“Suami halau saya keluar, lepas 3 hari, dia mesej suruh saya balik kalau tak akan jatuh talak 1, padahal dia yang halau aku”

Oleh ISMAIL YAHYA

Salam semua. Saya nak minta pandangan kalian tentang masalah rumahtangga yang saya hadapi. Saya dah berkahwin lebih kurang 2 tahun.

kenal tak lama, lebih kurang berapa bulan jer. Kami dikurniakan 2 orang cahayamata. Saya baru je lepas bersalin anak yang kedua.

Sebenarnya lepas je kahwin dah tak bahagia. Tak sangka rupanya suami panas baran. Bayangkan baru beberapa hari kahwin, saya dah mintak cerai

Itu memang salah saya la kan, sikit – sikit mintak cerai tapi panas baran dia tu saya tak tahan.

Tapi lepas bersalin anak pertama saya dah berjanji pada diri sendiri tak akan sebut cerai lagi.

"Suami halau saya keluar, lepas 3 hari, dia mesej suruh saya balik kalau tak akan jatuh talak 1, padahal dia yang halau aku"

Saya bersabar sebab pada saya mungkin lepas ada anak suami akan berubah. Saya tak tahan sebab suami langsung tak boleh saya tersalah sikit terus melenting, tak boleh nak lambat sikit.

Kemudian kalau barang dia cari tak jumpa, habis meng4muk dan sayalah yang jadi m4ngsa amarah dia. Buat pengetahuan semua, saya tinggal bersama mak mertua. Suami tinggal berjauhan, jadi seminggu sekali dia akan balik la rumah.

Saya lebih senang dengan mak mertua berbanding suami. Pernah masa awal – awal kahwin saya nak duduk rumah sewa dengan suami tapi mak mertua macam tak berape bagi. Mak mertua kata risau, takut anak dia buat apa – apa dekat saya.

Selain dari sikap baran, suami juga sangat kedekut. Barang – barang dia semua tak boleh nak usik. Pernah dia kata saya pakai minyak wangi dan shower gel dia. Handphone dia jangan harap la saya boleh sentuh. Sebenarnya masa awal perkahwinan, saya ada mesej bekas kekasih saya.

Saya mengadu yang saya tak bahagia tapi dia hanya bagi nasihat suruh bersabar. Lepas pada tu saya tak contact dah. Suami dapat tau pastu suami menyamar jadi saya dan mesej bekas kekasih saya. Dia boleh tanya dekat bekas kekasih saya, samada masih sayang atau tak.

Bekas kekasih saya pula boleh kata masih sayang kat saya. Meng4muk sakan la dia. Dia yang tanya, dia yang s4kit hati. Dia asyik syak wasangka je kat saya. Masa mengandung anak yang pertama kami asyik g4duh jer. Ketika mngandung anak pertama lebih kurang 6 bulan saya dit4mpar dan dia ugvt nak pijak perut saya.

Kemudian dia halau saya keluar dari rumah. Saya balik rumah mak saya tapi saya tak cerita langsung masalah saya dekat sesiapa termasuk mak saya. Dua tiga hari kemudian, dia hantar mesej kalau saya tak balik rumah mak mertua jatuh talak satu.

Saya takut malam tu jugak saya naik motor, balik sana. Suami tak pernah nak sayang saya, tak dapat la macam orang lain masa mengandung suami nak teman pergi kIinik. Bagi dia, lagi menyusahkan ada la. Semua yang saya buat tak kena di mata dia.

Lepas tu dia pergi jumpa mak saya bagitahu macam – macam keburukan saya. Mak kata, cara dia cerita tu macam saya perempuan jahat. Esoknya mak saya datang rumah mak mertua tanya betul ke saya ni jahat atau banyak menyusahkan mak mertua. Tapi mak mertua kata tak pun.

Saya bernasib baik, mak mertua selalu pertahankan saya, dia kata anaknya yang per4ngai tak elok. Lepas bersalin anak pertama, saya ingat dia akan berubah tapi rupanya tak. Saya mengandung pulak anak yang kedua. Masa 8 bulan mngndung kami berg4duh, sama masa keadaan anak pertama, suami t4mpar saya 2 kali dan halau saya dari rumah.

