“Suami hanya atas kertas, tak tahan dengan perangai suami berlagak bujang, aku nekad bawa anak keluar”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Assalamualaikum. Aku berumur pertengahan 20-an. Seorang isteri. Juga baru naik pangkat sebagai seorang ibu masa PKP haritu.

Ada suami, tapi dah tak tinggal sebumbung. So ibarat suami atas kertas jela eh ni? Hehe.

Perkenalan aku dengan suami tak lama. Beberapa bulan kenal terus decide nak tunang. Then lepastu kahwin.

Takde lah sempat nak bercinta bagai nak rak macam orang lain, tapi sempat jugak lah dating beberapa kali

macam celebrate birthday sama sama, dinner tempat fancy, dapat bunga, ala benda benda biasa macam couple lain buat.

"Suami hanya atas kertas, tak tahan dengan perangai suami berlagak bujang, aku nekad bawa anak keluar"

Biasalah perempuan kan, rasa benda macamtu pun bergetar jiwa, terus rasa macam ahhh, he’s the oneeeee. Kitorang jarang jumpa, adalah sebulan sekali camtu. Sebab dua dua sibuk kerja, jauh plak tu lain negeri.

Masa fasa mengenali hati budi tu, aku tertarik dengan cara dia yang cool. Lepastu jenis tau banyak general knowledge, politik, artis, sembang dengan dia pun jenis tak bosan. Takdelah asyik rindu rindu 24 jam or menggatal lebih mintak gambar free hair, haha.

Kitaorang pun ada cakap nanti bercinta lepas nikah jela, sekarang lek lek je. Kadang kadang ada jugak la aku yang terlepas gedik tak leh bendung dok rindu rindu. Bila nak mai sini la apa la. Biasa la hormon kan ada masa dia gedik sikit.

Ku sangkakan panas hingga ke petang…

Sebelum tunang memang kitorang tak pernah gaduh. Agak seram jugak. Aku ni dulu kalau bercinta dengan laki memang kerja nak gaduh je. Tapi aku fikir mungkin dah matang.

Lepas tunang… ha mula lah. Mula mula tak contact sehari, lepastu sampai seminggu. Bila ditanya, alasan busy pasal kerja. Dateline la, apa benda la. Ok la ok la faham. Malas nak jadikan isu.

Tapi kadang aku tak faham jugak, tak kan la sehari pun tak sempat nak mesej kan tanya khabar. Tak risau ke aku ni bernyawa lagi ke tak ke, sepi je.

Tapi aku sabarkan jelah jugak. Fikir takpe dah nak kahwin dah ni. Takpe, jangan stress, kad kahwin dah edar tu.

Satu je salah aku masatu, aku dah nampak dia macam berubah hati, tapi aku tetap nak teruskan kahwin. Yela orang kampung semua dah tau. Fikir malu masatu je. Tapi tak tau akibat nanti.

Masatu perangai dia dah start kejap ok, kejap tak ok. Mula dah nak ber rahsia rahsia. Tanya pergi makan katne pun nak marah ko raseee. Dulu elok je boleh jawab.

Sekarang boleh jadi gaduh pulak sebab dia cakap bukan aku tau pun kedai tu kalau dia bagitau (so bagitau jela lepastu aku tau la kan apa masalahnya???). Dia kata aku suka sangat mencetuskan pergaduhan padahal aku hanya sekadar bertanya ye.

Pening gak la masa ni seminggu baik seminggu gaduh, ada masa dua minggu jugak lesap tak nampak bayang.

Gaduh beriya bagai, tapi akhirnya kami pun selamat berkahwin. Merasa jugaklah fasa bahagia, honeymoon. Fasa jalan tangan takleh lepas dari genggaman – ya, sempat merasa sekejap.

Entah kenapa lepas beberapa bulan kahwin, hubungan jadi dingin. Masatu kami long distance lagi, aku rasa macam aku sorang je terhegeh hegeh nak jumpa dia. Kadang weekend aku busy kerja, dia takde pun nak datang tempat aku.

