangat sayangkan ke 2 cucu baru itu walau bukan datang dari rahim saya.

"Suami bawa balik perempuan lain, katanya anak angkat nak tumpang sebab praktikal, satu hari tiba-tiba kak ipar call suruh balik"

Saya berkahwin selama 13 tahun dgn suami Saya bekerja dgn kuat termasuk berniaga sampingan dan kehidupan kami agak mewah

Suami tak bekerja. Anak2 tiri saya semuanya hidup dalam keadaan baik termasuk pendidikan

Suami saya tidak bekerja tetap dia hanya buat kerja2 kg sahaja. Sampailah suatu ketika saya berjaya membeli 4 buah kereta dan membina sebuah rumah diatas tanah saya sendiri bernilai 200k.

Saya amat menjaga suami tatang bagai minyak yg penuh kerana tiada anak dgn suami. Wang saku saya berikan setiap hari Makan minum semua terjaga,malah mewah.

Suami mula bosan katanya duduk dalam umah besar. Lupa nak cerita anak2 tiri saya semua dah berkahwin pada usia muda iaitu 18 dan 19 tahun.

Perkahwinan berlangsung semuanya saya tanggung. Pendek cerita bagi menghilangkan kebosanan suami saya. Saya meminta suami mengambil PSV bas dan saya biaya sepenuhnya. Segalanya bermula.

Suami mula jadi pemandu bas universiti. Itupun saya yg carikan. Suami mula balik lewat katanya budak2 Uni banyak aktiviti malam sampai 2,3 pg

. Saya mcm biasa tetap bg wang saku rm50 sehari pada suami walau dia bekerja. Suatu hari dia bawa balik seorang budak perempuan berusia 21 tahun katanya anak angkatnya. Dia suruh saya sediakan sebuah bilik sbb budak tu praktikal kat negeri saya. Budak tu org pantai timur. Saya turutkan.

Saya terus hubungi universiti dan tanya kenapa budak tu tak buat praktikal di negerinya. Kata pihak universiti budak tu berkeras nak buat praktikal kat negeri saya. Suami bawa bas macam biasa. selalu saya masak budak tu akan call teman lelakinya bagitau apa saya masak.

Selalu dia dapat hadiah yg menarik dari teman lelaki dia. Saya hanya memerhati sebab budak tu sangat hormatkan saya dan memanggil saya mama. Dia juga memakai tudung labuh dan sopan.

Suatu hari kakak saya sebelah umah datang nasihatkan saya supaya jangan membenarkan budak tu tinggal dirumah saya. Dia kata takut jadi apa2. Saya khabarkan pada suami dan suami marahkan keluarga saya. Suami pula bila gaji tak pernah ada duit malah ambik duit poket dari saya macam biasa.

Saya diam. Suatu hari saya terpaksa berkhusus selama 4 hari dipenang. Saya suruh budak tu balik hostel dan budak tu bersetuju.

Lepas 2 hari kakak saya call dan minta saya balik mengejut tengok keadaan rumah saya katanya. Malam tu juga saya balik jam 11.30 malam sampai rumah tumpang kawan

. Saya sengaja jalan kaki masuk kawasan umah saya diam2. Alangkah terkejutnya saya bila kelihatan suami hanya memakai tuala mengadap tv sambil merokok dan budak perempuan itu hanya mengenakan baju labuh tali kecil tanpa lengan.
Saya selamba masuk dalam umah dan terus masuk bilik. Saya nampak dengan ekor mata mereka terkejut biawak hahahahaha. Saya masih diam.

Selang 5 hari lepas tu budak tu balik pantai timur bercuti. Saya pulak ajak suami naik super bike jalan2 dalam kampung.

Saya minta henfon suami untuk call kawan kononnya saya tak bawa henfon. Suami tanya number berapa dia nak tekan saya cuma bercakap terus. Bila dia bagi handphone dia saya terus padam dan buka wasap dia.

Sambil mulut pura2 bercakap. Dia tak nampak sebab dok bawa motor. Saya sempat baca semua wasap yg baru masuk bertubi2.

Allah luruh jantung saya..” abg nanti Za balik Za singgah alor setar kita pergi tidur dulu kat tutttt…nanti za call pompuan tu (sayalah) ambik za kat kangar ok?

Saya diam. Balik rumah saya minta penjelasan dari dia. Dia diam. Tidak menjawab sepatah pun. Saya minta baik2 dia keluar dari rumah saya. Saya ambik semua wang hanya tinggal rm20 dalam poketnya.

Semua kunci kereta dan motosikal. Dia menangis terus melangkah keluar dari rumah.

Saya call bapa budak tu seorg ustaz dekat Terengganu cerita benda sebenar dan minta mereka datang ambil semua barang dia dalam 3 hari. Saya langsung tak menangis, cuma sedih sebab mereka berdua balas tuba pada kebaikan saya.

Hari ini dah 4 tahun berlalu. Saya dah kawen lain sekarang. cerita yang saya dengar budak tu dah kikis suami saya habis2an untuk tanggung pengajiannya. Selesai saja pengajian budak tu balik pantai timur dan berkahwin dengan org lain.

bekas suami? Tinggal dalam kabin kontena pekerja. Nasib baik saya bagi sebiji motosikal sebab kesian.

Duit? Entahlah. Mula2 saya susah nak move on tp saya bangkit bila saya ingatkan diri saya saya berdiri di atas kaki saya sendiri.

Anak2 dia tak membantu sebab mereka dah kawen dan tinggal jauh di johor.

Saya masih baik dengan bekas suami. Dia masih nakkan saya dan memohon maaf. tapi saya sangat terluka.

Buat budak perempuan tu. Maizah tq sbb rosakkan rumah tangga kami. Ma doakan kau bahagia sentiasa.

Buat bekas suami semoga abang berjumpa dengan wanita yg lebih baik dr saya. InsyaAllah saya sentiasa doakan abg.

BACA:‘Ingatkan petak parking rumah flat je kena chop’, Individu dikecam netizen gara-gara cop saf pertama