Di sini saya ingin cerita tentang tabiat suami saya yang memang suka membeli beIah terutamanya kasut.
Selalunya ini macam sifat yang dimiliki oleh perempuan kan, tapi terbalik pula.
Masa sebelum kahwin dulu, tidak perasan sangat tabiat dia cuma kalau jalan – jalan dekat pusat beli beIah dengan dia, memang kalau dia berkenan, terus beli!
Dan kalau baju, seluar, kasut itu muat dan dia berkenan, memang ambil banyak w4rna sekaligus.
Bila balik rumah, rasa tidak suka, terus dia tidak pakai semua. Tapi saya rasa masalah terbesar dia adalah kasut.
Saya tidak kisah kalau dia memang fesyenista, harta banyak. Kasut mahal berjenama banyak (tapi dia tidak pakai jenama pereka la, bukan gaya dia) tapi pakai baju T bundle.
Alhamdulillah, dia agak murah rezeki, tapi bila dapat lebih, masa itu la datang ‘peny4kit’ dia. Terketar – ketar, telefon lekat di tangan, skrol laman web tengok kasut dan kalau dia suka kasut itu dan tahu ada jual di mana – mana, malam itu juga dia mula motosikal pergi beli.
Bila dia sudah dapat beli, dia akan belek – belek sambil menghadap kasut itu macam masterpiece hasil seni! Majoriti kasut dia reka bentuk lebih kurang sama sahaja. Semua kasut skateboarding. Hitam putih, tidak boleh beza sangat.
Dia punya alasan untuk beli kasut ada 1001. Punya la reka alasan nak menghalalkan sebab kenapa perlu ada kasut baru (sebab saya kontrol, rak kasut 4 pintu semua kasut dia, 2 pintu kasut sama corak, sama jenis, sama w4rna, boleh bayangkan tak macam mana saya tak marah).
Alasan 1 : Harga Murah. Harga kasut boleh jadi satu masalah. Bila kasut itu macam murah, dia akan beli. Contohnya, kalau kasut itu harga RM700, ada diskaun jadi RM600, bagi dia itu ‘good deal’, kena beli. Jimat RM100.
Jimat tang mana entah, kena juga bayar RM600. Kalau kasut harga RM300, diskaun jadi RM150, dia akan beli 2. Ada satu masa saya cadangkan dia beli kasut Bata. Dia pun beli. Tahu tak dia beli berapa? Sampai 3 pasang! Sebab baginya murah punya pasal. GiIa.
Alasan 2 : Fungsi. Ah, ini alasan paling tak boleh diterima. Nak pergi parlimen beli kasut. Sebab tiada kasut cukup formal. Nak kahwin beli 3 kasut. Sebab tidak ada kasut cukup cantik untuk pakai dengan baju Melayu (kesudahannya ketiga – tiga kasut lebih kurang sama sahaja semua kasut skateboarding) dan dia sudah ada 20 pasang atau lebih kasut sama w4rna dan corak.
Alahai, isteri awak beli kasut RM70 sahaja sepasang untuk kahwin. Kalau kasut hiking lagi lah. Alasan tidak menyokong tumit la, tidak kalis air la. Kasut sebelum ini kalis air, tapi tidak cukup kalis air. Kasut hiking sudah ada 6 atau 7 pasang. Berjenama semua. Hiking pun tidak.
Untuk pengetahuan, dia boleh ada puluh – puluh kasut tapi selipar jepun ada 1 jenama Asadi yang dah licin tapaknya, dia dah pakai bertahun dan minggu lepas hampir jatuh di atas simen! Selipar kedekut nak beli.
Alasan 3 : W4rna. Saya sudah ada w4rna itu. Saya tiada w4rna ini. Sebab murah saya ambil 3 w4rna. Walaupun majoriti kasut dia hitam tapak putih, kadang – kadang dia akan beli juga kasut w4rna lain, nak ‘add a splash of color into life’ kalau tidak ‘dull’ begitu.
Ada satu cerita, masa awal – awal kahwin, baru sedar dia shoepah0lic kr0nik, saya suruh dia janji untuk tidak beli kasut. Saya suka suprise balik rumah masa rehat tengah hari, terutamanya kalau tahu dia tidak bekerja. Sebab pejabat – rumah tidak jauh.
Satu hari itu saya rasa nak balik. Sebelum sampai rumah, saya dah telefon tanya buat apa sahaja. Dia cakap tidak keluar, duduk saja – saja. Saya pun mula pandu kereta, terus menuju ke rumah. Dia tidak sedar sebab rumah flat, bukannya nampak lampu kereta pun.
Saya buka pintu senyap – senyap. Masuk sahaja rumah terus saya nampak dia tengah meniarap belek kasut menghadap macam orang angau dekat awek. Dia terk3jut nampak saya, terus dia melompat bawa kasut sorok dalam bilik.
Tapi kelakar, dia tertinggal kotak kasut dan sebeIah kasut. Hamboi kemain. Marah juga masa itu sebab dia kata tidak keluar. Rupanya senyap – senyap pergi KLCC. Beli kasut sama corak dengan apa yang dia baru beli, cuma w4rna sahaja lain.
