“Suami berniaga tak pernah untung, nasib baik aku kerja, sebabkan suami miskin semua aku tanggung! Takkan la 10 tahun berniaga tak pernah untung?”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ya, anda tak salah membaca. Namun, kepada sesiapa pun yang ada komen bernas tanpa kecaman,

sila bagi pandangan. Sedikit pengenalan, aku sudah menjengah ke 40 an. Suami 42.

Aku hidup biasa – biasa, ada kerjaya, ada seorang anak dan alhamdulillah ada semua.

"Suami berniaga tak pernah untung, nasib baik aku kerja, sebabkan suami miskin semua aku tanggung! Takkan la 10 tahun berniaga tak pernah untung?"

Untuk pengetahuan, bayaran rumah sebulan 2 ribu lebih, kereta ada dua, satu beli second use, satu lagi baru. Anak dapat Pendidikan terbaik, Alhamdulillah.

Anak aku anak istimewa, jadi yuran bulanan dia RM1500 sebulan. Namun, selama 10 tahun, semuanya aku bayar sendiri. 10 tahun kahwin, baju aku rasanya pernah sepasang saja dia belikan dan baju anak tiga kali. Segala bil – bil semua aku uruskan. A

ku tak pernah berbunyi sebab segalanya cukup kan.. Cuma satu, aku TIADA wang simpanan. Jujur aku jarang rasa sempit tapi aku tengok rezeki suami aku m4kin sempit. Setiap kali aku pergi kerja, memang lillahitaa’ala aku bekerja sebab keluarga.

Aku suka tengok suami dan anak aku makan sedap – sedap, pakai cantik – cantik, duduk rumah selesa. Mak bapak aku, aku bagi duit. Mak dia pun aku bagi duit. Itu sebab agaknya rezeki aku sem4kin murah dan murah. Tapi bila segalanya aku uruskan sendiri, aku nampak suami aku sem4kin selesa.

Dia tak perlu fikir banyak untuk keluarga, namun rezeki dia tak pernah luas. Bila aku fikir – fikir balik, dekat sini aku salah, sebab suami aku sebagai ketua keluarga, sepatutnya dia kena fikir banyak benda. Untuk keluarga juga, seperti mana aku berfikir.

Suami aku ni ada bengkel kereta sendiri, tapi bila berniaga tak pernah nak untung, maksudnya apa guna dia berniaga kan? Kalau tengok bengkel dia, memang tak sistem4tik. Barang – barang tak tersusun, masih pakai buku resit, masuk kerja suka – suka, balik kerja ke tengah malam.

Bila balik tengah malam, semestinya akan bangun lambat. 10 tahun berniaga tak pernah ada untung langsung kah? Sebab dia tak pernah menghulur pada aku dan anak. Dia pakai biasa – biasa je, tak boros, tak apa. Dia selalu cakap, customer kurang.

Bayangkan, selama 10 tahun berniaga, kalau cukup – cukup bayar kedai RM700 saja, dan kadang – kadang makan dia sendiri dan barang dia hendak, maksudnya gaji dia sebenarnya bawah seribu la kan? Aku fikir, perbuatan suami aku ni seperti mengani4ya aku dan anak, sebab tu tak pernah cukup.

Bila aku fikir macam ni, aku jadi penat. Aku tak nak suami aku stagnant dengan hidup dia yang miskin, manakala hanya Allah memurahkan rezeki aku. Aku bertanya pula pada diri aku, penat betul kerja, bayar semua, fikir semua.

Tapi bila aku biarkan, suami aku jadi selesa. Selesa dengan hidup tak berduit, isteri yang tak meminta dan tak perlu fikir apa. Bila aku bising, mula lah rumahtangga jadi berkeladak, tak gembira. Aku pun jadi tak gembira sebab aku mula terfikir benda ni. Tiada perancangan masa depan keluarga, tiada perancangan masa depan anak dan lain – lain.