Kadang pulak tu time aku datang weekend tu, dihabiskan masa dengan gaduh je pulak. Yelah, aku datang duduk rumah tu macam takde laki pulak.

Dia suka duduk dalam bilik. Tengok movie dalam bilik. Dia macam tak selesa pulak aku ada kat rumah dia, padahal aku bini dia kot?

Lepastu kitaorang selalu sangat gaduh pasal benda kecik. Dia cakap aku tak reti kemas rumah. Entah lah ek aku dah biasa hidup sendiri takde orang tegur cara aku kemas ni salah. Susun atur pinggan kat dapur macam ni, macam tu.

Pastuuu, masalah rambut aku pun jadi isu. Dia agaknya taktau perempuan dengan rambut gugur ni berpisah tiada.

Pernah sekali dia jerit dekat aku sebab dia cakap dia stress tengok rambut aku banyak sangat kat lantai. Padahal aku kutip je selalu tapi nak buat macam mana, terlepas jugak kekadang sehelai dua.

Gaduh jadi makin teruk bila aku dah dapat pindah duduk dengan dia. Boleh kira la sebulan tu berapa kali je baik, yang lain gaduh je memanjang.

Oh masatu aku dah pregnant. Bila gaduh tu memang dia tak heran langsung aku makan ke tak. Dah la time tu PKP. Dia cakap, ada kaki kan? Ada tangan kan? Ada kereta kan? Pergi lah beli sendiri.

Dia keluar beli makanan pun, memang untuk dia sorang je. Wow. Aku cam… laki aku ke ni. Kenapa macam takde hati perut langsung.

Dikatanya aku ni manja sangat. Terlampau bergantung sangat hidup dengan dia. Tak pandai berdikari. Eh macam macam la. Sampai aku rasa aku ni bebanan dia ke isteri dia eh? Banyak lagi benda yang jadi.

Oh btw aku tak pernah curi curi tengok phone dia. Sebabnya dia jenis tak suka aku kacau phone atau barang peribadi dia. Aku ni jenis malas nak gaduh (tapi tetap dikatanya aku punca lewlz) so aku malas sangat nak amek port sangat.

Aku percaya, kalau dia ada buat benda buruk dekat belakang aku, lama lama aku akan tahu jugak. Tapi tu lah, sampai sekarang takde apa pun yang aku tahu, haha.

Aku pun tak tau nak cerita macam mana. Tapi disebabkan benda benda remeh yang dia selalu tak puas hati dekat aku, gaduh tu jadi lagi intense. Melenting. Halau keluar dari rumah.

Padahal alahai benda kecik jerrr. Dah tu kadang diam tak nak cakap dengan aku langsung berhari hari. Kadang tu sampai berminggu minggu. Mental la jugak aku. Bila ditanya, tak nak jawab. Kalau aku paksa cakap jugak, mengamuk.

Aku pernah cuba mengadu dekat mak mertua aku, tapi dia cakap aku jenis tak bertolak ansur. Wah. Aku pulak yang kena. Mentang mentang la aku ni jenis banyak cakap, laki aku jenis pendiam. Tapi laki aku memang terlampau hormatkan mak dia.

Tak pernah sekali pun aku tengok dia tinggikan suara kat mak dia. Aku mengadu bukan nak keruhkan keadaan, tapi masatu aku rasa laki aku ni perlu ada orang nasihat dekat dia, tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa. Dan orang tu mestilah orang yang paling dia hormat.

Tapi aku pulak yang kena haih sabar jelah. Aku tak cakap aku ni sempurna segalanya. Banyak je kelemahan aku, aku akui. Masak pun terkial kial, sambil masak, sambil tengok video khairulaming. Kadang hangit. Kadang terlebih masin.

