Suami beronggeng, isteri terkontang-kanting urus anak baru lahir sekali peguam ini suruh Cik Pia report polis

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Suami beronggeng, isteri terkontang-kanting urus anak baru lahir sekali peguam ini suruh Cik Pia report polis.

Umum sedia maklum mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh influencer,

Nor Sufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia dimana suaminya enggan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan anaknya, Arumi.

Suami beronggeng, isteri terkontang-kanting urus anak baru lahir sekali peguam ini suruh Cik Pia report polis

Malah, Cik Pia sebelum ini terpaksa hadir ke JPN seorang diri tanpa suaminya untuk memilih 99 nama Allah untuk dibinkan telah mengundang sebak ramai.

Suami beronggeng, isteri terkontang-kanting urus anak baru lahir sekali peguam ini suruh Cik Pia report polis

Terbaharu, isu yang dihadapi oleh Cik pia rupanya mendapat perhatian daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan turut hadir bersama seorang peguam dengan mengambil segala keterangan untuk membuat laporan polis mengenai perbuatan suaminya.

Susulan itu, Cik Pia meluahkan rasa lega apabila nasib yang dialaminya pada ketika ini bakal mendapat keadilan yang sewajarnya sebagai seorang isteri dan ibu yang dianiaya oleh suami sendiri.

@mamafisya semoga cikpia diberikan kekuatan..🥺🥺 #superwomen #fyp #cikpia ♬ Tolong Jaga Perasaanku – Arief

“Terima kasih Dato’ Rosniza beri pandangan sebagai seorang peguam. Terima kasih kak Jan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengambil berat isu saya. Saya memperjuangkan hak wanita kepada wanita, bukan memperlekehkan wanita lain,” katanya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, Cik Pia turut meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir wanita yang memperlekehkan masalah yang dihadapinya walhal dia hanya mahu kerjasama daripada seorang suami untuk mendaftarkan nama anak.

“Diam bukan bererti kalah, orang perlekehkan saya dalam live, fitnah saya ibu yang anxiety, ibu gila. Saya bukan bodoh, saya bukan tuli.

“Saya tak kacau orang lain. Saya cuma nak suami saya bertanggungjawab daftar anak sahaja. Kenapa perlu pertahankan suami yang mengabaikan isteri-isteri dan anak-anak sebab perempuan lain.

“Dimana hati korang sebagai seorang wanita melihat wanita lain dizalimi?” ujarnya di dalam video.

Terdahulu, Cik Pia mendedahkan dia tidak dapat mendaftar nama anak yang baru dilahirkan kerana suaminya enggan memberi kerjasama untuk hadir ke JPN.

Akan tetapi, suaminya mempunyai ruang dan masa untuk melakukan siaran secara langsung di media sosial namun, tidak dapat hadir ke JPN untuk mendaftarkan nama anak mereka.

BACA:“Kisahnya bermula bila saya berkawan rapat dengan suami orang di pejabat hingga kelamaan perasaan kami menjadi lain dan akhirnya kami…”