“Suami sanggup jandakan isteri sendiri demi janda lain, malam tu aku dan anak tunggu suami balik, terkejut buka je pintu nampak suami dukung janda!”

Oleh ISMAIL YAHYA

Nama aku Nani (seharusnya bukan nama sebenar). Sejujurnya, kisah hidup aku ni mungkin kisah biasa yang ada kat page alam perkahwinan yang ada kat mukabumi Malaysia.

Cumanya aku harap post aku ni mampu membuang segala-gala kenangan hitam yang susah sangat nak dipadam dalam memori hidup aku selepas ni.

Aku kenal dengan Firdi dari zaman belajar lagi. Dia bukanlah kategori kacak tapi manis tu ada dan paling penting sifat ramah dia tu buat ramai orang selesa dengan dia.

“Suami sanggup jandakan isteri sendiri demi janda lain, malam tu aku dan anak tunggu suami balik, terkejut buka je pintu nampak suami dukung janda!”

Aku selesa dengan family dia, mak dia memang best sporting. Setelah 5 tahun kenal akhirnya kami memilih untuk berkahwin. Masa awal perkahwinan, aku dan Firdi duduk berjauhan (pjj). Kat sini la bermula segala kisah kesenglikuhan yang disimpan kemas si Firdi yang aku tak tahu. Dia simpan kemas dan baru sebulan kahwin dah pon kantoi.

Naluri isteri jangan buat main ye.. Jaranglah sangkaan meleset kan, hehe. Hubungan dia dengan perempuan yg sama tempat kerja aku dapat hidu. Tapi tu lah jenis aku ni bukan bangsa suka marah semua pihak. Aku perhati je. Kumpul semua maklumat sendiri tanpa bocorkan pada mana2 pihak famili.

Yelah, rumah tangga kita, kene la jaga sendiri. Kalau boleh settle sendiri tak perlu libatkan mak ayah. Sampailah satu hari aku ke sana (tempat Firdi tinggal dan kerja), aku slow talk dengan dia.

Keluarkan semua bukti yang aku dah peram lama dan akhirnya dia mengaku sampai menangis keluar air mata jantan berjurai-jurai pasal takut kantoi dengan mak dia… erkkkk…. (bongoknya aku time tu). Dia mengaku pernah ada affair dengan this girl tapi putus dah.

padanlah, baru nikah sebulan asyik cakap nak kahwin lagi okey. Fullstop! Dia tanya aku, kalau terjadi lagi benda macam ni, aku maafkan dia tak? Aku dengan lurus dan yakinnya cakap ni peluang terakhir sebab rasa sangat confident yang dia tak akan ulang benda sama selepas melalak macam mak esah nak kena ketuk kepala.

Tapi aku silap menilai, selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak Allah uji kerukunan rumahtangga kami. Kali ni amat dasyat dan paling dahsyat dalam sejarah hidup aku. Aku dijandakan demi menghalalkan janda lain.

 

Owhhh, indah bukan hehe… Sangat tak sangka, aku anggap Nora macam adik aku sendiri. Bantu dia dalam bisnes tapi aku ditipu bertubi-tubi oleh dua insan ni. Oh ye, masa awal kahwin kitaorang memang struggle. Sampailah dah hampir complete punya segala bisnes, kerjaya, kenderaan, rumah dan anak setelah beberapa tahun kahwin baru dikurniakan anak. Finally Allah tarik segala-galanya apa yang kami dah ada macam tu aje.

Wahai pembaca, besar taw efek kesenglihan dan perpisahan ni. Mungkin Nora tertarik dengan segala yang dimiliki Firdi. Tapi dia mungkin juga tak perasan sebalik kejayaan Firdi ada aku kat belakang tu. Sampai hampir separuh gaji aku terhumban pada hutang-hutang jangka panjang demi nak bina kehidupan yang lebih baik.

Aku tak lupa ayat Nora pada aku “tak pandai jaga laki” katanya. Depan aku,dua-dua buat macam takda apa terjadi.Berlagak macam kawan bisnes aja,tapi rupanya ada hubungan lain. Firdi dah start balik rumah lewat pagi hari-hari.