Iron baju pun kadang ada part yang kedut tak hilang hilang. Sidai baju pun kadang lupa terbalikkan. Lipat baju pun tak kemas mana. Mungkin cara kitorang berbeza. Dan perbezaan tu yang menjadikan hubungan kitaorang menjadi tegang. Idk.

Aku cuba slowly buat apa yang dia suka. Cuba amek hati dia. Tapi tu lah, nanti esok, ada benda lain lagi tak puas hati. Menjerit memaki tu benda biasa lah kalau dia tak puas hati.

Benda ni hadap dah dekat setahun. Aku pun manusia biasa, ada masa iman aku ni tipis, aku akan tinggikan suara aku.

Dah dicakapnya aku ni melawan suami pulak. Tak hormat suami. Macam mana aku nak hormat suami kalau dia pun tak hormat aku sebagai isteri, kan? Ke aku salah?

Sekarang ni, aku keluar menyewa rumah lain dengan anak aku. Aku keluar sebab tak tahan tiap kali gaduh dia suruh aku keluar rumah.

Lepastu cakap dia tak boleh sayang aku walaupun dia dah cuba. Dia tak boleh nak rasa sayang aku dekat dia. Habistu aku nak buat macam mana kan? Tak kan aku nak suruh dia belah dada aku untuk buktikan yang memang aku sayang kat dia. Drama.

Bila aku keluar rumah, dia tuduh aku nusyuz. Tapi aku dah buat report masa aku keluar rumah. Pernah jugak dia pujuk aku suruh balik.

Tapi tu lah, 2-3 hari lepas tu, ada je benda nak gaduh balik. Pening aku. Dah sekarang aku malas nak mengalah, sebab dulu aku dah banyak mengalah, ha setepek dia cakap aku ego. Adoi.

Tapi aku mengaku, memang agak susah membesarkan bayi yang kecil, jauh dari family. Berdua sahaja. Lagi lagi musim PKPB ni. Aku tak boleh bawak anak aku sesuka hati keluar nak beli barang. Nasib baik lah aku dapat pengasuh yang baik dan tak berkira.

Kawan sekerja yang memahami. Dan anak aku yang behave je duduk dalam carseat. Itu pun aku dah kira rezeki jugak tu

Haritu aku pergi pejabat agama. Ingat nak kaunseling sama sama. Sebab aku tak tau dah apa jadi dengan rumahtangga aku sekarang ni. Dah mula rasa tawar hati. Tapi PKP ni orang kaunter tu cakap tangguh sesi kaunseling.

So aku tanya macam mana eh. Tak kan nak tunggu PKP ni habis yang tak tau bila, so dia cakap aku boleh je filekan cerrai. Nanti masih ada ruang jugak untuk berdamai.

Aku ada terfikir jugak untuk cerrai, tapi itu lah. Sebab aku masih sayang kat laki aku tu despite dia selalu menghamburkan kata kata yang tak enak.

Aku banyak kali berdoa berharap dia akan berubah dan boleh terima aku seadanya. Tapi ada masa aku fikir, aku tak tahan dah hidup dalam t0xic marriage macam ni.

Dah kalau semua benda nak gaduh, semua benda suruh aku buat sendiri, buat apa teruskan perkahwinan ni kan?

Cumanya sekarang laki aku tak bagi kata putus. Dulu dia suka jugak sikit sikit ugut nak cerraikan aku. Tapi sekarang bila aku cakap pasal ni, dia cakap dia takde jawapan. Padahal dia yang beria ria cakap dia tak boleh terima aku sebelum ni. Confuse.

Aku memang boleh kembali kat dia balik, cuma tu lah. Aku nak dia betul betul tahu tanggungjawab dia sebagai suami. Dan kalau ada yang salah, sama sama baiki. Ni kalau asyik nak menuding jari je, tak tenang hidup sampai ke tua

Sekarang aku dah filekan pencerraian dan tunggu hari untuk bicara. Aku cuma harap sekarang ni, yang terbaik untuk aku, suami aku dan anak aku. Kalau jodoh tertulis sampai sini, aku terpaksa la redha, kan?