Yelah, kerja berfikir ni terletak seratus peratus kat bahu aku. Aku mula bagi dia tanggungjawab pada bulan Mei 2023. Aku bagi dia bayar bil elektrik, air dan Astro, dan aku minta RM50 sebulan untuk aku dan RM50 untuk anak.

Beras aku minta dia beli dan telur. Daging, lamb, salmon, segala jenis frozen food dan makan sedap – sedap aku sponsor takpe. Mula – mula dia ikut, jadi kat situ dia ada common sense sikit, iaitu ada rasa tanggungjawab. Dalam masa yang sama aku doa, doa banyak – banyak kat Allah supaya suami aku berubah jadi lebih baik seperti jaga solat dan mendekatkan diri dengan Allah. Syukur Allah makbulkan.

Entah macammana, Allah makbulkan doa aku. Suami aku mula berubah sekarang. Solat tak culas, berjemaah kat masjid dan mengaji. Bila dah elok bab itu, dia mula gunakan agama untuk justify kekurangan dia. Contohnya, aku suruh dia tingkatkan ilmu, pergi cari qualifications atau pergi kerja ke negara lain, dia guna alasan ‘tak nak berjauhan dengan keluarga’.

Alasan lain duit tak penting, akhirat penting. Dia cakap dunia ni sementara, cari akhirat saja. Ya Allah, kita kerja di dunia untuk kumpul bekalan di akhirat kan?. Dia kata cukup apa adanya. Masalahnya, keluarga kami TIADA wang simpanan.

Habistu, kalau kes kec3masan, macammana? Wang persaraan untuk masa depan dia macam mana? Haritu, dia tak bayar bil elektrik sampai RM500 lebih. Aku bising – bising, baru la dia bayar dalam 200 dan selebihnya aku selesaikan.

Lauk – lauk kat dapur ni, dia tak beli lebih – lebih. Beli telur atau ikan. Dalam 3 kali sebulan. Lepastu aku bising la. Aku cakap, takkan la berniaga sendiri tak ada untung langsung? Dia jawab, aku orang senang, duit banyak, memang la mudah aku berkata – kata.

Ya Allah, tak tau lah nak cakap macam mana. Aku ni anak orang susah. Dari kecik aku kerja kebun. Tangan berd4rah – d4rah angkat kelapa sawit. Kebun kopi, koko, kelapa, kelapa sawit semua aku ikut mak bapak aku kerjakan.

Aku bukan kerja suka – suka habiskan masa lapang. Tak!. Aku tolong sebab mak bapak aku orang susah dan aku satu – satunya anak yang tak bersekolah asrama penuh. Adik beradik aku semua sekolah asrama penuh. Aku tak pernah makan kat restoren, tak pernah melancong sampai umur aku masuk universiti.

Aku pun bukan mula kerja dengan pekerjaan yang gempak, gaji banyak. Aku interview beratus – ratus kali dan mula kerja dengan kerani. Aku ambik Masters, PhD semua duit aku sendiri. Aku cakap dengan dia, sampai bila dia nak hidup macamni?

Dia kata aku berkira. Dia kata aku tak bagi dia peluang. 10 tahun kahwin, 10 tahun kenal, takkan la tak berubah dia punya mentaliti? Dia punya pengurusan diri? Dia punya mindset? Aku pernah buat keras sebab dia s4kit gigi.

Last – last, aku tak sampai hati. Baik buruk suami aku kan.. Dia tak nak pi kIinik kerajaan, katanya tak nak beratur. Aku sponsor, pergi Dental cIinic. Dua kali jugak, sekali pergi RM400. Dulu aku nak ambil insurans dia kata ambil untuk aku dan anak je.

Dia tak perlu sebab dia tak nak susahkan aku. Bila dia tengok anak aku s4kit, pergi swasta tak perlu beratur baru dia tau, penting insurans tu. Aku tak ambik insurans tu sendiri. Aku bayarkan untuk suami juga, sebab suami kan.. Macam tu pun dia cakap aku berkira. Dia guna lagi agama. Katanya, isteri kena dengar cakap suami.