Aku kat rumah dengan anak dibiar macam tu aja. Pandailah nak makan apa nak pergi mana. Sebab dia banyak urusan bisnes katanya. Setiap hari aku tak boleh tidur sebab tunggu sang suami balik. Sampai tahap aku boleh basuh baju pagi-pagi buta bagi isi masa lapang tunggu laki balik. Bongoknya masa nih. Lama-lama hampir dua bulan perkara ni terus berlaku dan dia terus tak selera nak sentuh aku.

Pernah satu hari tu aku mintak hak aku sebagai isteri untuk dilayan, dia janji dia nak balik rumah malam tu. Tapi dia tak balik. Aku dengan harapan tinggi tunggu dia dari malam membawa ke subuh pon tak balik dan akhirnya dekat tengahari baru muncul.

Memang dia layan aku tapi lepas tu dia cakap macam ni “puas dah nak sangat kan” muka dia memang tak happy langsung. Masa tu aku rasa aku macam seorang perempuan murahan paling murahan dalam dunia nih. Itulah lah trauma yang aku tak dapat nak hilangkan sampai sekarang. Sejak itu dia terus tak berminat nak sentuh si halal nih.

Setelah berbulan aku tanggung derita ni tanpa sesiapa pon tahu. Aku hanya luah atas sejadah dan peluk erat anak aku yang waktu tu baru umur setahun lebih. Tiap kali aku menangis, dia datang tepuk bahu aku. Anak aku kekuatan aku. Cerita aku bukan saja diselingkuhi tapi turut terkena buatan dari Nora. Aku skit,mungkin juga efek dari stress lagi mudah aku jatuh skit.

Lepas asar aku jadi makin murung. Takut nak keluar rumah. Muka aku memang dah tiada seri langsung. Muka hampir senget sebelah. Aku dah macam mak esah. Anak aku selalu jadi sasaran marah aku. Aku menyesal sangat-sangat pada anak aku. Tapi apakan daya aku lemah yang amat. Mujur keluarga dan kawan-kawan banyak bagi sokongan.

Masa ni aku dah bagitahu famili selepas dia kantoi bawak balik Nora tidur rumah kami hanya mereka berdua dalam tu depan mata aku dan anak. Dapat bayangkan hancur ntah tahap ke berapa dah hati aku lagi dan lagi. Tak lama tu dia ajak aku berpisah. Aku cakap bagi aku masa sebulan baiki keadaan.. Dia setuju. Teruskan kata dia. Dalam tempoh sebulan lagi kuat dia tak balik rumah dan aku amik ruang yang ada tu untuk ubat diri aku yang ‘skit’.

Duit habis untuk berubat. Alhamdulillah aku makin pulih dan makin kuat untuk anak aku… perempuan sekali kalau dia dah move on, habis lah kau wahai kaum adam. Sampai tahap aku dah bosan, pujuk nak berdamai makin mengada-ngada tak nak balik. Jadi aku ambil keputusan undur diri demi kebaikan dan kebebasan yang Firdi mahukan.

Segar diingatan aku kata-kata dia ni hingga aku terpaksa bawa diri dan taknak terhegeh-hegeh lagi. “Dari dulu lagi rasa cinta pada aku hanya lah on off semata.” “Dah lama nak lepaskan aku masa bertahun tak ada zuriat tapi tak jadi bila taw aku dah mengandungkan anak dia. (Padan macam tak happy bila aku cakap aku pregnant).

Nak mulakan hidup dia dari zero semula (lawak sejenis apakah ini). Akhirnya kami berpisah dan Allah sangat permudahkan segala urusan perpisahan secara baik kami walaupon dalam tempoh eddah dia macam orang meroyan.

Ucapan pertama selepas berpisah yang aku terima dari salah insan yang sangat rapat dengan aku dulu “tahniah apa yang dihajati tercapai”… aku???… hajat aku???… Remuk lagi hati aku ntah berapa ratus kali. Dalam tempoh eddah aku perhatikan juga perangai dia, tapi walaupon cara dia macam orang meroyan tapi dia hanya berani pujuk aku dalam phone sahaja.

Tak berani datang jumpa famili. Di saat itu aku yakin sangat memang cukup sampai sini jodoh aku. Aku memang tak mampu jadi isteri yang terbaik buat Firdi. Aku tak mampu bahagiakan hati dia. Selama ini aku redha siapa pon Firdi, segala kekurangan Firdi tapi tidak pada Firdi.

