Suami habiskan RM5K hanya untuk beli tudung Fatin Afeefa

Suami habiskan RM5K hanya untuk beli tudung Fatin Afeefa

Suami habiskan RM5K hanya untuk beli tudung Fatin Afeefa. Tindakan suami Fatin Afeefa, Aliff Awang membelanjakan sejumlah wang bagi membeli tudung untuk pelakon tersebut meraih perhatian warganet di aplikasi TikTok.

Memetik laporan Xtra, Aliff atau mesra disapa sebagai Opai merakam aksi isterinya yang sedang sibuk mencuba pelbagai corak tudung di sebuah butik hijab.

“Pelan-pelan kayuh”

Sebuah lagi video pula memaparkan dia merakam harga pembelian barangan di kaunter pembayaran yang dilihat mencecah jumlah hampir RM5,000 untuk 19 helai tudung dipilih oleh Fatin.

Suami habiskan RM5K hanya untuk beli tudung Fatin Afeefa

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai tumpang gembira dan memuji sikap pemurah Opai dalam usaha menyokong isterinya ke arah penampilan menutup aurat.

Malah, segelintir wanita berharap bakal suami mereka turut mempunyai sikap tidak berkira dengan isteri dimana boleh membeli-belah mengikut keperluan.

BACA:

Kejam! Mayat dikerat 6 bahagian ditemui tepi lebuhraya PLUS

Netizen musykil filem Pulau boleh lepas tapisan, “seksi habis ni..dah macam cerita mat salleh”

CATEGORIES