Pepatah di atas membawa maksud bahawa kebenaran pasti akan terungkap akhirnya, cuma waktunya berbeza—ada yang cepat, ada yang lambat.
Melalui sebuah luahan tanpa nama di laman X, seorang lelaki meluahkan rasa curiga terhadap perubahan sikap isterinya
yang kini sering berhias rapi ketika hendak ke pejabat, berbeza dengan kebiasaan sebelumnya.
Menurut lelaki itu, isterinya sebelum ini hanya berpakaian sederhana apabila keluar di khalayak ramai. Namun, perubahan ketara mula kelihatan.
“Saya perasan isteri saya akhir-akhir ini kerap memakai pewangi yang harum.
Dia juga rajin mencukur bulu pada badannya, termasuklah bahagian alat sulit, ketiak, dan kaki. Semua kulitnya kelihatan licin dan mulus.
“Sebagai suami, saya mestilah peka dengan perkara sebegini. Sebelum ini, isteri biasanya mencukur sebulan sekali. Tapi sekarang, hampir setiap hari dia mencukur sebelum pergi kerja.
“Satu lagi, saya dapati isteri sesekali pergi kerja sejam lebih awal daripada biasa tanpa memberitahu sebabnya.
“Saya mula syak perkara yang tidak baik, tetapi saya cuba kumpul bukti dahulu sebelum menuduh. Saya semak kamera papan pemuka kereta isteri, dan syukur tak ada apa-apa yang mencurigakan,” katanya.
Namun, kebenaran tentang kecurangan isterinya terbongkar dengan cara yang tidak disangka-sangka.
“Jangan pertahankan lagi rumah tangga itu… isteri awak dah hilang rasa hormat kepada awak. Lepaskan saja dia.”
– WARGA MAYA
“Satu hari, isteri tertinggal jam pintar di rumah kerana dia memakai jam lain ke pejabat. Hati saya terdetik untuk memeriksanya.
“Alangkah terkejutnya saya apabila mesej pertama yang terpapar di jam itu datang daripada seorang lelaki, berbunyi: ‘Wanginya awak hari ini, saya tak kuat la kalau macam ni.’
“Luluh hati saya. Apa yang berlaku selepas itu, biarlah saya simpan sendiri,” ujarnya menutup cerita.
Warga maya bertukar pandangan
Di ruangan komen, ramai netizen memberikan sokongan moral kepada lelaki itu agar tetap kuat menghadapi dugaan.
“Pelbagai cara boleh menyebabkan kecurangan terbongkar. Pada pendapat saya, jangan pertahankan lagi rumah tangga itu. Isteri awak dah hilang rasa hormat kepada awak, lepaskan saja dia.
“Perceraian bukanlah pengakhiran segala-galanya. Masih ada peluang untuk memulakan kehidupan baharu. Awak kena kuat,” kata salah seorang netizen.
BACA: ‘Bukan sekadar mesej, video pun ada’ Lain pula jadi bila Abang Viva dedah perangai sebenar isteri