Sebelum ini saya pernah confess di sini dengan tajuk yang sama hadapi ujian perasaan. Terima kasih kakak Siti.
Saya amat hargai usaha kak Siti untuk menasihati saya.Kali ini confession saya adalah ingin beritahu bahawasanya saya telah pun cut komunikasi antara saya dan lelaki tersebut.
Ramai cakap lelaki itu mungkin love scam atau scammer tapi sebenarnya tidak.
Dia bukan scammer sebab segala bukti mengenai latar belakang dia, orangnya saya dah pastikan dia memang bukan scammer.
Tetapi bukan ini yang saya nak beritahu. Saya cuma nak kongsikan yang saya dah putuskan hubungan dan komunikasi antara kami. Bagaimana caranya?
Allah yang jauhkan lelaki tersebut daripada saya dan yakinlah saya bahawasanya dia bukan lelaki tepat untuk saya, dan saya harus kembali kepada suami saya.
Saya percaya doa saya setiap hari untuk Allah bimbing saya dan jauhkan saya daripada lelaki tersebut akhirnya termakbul dengan cara itu di mana lelaki itu sendiri yang jauhkan diri daripada saya dan saya harap saya tetap kekal berjaya hadapi apa jua ujian yang akan datang.
Ada orang bertanya hal rumahtangga apa yang berlaku antara saya dan suami. Boleh saya katakan yang saya tahu manusia tidak sempurna apatah lagi saya yang banyak kekurangan.
Suami saya introvert, tapi kalau dia marah, kata-katanya umpama pedang yang terlalu tajam hingga boleh menyakitkan dan menawarkan hati setiap wanita yang lembut hatinya.
Suami saya ada baiknya tetapi ada kurangnya begitu juga saya. Kami tidak selalu bergaduh tapi bohonglah kalau tidak pernah bergaduh. Bukan sahaja kata-katanya bak pedang yang tajam tetapi bila dia marah, memang buat saya takut.
Sejujurnya setiap kali gaduh saya cuba jaga kata-kata saya agar tidak menaikkan kemarahan suami tapi perangai suami memang begitu setiap kali marah pasti akan ada kata-kata yang mengguris hati saya.
Apa yang menyedihkan saya bila bergaduh, suami macam tak puas hati tentang saya. Dia persoalkan apa yang saya dah buat untuk dia ibarat omputeh cakap, “What do you bring to the table for me?”
Seolah-olah ayat itu menunjukkan saya tak pernah beri kebahagiaan pada dia dan tak buat apa-apa untuk dia dan kata-kata yang hingga hari ini saya ingat dalam hati dan fikiran saya adalah ” Aku tak bahagia dengan kau.”
Kadang-kadang saya perli dia “Abang kan tak bahagia dgn saya.” Dia cakap jangan ckp tentang tu , sebab waktu tu tengah marah.
Ya faham tengah marah tapi kata-kata amat menyakitkan dan menyedihkan saya. Saya menangis dan boleh katakan saya sentiasa fikir Am I not good enough for him?
Bila dia keluarkan kata-kata macam tu, dia buat saya INSECURE. Saya rasa macam bila-bila masa saja dia boleh buang saya dan rasa macam suami saya sayang saya tak sampai dia boleh keluarkan ayat macam itu.
Saya yang tak nampak kebaikan dia atau dia yang tak hargai saya selama ini? Itulah yang buatkan saya sedih.
Mungkin ada antara kalian yang ada tips macam mana untuk tidak ambil hati terhadap kata-kata pasangan termasuklah tips-tips sabar dlm perkahwinan. Sukacitanya saya ingin tahu tips tersebut untuk penambahbaikkan. TQIA.
Tidak terfikir untuk curang, I keep choosing my husband until he doesn’t want me. That’s mean, selagi dia ingin bersama saya, saya tetap mahukan dia..
Rumahtangga kami baik-baik saja cuma saya akan sedih bila dia keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Dan thank you Allah sebab selamatkan saya daripada ujian perasaan itu.
Last but not least, doakan rumahtangga saya kekal hingga Jannah. Doakan yang baik-baik untuk kami, mudahan doa yang baik itu kembali kepada kalian semua.
Thank you for reading! Much appreciated.
Lots of love,
– Safiyya (Bukan nama sebenar)
BACA: Selepas 3 tahun simpan rahsia, akhirnya Uji Rashid dedah keadaan kesihatan Cico