Bila dia tahu saya marah, dia pandai sorok. Saya pula suka buat pemeriksaan meng3jut. Masa nak pindah rumah baru, masa mengemas barang saya tanya kasut dalam kotak ini bila kawan awak nak ambil sebab m4ti – m4ti ingat itu kasut bekas housemate masa dia bujang.
Bertahun saya tengok ada 2 kotak kasut dalam kotak – kotak barang tak pakai. Lama – lama dia bagitahu itu kasut dia beli dulu tapi dia sorok tidak berani nak pakai haha. Dia cakap murah ni, beli masa jualan murah. Harga RM200+, jualan murah jadi dia ambil 2, corak sama w4rna sahaja lain. Hamboi kemain.
Saya pernah juga jumpa kasut dia letak dalam rak lama. Rak itu memang dah penuh, bila buka ada satu kasut terselit yang memang macam kena selit la. Tengok tapak putih berseri. Sah kasut baru. Sama corak juga dengan kasut paling baru dia beli cuma w4rna lain.
Kami pernah masuk Singapura malam Krismas semata – mata nak beli satu kasut sebab jenama itu tak masuk Malaysia. Malam itu, adiknya menikah di Ulu Tiram. Kami sampai Johor Bahru dalam pukuI 2 petang. Lepas itu pergi hantar barang dekat homestay yang famili duduk, baru sahaja nak rehat suami saya cakap jom pergi Singapura.
Jam dah dekat 3 petang. Sempat ke nak balik? Nikah pukuI 8 malam. Dia kata sempat. Bergerak la ke Johor Bahru, tinggal kereta dekat rumah adik dia, adik dia hantar ke Larkin, nak carpool teksi tapi dah petang tiada siapa dah nak masuk.
Kami sewa satu teksi, agak mahal la tapi dia dah kalau nak, okey takpa sahaja bayar. Sampai tambak Johor mak ai jem teruk! Mana taknya, malam Krismas. PukuI 4 lebih atas tambak lagi. Sampai dekat stesen teksi di Singapura, lengang. Apa pun tak ada. Orang tak ramai.
Cari teksi nak ke pusat beli beIah. Semua tak ambil orang. Kami berjalan cari MRT. Tapi tiada duit pecahan kecil. Duit SGD50 sekeping, kami pergi makan McDonald’s sebab nak pecah duit. Dah siap – siap makan, bila keluar nak ke MRT, cari duit itu semua tak ada.
Ah sudah tercicir semua duit baki. Agak kelab kabut dekat MRT sebab kami berdua tak pernah naik. Tak tahu hala tuju. Dah pukuI 6 ni. Putuskan cari teksi. Pendek cerita akhirnya dapat naik teksi. Pemandu itu orang Malaysia dan dia cakap kami giIa masuk Singapura masa sekarang ni sebab Krismas dan nak kejar nikah malam itu juga haha.
Sampai kedai itu, suami saya ambil kasut dia nak, minta saiz, bayar terus berlari keluar. Balik Johor Bahru naik bas. Tunggu bas berjam pula. Pendek cerita, kami sampai juga dekat masjid, pukuI 9 malam. Selamat adik dia belum nikah tapi dah nak nikah.
Kena bebel satu pusingan dengan mak dia. Kami datang tidak tukar baju, memang muka berminyak dan baju sama pakai dari pagi masa bertolak dari Kuala Lumpur. Yang pasti suami saya tidur dengan muka senyum sebab dapat kasut idaman.
Esok kenduri terus pakai kasut baru haha. Ceritanya, boleh sahaja nak masuk Singapura lepas kenduri, tapi itu la bila gigih sangat. Tak sabar tak sabar. Kalau korang rasa dia tak kr0nik sangat, bagi saya s4kit dia memang dah kr0nik.
Kawan – kawan saya dan kawan – kawan dia pun tahu dia memang giIa kasut. Saya tidak kisah kalau dia tu Dato’ Aliff bergaya sahaja manjang duit berkepuk naik BMW, ini naik Honda sahaja. Honda pun Honda Wave. Cukup – cukuplah beli kasut sayang.
Rak besar 4 pintu sekarang dah penuh dan sekarang saya beli rak kasut lain untuk letak kasut sendiri, rak kayu RM19.90 4 tingkat itu. Itu pun dia tumpang kasut dia juga sebab tidak muat. Haish. Dulu – dulu selalu g4duh sekarang memang jadi bahan gelak sahaja bila tengok per4ngai dia dengan kasut.
Bila bebel banyak, dia cakap okay la daripada dia habis duit dekat r0kok. Masa itu rasa nak cekik pun ada. Kadang – kadang dia belanja saya kasut bila dia ada keinginan nak membeli tu, s
ebab saya letak syarat kalau dia dapat satu, saya kena dapat satu juga haha. Jadi keinginan dia tu banyak pendam dah sekarang haha. Sekian cerita. Terima kasih sudi baca!
Yang benar, Isteri yang ada cuma ada 2 kasut hiking, 3 sneakers, 1 Crocs dan 1 selipar Jepun (kasut perempuan tak ada haha). – Kasut Bata
baca: Nenek buat konten memasak buat ramai teringat nak balik kampung sekarang