Sekarang saya mohon fasakh sebab suami tak nak lepaskan dengan cara baik. Dia buat tebus talak kat saya, kalau nak bercerai bayar dekat dia RM100k. Nak tanya pendapat kalian wajarkah keputusan saya. Alasan untuk minta fasakh.

1. Suami tak pernah solat walaupun 1 waktu
2. Nafkah bulanan rm 30
3. Panas baran yang melampau.
4. Derh4ka pada ibu bapa, sering mengherdik ibu bapanya.
5. Kedekut. Setahun hanya sehelai baju je boleh mintak. Kalau keluar berjalan duit minyak dan tol saya kena bagi.
6. Berani men4mpar saya, terutamanya ketika mengndung.
7. Tiada tolak ansur, hanya tau mengarah jer. Isteri ibarat kuIi bagi dia.

Kesilapan saya yang dia bagitahu dekat mahkamah.

1. Baru kahwin dah minta cerai tapi lepas dapat anak yang pertama, saya tak sebut dah.
2. Keluar rumah tak minta izin. Padahal saya pergi kerja. Cuma Sabtu Ahad, kalau dia tak balik saya akan balik kampung. Dia tak suka saya balik rumah mak ayah saya.
3. Curang dalam fb (tduhan dia je) kalau nak curang buat apa saya tulis dah berkahwin dan siap letak gambar kami honeymoon lagi.
4. Malas masak padahal saya ni kerja. Balik kerja nak melayan anak yang masih kecik, mengandung plak tu, nak melayan dia lagi. Tak pernah nak faham. Itu pun pagi – pagi saya bangun pukuI 5 pagi, walaupun perut dah memboyot sebab nak masak untuk dia bawa bekal. Itu pun tak hargai.

Untuk pengetahuan, masa berkawan tak nampak pun panas barannya. Waktu malam pertama saya kahwin, kakak ipar ada tanya kenapa nak kahwin dengan adik dia? Saya macam pelik dengan soalan tu. Sekarang kak ipar tanya balik, ingat tak soalan yang dia pernah tanya dulu. Jadi, ni la jawapannya.

Dia sendiri pun kahwin cepat sebab nak lari dari adiknya yang panas baran tu. Kakak ipar pun minta maaf sebab tak terus terang dari awal per4ngai dia sebelum kami kahwin sebab dorang ingat bila adik dorang dah kahwin bolehlah berubah tapi m4kin teruk plak.

Satu lagi, masa berkawan dengan suami dulu, ada seorang kakak yang hantar mesej dekat FB saya. Dia bagitau dia tak kenal saya, tapi tau saya berkawan dengan suami. Dia hanya nak nasihat kalau belum berkahwin, pikir la betul – betul katanya. Dia kata, “akak tak nak adik menyesal satu hari nanti. Adik tak tau per4ngai sebenar dia.”

Saya ingat akak tu bekas kekasih suami. Jadi dalam fikiran saya mungkin kakak ni jeles dengan saya tapi sekarang baru saya sedar. Betul ape yang akak tu nasihat. Sampai sekarang saya tak tau siapa akak tu. Semua keluarga mertua sayangkan saya, saya pun sayangkan dorang tapi suami pulak buat macam ni.

Saya dah buat laporan polis. Peguam suruh buat untuk tindakan mahkamah nanti. Dalam masa yang sama saya masih bersyukur sebab keluarga mertua semua sayangkan saya dan memahami keadaan saya. Semua juga menyokong tindakan saya.

Bukan saya tak teringat mak mertua tinggal sorang tapi siapa plak nak pikirkan saya. Kalau saya dan suami dah berpisah pun saya akan tetap melawat mak mertua. Kesian kat dia., anak lelaki bongsu, anak lelaki tunggal dalam keluarga buat dia macam tu. Sedangkan mak tu layan anak macam putera raja.

Hari tu kak ipar cerita, suami hentak meja, tengking kat ayah mertua sebab tegur per4ngai dia. Saya sedih sangat dengar macam tu. Sampai hati dia buat macam tu kat abah. Sekarang ni ayah mertua tak nak berjumpa dengan dia terutama lepas tau dia mintak 100k dari saya.

BACA: “Berdosanya saya pada emak! Patutlah rumah mak mertua makin cantik, semuanya terbongka masa adik kahwin”