Aku memilih berlalu sepi dengan syarat tolong lepaskan anak bersama aku. Dia kekuatan disaat aku lemah, kalau tak fikirkan aku ada anak,mungkin aku rela terlantar sakit perlahan-lahan pergi buat selamanya tinggalkan dunia yang fana ni. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Setelah beberapa tahun berpisah Dia temukan aku dengan lelaki berhati mulia walaupun sikap jauh beza dengan yang lama.

Segalanya-galanya memang berbeza sangat. Mungkin Allah mahu aku lupakan segala kenangan lalu tanpa ada sedikit persamaan walaupon pada mula aku kekok. Tapi demi anak yang kurangnya kasih seorang bapa, aku belajar untuk terima kehadiran teman baru dan ya, aku perlukan teman untuk buang segala lara aku yang lalu.

Jadi ibu tunggal bukan lah perkara yang menyeronokkan untuk aku. Tapi aku tak boleh cerita dalam ni. Memang lelah korang nak baca. Maybe next confession (kalau ada yang berminat nak taw lah..perasan aih). Pengajarannya, Kawan-kawan, hidup nih jangan terlalu bermegah dan menunjuk segala yang kita ada.

 

Tak semua orang suka lihat kejayaan kita. Jadi, tak usahlah tunjuk. Cukup kau dan orang terdekat kau saja yang tahu. Manusia jahat dimana-mana. Kadang paling rapat tu la paling jahat dengan kita kan. Jadi,hati-hatilah. Sekali Allah nak tarik nikmat, Dia memang tak bagi signal. Terduduk terus kau masa tu.

Itulah yang pernah jadi pada aku. Jangan pernah percayakan orang luar sampai tahap anggap dia macam famili kau.. no!! orang luar tetap orang luar & tak wujud pun sahabat baik dari lain jantina. Tu bukan sahabat. Tu boleh jadi nafsu serakah kelak.

Last, doakan aku dapat melupakan segala kedukaan tanpa simpan dendam pada sesiapa yang pernah aniaya aku (Nora & Firdi). Doakan juga kebahagian aku dengan famili baru kami.. Thanks, sudi baca sampai habis. Sekian!!

– Nanie

Mengejutkan Isteri Tiba Tiba Luahkan Dia Dah Lama Tak Tahan Gara Gara Suami Bagi Servis Tak Best. Akhirnya Malam Tu Suami Nekad Untuk Bagi Yang Terbaik Sampai Isteri Terdiam.
Aku ingin cerita kisah hidup ini biar jadi pedoman buat semua dari aku tak tahu apa time bujang sehingga lah ke alam perkahwinan.Korang baca lah sampai semoga ini menjadi pedoman buat semua. Memang dulu aku jahil tentang solat. Sebab dari kecil mak bapak aku tak tekankan tentang solat. Aku belajar tentang solat sewaktu di sekolah.

Aku hafal cara solat dari buku cara sembahyang. Mak solat, tapi mak tak pernah ajak solat sekali, apatah lagi mengajar. Belajar sendiri di sekolah katanya. Aku pernah tegur bapak aku, kenapa bapak tak solat? Bapak aku marah aku balik, dia suruh aku pergi solat dulu sebelum mempersoalkan diri dia. Sedihkan? Tapi itu cerita dulu, sekarang bapak dah pulang ke jalan yang benar. Usia yang makin tua mungkin.

Dan aku tak menyimpan rasa marah pada mak bapak aku sebab mereka hanya manusia yang tak sempurna dan mereka dah mengasihani aku, membesarkan aku dari kecil hingga aku besar begini menulis confession. Dan aku melalui rona kehidupan yang tak mudah sejak kecil. Biasalah kehidupan seperti dilambung ombak..

lebih-lebih lagi bila tak solat langsung. Solat on off. Solat sebab kawan di opis solat, dah tu pulak solat dihujung waktu Zuhur sebab taknak bersusah payah nak ambil wudhu sampai 2 kali. Jadi alang-alang dah solat Zuhur dihujung waktu, beberapa minit kemudian masuk waktu Asar. Rasanya rutin sebegini pemandangan biasa di surau-surau di kawasan pejabat. Mudahkan? Aah mudah untuk aku tapi betapa berat sebenarnya hati untuk solat bila dilambat-lambatkan waktu.