Aku ni bukan tak tahajud tanya Allah. Bukan aku tak pernah merendah diri. Tapi macammana ya, rasanya isteri ni akan jadi Auto submissive kalau suami tu berperanan jadi SUAMI dan ayah. Dahla tugas membayar aku, tugas berfikir aku, habis macammana aku nak hormat suami aku?

Allah tu baik dengan aku sebab tu aku diberi kemurahan rezeki (in which aku tau ni rezeki suami aku, anak aku). Tapi bila semua benda ni aku buat tanpa berkira, dia jadi selesa, duit simpanan tak ada. Bila aku berkira aku jadi penat, rezeki dia pulak sempit. Adoiila..

Aku kaji balik situasi ni. Betul, ada gap Pendidikan antara aku dengan suami, tapi tu bukan alasan untuk apa yang terjadi sebab aku tak pernah pandang kelulusan. Benda – benda kelulusan ni sekalipun aku tak pernah terlintas.

Pada aku benda kecil asal pemikiran tu progresif. Lagipun, aku ni kenal suami sebelum aku ada semua ni. Kira macam awal 20-an aku kenal dia. Aku sibuk kejar cita – cita, tapi aku tak sangka dia banyak sangat tertinggal ke belakang. Mungkin wavelength pemikiran tak sama.

Aku fikir lain, dia fikir lain jadi direction tu susah nak in line. Dalam umur 28 macam tu, suami masa tu boyfriend awal 30an, aku sponsor ambil SPM. Kat situ aku nampak, dia ni boleh go forward dengan misi kehidupan.

Aku suruh ambil kemahiran, dia ambil. Ada sijil SKM (landskap ada, automotive ada, sijil Kapal ada). Sebab tu dia boleh buka bengkel kereta (tapi tula tak ada untung). Corak pemikiran suami aku mungkin dibentuk dengan banyak faktor.

Faktor pertama, dia berkawan dengan kawan – kawan yang sama pemikiran. Jadi dia tak boleh pergi jauh ke depan. Aku pernah hantar suami aku pergi kursus Kapal dengan harapan bercampur dengan orang bijak. Ini aku sponsor juga.

Rupanya aku b0doh. Budak – budak yang join kursus kapal semua awal 20-an, lepas SPM pun ada. Jadi bila selesai kursus tu, jurulatih bagitau suami aku, bidang perkapalan ni, kalau nak bermula dengan umur akhir 30-an agak terlambat.

Last – last duit habis beribu, suami aku tak pergi pun kerja kapal. Faktor kedua, dari awal 20-an suami aku kerja sendiri. Aku tau dia free spirit, ya aku faham. Tapi benda ni amat banyak membentuk perlakuan dia sekarang. Dia tak berdisplin. Sebab dah terbiasa kerja tanpa arahan, tanpa SOP.

Hantar anak pergi sekolah lambat, dia tak resah, tak risau. Sebab dia masuk kerja pun ikut suka dia. Dia kurang rasa tanggungjawab, sebab tak pernah membayar, tak pernah membeli. Contoh, aku beli semua keperluan rumah macam batu – batu, simen untuk buat pagar.

Dia buat sekerat jalan, lepastu simen keras. Nanti nak sambung kerja, aku kena beli lagi. Sinki rosak, dia tengok lebih kurang. Cuba – cuba betulkan sikit, lepastu senang – senang bagitahu ‘ganti baru jelah’. Dia malas berfikir sebab aku yang ambil alih tugas memikir. Sebab tu aku nak bagi dia berfikir dengan baik.

Kebanyakan lelaki yang ada gaji bagus, kehidupan bagus, Pendidikan bagus, mesti corak pemikiran dia berbeza. Dekat mana aku nak hantar suami aku ni, supaya diri dia berkembang? Ada rasa tanggungjawab? Bergaul dengan circle yang mengubah hala tuju hidup dan pemikiran dia?

