Suami degil pergi besarkan ‘anu’, isteri nekad minta cerai

Suami degil pergi besarkan ‘anu’, isteri nekad minta cerai

Suami degil pergi besarkan ‘anu’, isteri nekad minta cerai. Seorang isteri mendedahkan dia ingin memohon fasakh selepas bimbang suaminya telah melakukan suntikan untuk membesarkan zakar.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, wanita itu bertindak demikian selepas bimbang tentang kesihatan serta kemudaratan ke atas dirinya.

Bagaimanapun kata Fahmi, suami wanita itu enggan menceraikan isterinya.

Suami degil pergi besarkan 'anu', isteri nekad minta cerai

“Jika suami tak mahu ceraikan, isteri boleh fail fasakh, cuma fasakh yang nak dibawakan itu bergantung kepada alasan.

“Tapi apa yang pasti setiap negeri tidak ada pun kata isteri boleh tuntut fasakh kerana zakar suami besar,”katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, jika isteri mahu meneruskan fasakh dia boleh menuntutnya dari sudut berkaitan mental.

“Saya pernah ada satu kes berkaitan nafsu suami, dia tak fikir pun pasal isteri, sama ada isteri sakit ke, apa yang dia fikir hanya kepuasan nafsunya sahaja.

“Kes ini kita bawa sebagai menyakiti tubuh badan dan ia dibuktikan dengan klinikal contoh mengalami kesan seperti terkoyak atau sebagainya,”ujarnya.

Jelas Fahmi apa yang perlu dilakukan isteri adalah dapatkan laporan psikitari bahawa dia bimbang dan takut untuk menghadapi perkahwinan sebegini bagi membolehkan tindakan seterusnya dilakukan.

BACA:

Kegigihan abang J&T naik motor peluk banyak barang buat netizen tersentuh

Ali Puteh jual ayam pula, netizen tanya “nak bayar saman kakak ipar ke tu?”

KKM beri amaran, jangan bawa anak kecil ke bazar ramadhan

CATEGORIES