Suami Fateen Afeefa akui ‘Lovebite’ dari Fateen lazat. Pejam celik pejam celik sudah hampir dua minggu usia perkahwinan pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang yang merupakan usahawan muda.
Suami Fatin tunjuk ‘love bite’
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Yours_ di TikTok, memaparkan Fatin Afeefa sedang membuat Live bersama suaminya.
Namun, apa yang meraih perhatian netizen apabila suami kepada pelakon berusia 28 tahun itu dengan tidak malunya menunjukkan love bite atau dalam bahasa melayunya ‘gigitan cinta’ meskipun pada awalnya dihalang oleh Fatin kerana malu.
Bukan itu sahaja, usahawan muda itu turut mengakui perkara berkenaan adalah ‘lazat’ baginya dan mengatakan ia sebagai tanda rumah tangga mereka bahagia.
Lazattt. Okay lah, dah kahwin ada love bite okay lah nampak lah bahagia tu. Tak kahwin ada love bite tu satu hal.
Video penuh
@yoursbabe_11 Semoga bahagia selalu 🥰 #artismalaysia #fatinafeefa #suamiistribahagia #tiktokmalaysia #fyp ♬ original sound – Yours_
‘Cerita lah satu dunia’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa malu jika mereka berada di tempat Fatin. Malah, ada juga di antara mereka yang mengatakan perangai Aliff seperti kebudak-budakan.