Walaupun kadang kadang aku berharap jugak suami aku boleh berubah dan menerima aku semula macam mana dia terima aku masa mula mula, dan bahagia macam orang lain, besarkan anak sama sama.

Aku hanya mampu berdoa, Allah mudahkan urusan selepas ini. Maaflah kalau cerita tak menarik mana. Saja berkongsi cerita seringkasnya, sementara anak tidur.

Hehe. Sebelum ni aku suka baca cerita orang, baca komen komen orang. Aku teringat ada orang cakap kat aku satu ayat ni,

“You don’t owe anyone a lasting marriage, you owe yourself a everyday happiness. If it gets t0xic, leave.”

Doakan urusan aku dipermudahkan ya…

Reaksi Warganet

Peah Peah –
Suami macam tak ready je nak kahwin. Macam dia lebih selesa buat hal sendiri. Or may be dia jenis susah nak adapt into new situations.

Atau dia masih ingat awek lama dan susah nak move on. Atau dia ada org lain. Atau memang perangai dia macam tu. Tapi yang paling musykil, dia tak de ke rasa sayangkan anak dia? Banyak juga kemungkinan yang tiada jawapan.. Hmm

Diana Nabila –
Nak cakap jer la, dalam dia tak peduli awak isteri dia, makan minum urus sendiri, macam orang single, kenapa awak tadah jugak kat dia. Tau pulak dia awak isteri dia bila nak pakai kan…

Patutnya masa tu la awak tepis macam orang tak berlaki. Ini yang boleh sedar ada laki pasal dapat anak sorang je. Bab lain takde pulak rasa macam ada laki. Hmm.

Nak komen lebih lebih pun dah dapat anak dah. Conclusionnya, beralah ada hadnya, jangan sampai koyak mental dahlah.

Fa Zafeera –
Make sure anak sorang je sampai semua settle.

Jangan macam peribahasa zaman sekarang, “disebalik suami isteri yang selalu bergaduh, terdapat 5 orang anak anak kecil”

Hmmm… Aku paling pantang kalau laki jenis selfish. Memang sorang je la anak kau. Jangan anggap kita bini time nak celup je, time lain jadi kuli batak.

Saya cadangkan awak istikharah. Semoga Allah beri petunjuk.

Masta Boneka –
Lelaki tu belum bersedia sebenarnya. Sepatutnya sebagai suami dan ayah, jaga anak. Kalau tak mampu bertahan dengan isteri jangan babitkan anak yang masih kecil.

Ada seseorang pernah pesan dekat aku macam ni, “kau bebas pilih siapa isteri kau, wanita juga bebas pilih siapa pasangannya, tapi ingat anak anak tak boleh pilih siapa ayah dan ibunya. Buatlah pilihan yang menyenangkan kehidupan akan datang”

Nak pilih pasangan biar sakit mata tapi bukan hati. Maknanya biarlah tak handsome, lawa tapi hati telus dan matang.

Cahaya Kesyukuran –
Moga dipermudhkn segala urusan awak. Saya ada seorang kenalan yang senasib dengan awak. Walau hidup berdua tetapi seperti hidup sendiri. Dia dianggap seperti halimunan..

Akhirnya dia disahkan menghidap d3pression oleh Dr akibat perbuatan suami dia. Alhamdulillah dirinya makin tenang setelah bercerrai..

Saya doakan moga Allah kurniakan ketenangan dan keberkatan hidup untuk awak dan si kecil. Moga satu hari nanti awak dikurniakan jodoh yang terbaik yang boleh bimbing awak ke syurgaNya..

BACA: “Aku tanya kawan aku, boleh jaga anak aku ke tak, dia kata ok tapi tuhan nak tunjuk dia silap hantar mesej