Jangan la bagi cadangan untuk aku cerai. Sebab dia ada peranan dia dalam pembentukan keluarga aku ni. Ingat tak, aku ni ada anak istimewa. Worldview anak aku hanya Mak dan ayah dia saja. Kami ni hidup merantau, jauh dari saud4ra mara.

Jadi anak aku ni hanya nampak kami berdua je dalam kehidupan dia. Tak teacher dia kat sekolah, aku lah mak dia dan ayah dia je. Benda ni panjang lagi kalau nak terangkan, tapi ada sudut yang aku berterima kasih pada suami aku.

Aku sebenarnya nak bagi peluang kepada suami aku, supaya dia boleh berkembang. Aku tengok suami aku ni ada ciri pemimpin kalau di luar. Mudah dilantik jadi ketua, mudah dibuat kawan. Aku tak nak dia hilang tujuan hidup dan rasa selesa.

Suami aku ni orang kemahiran tapi kalau boleh laki orang atau bujang pun boleh yang ada sijil kemahiran, tolong bagi cadangan sikit. Kat mana nak hantar suami aku ni venture dalam kemahiran lain, masuk kursus lepastu boleh kerja dengan permulaan yang tinggi.

Aku sponsor tak apa. Itupun kalau orang kemahiran ni tak kedekut sharing la ya. Sebab aku tau orang kemahiran (TVET) ni, ada sijil – sijil tertentu yang boleh pergi jauh dengan bayaran tinggi. Aku cuba study tentang underwater welder, aku tanya expert. Dia tak galakkan, sebab dia kata suami faktor umur.

Ni aku PM kat FB. Aku study pula pasal sijil welding 6G. Ramai tak suggest, katanya kena banyak pengalaman kerja dulu baru orang nak ambik. Rugi bayar kos mahal nanti kerja tak ada. (ni pun aku PM sorang – sorang kt FB).

Aku tanya pasal mekanik kapal terbang, INSTEP dan lain – lain, semua cakap faktor umur. Jangan suruh suami aku teruskan dengan bengkel dia atau update pengetahuan dalam EV. Nanti sistem dah cantik, ada 5S management, alasan dia tak ada untung.

Aku rasa akan jadi benda sama jugak. Biarlah untuk kalini, dia kerja dengan orang, mingle dengan circle yang bagus, potensi dan kebolehan dia boleh digiIap. Biar dia hidup berperaturan, ada kuasa membeli sebab ada duit, boleh simpan dan bila dah ada simpanan, nak teruskan dengan bengkel dia (kerja sendiri) aku tak kisah. Aku sangat-sangat perlu orang yang berkemahiran untuk respond. Aku akan cuba usahakan. – Tumit Merah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Muhammad Faris Abdullah : Orang jadi mekanik bawah pokok pun boleh beli banglo Kak. Cuba akak ambush sikit bengkel dia tu betul ke dia buat kerja. Cuba tengok apa hobi dia. Ada beli r0kok ke. Ada main game ke.

Umur 40 patutnya dah jadi tokey bukannya cukup – cukup bayar sewa bengkel je. Suami akak tu bagi la dia tanggungjawap besar sikit biar dia keluar duit semua baru ada akal. Kalau tak reti business lebih baik kerja dengan orang Ada la jugak Annual Leave and annual increment.

Wani Mohamad : Husband in comfort zone. Macam ni kalau keinginan tu datang dari sis je susah sikit. Kene datang dari dalam diri dia. Baru dia akan usaha untuk cope nak upgrade diri. Pernah bincang ke bersemuka?

Situasi sis ni macam mak yang beriya nak anak tu jadi begitu begini tapi anak zero effort. Maaf ye sis semoga semuanya dipermudahkan.

BACA: “Malu semakin hilang dalam DNA perempuan, bapa ayam dengan bangganya dapat sokong perempuan”