Itu lah aku si pendsa. Jahl. Solat sebab taknak jadi orang asing dikalangan Islam. Solat sebab sedang kesusahan. Jhilnya aku..sedih! Tapi, sejak berlaku satu perkara paling ulung dan tak boleh aku lupakan..aku mula sedar yang pergi bila-bila boleh menjemputku dan aku taknak tinggalkan dunia ini begitu sahaja tanpa apa-apa bekalan. Betapa hebatnya kasih sayang Allah memberi aku peluang kedua untuk membaiki diri.

Aku menangis sewaktu pertama kali menunaikan solatku dengan ikhlas. Aku menangis sebab betapa jhilnya aku dulu..aku yang lupa pada Dia. Selama beberapa hari aku berkeadaan begitu bila aku teringat betapa besarnya kuasa Dia aku akan menangis sedih sangat.

Sejak itu memang aku jaga solatku. Masa mula- mula aku istiqamah untuk solat penuh 5 waktu sehari semalam, aku melambatkan waktu solat. Tapi selepas beberapa hari, bila aku merasakan ringannya hati aku untuk solat, aku mula menantikan masuk waktu, dan aku akan solat di awal waktu.

Lama kelamaan, ianya jadi habit, dan betapa nikmat dan manisnya bila solat diawal waktu. Terasa masa seperti panjang dan seolah-olah dah melunaskan tugas yang paling besar dan susah sebelum melunaskan tugas-tugas yang kecil. Pelik, tapi itu lah yang aku rasa. Dan dalam masa yang sama, aku rasa bersyukur sebab inilah rezeki yang paling nikmat aku pernah terima. Mungkin berkat Al Waqiah yang aku selalu dengar setiap malam sebelum tidur. Mungkin juga sebab sewaktu aku solat on off dulu.

Aku sering berdoa semoga diberi petunjuk oleh Allah, supaya aku dapat menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan kedua mak bapak aku bila mereka diakhirat kelak, surah Al Fatihah dan selawat ke atas Rasullullah dan semua umat Islam pun aku tak pernah lupa baca. Sebab aku ingat lagi aku pernah baca, selepas solat berdoalah mintak lah apa kepadaNya, jangan sombong.

Dan aku mintak, dan andainya memang benar Allah kurniakan aku petunjuk, aku berbesar hati menerimanya dan akan terus istiqamah. Dan Alhamdullilah aku berkahwin last year, dengan seorang perempuan yg boleh dikatakan perfect la. Cantik dan lemah lembut. Suruh buat apapun, pasti isteri aku akan buat, tak pernah membantah.

Semasa awal perkahwinan, aku belum berkerja, isteri aku dah kerja, dia yang support segala perbelanjaan kami berdua, duit gajinya tak cukup, dikeluarkan duit tabung haji dan ASB, keadaan awal perkahwinan agak susah, tetapi Alhamdulillah, selepas aku mula bekerja, kehidupan kami berdua bertambah baik.

 

Aku ada satu tabiat buruk, iaitu aku selalu dengan phone. Suka scroll2 instagram, facebook, group whatsapps. Lepas kahwin pun, aku bawak tabiat buruk ni ke dalam perkahwinan. Keluar makan main phone, dalam bilik kat rumah main phone, balik kampung main phone. Masa untuk bersembang dengan isteri aku agak terbatas sebab aku selalu dengan phone. Dia asyik termenung tengok aku main phone.

Semua tahu, wanita ni perlukan perhatian. Seorang isteri sangat perlukan perhatian daripada suaminya. Akibat sikap aku yang selalu dengan phone. Lama kelamaan, isteri aku berubah menjadi seorang yang dingin dengan aku. Namun, apa sahaja aku suruh, dia still buat, tapi boleh nampak la dia dingin dengan aku.

Sampailah pada suatu malam, isteri aku meletup, isteri aku meluahkan yang dia tak tahan dengan sikap aku yang selalu main phone, kurang peduli pasal dia. Dia kata dia dah penat-penat buat kerja rumah, at least aku appreciate dia, spend masa dengan dia, bukannya dengan phone, dia kata dia stress, dia perlukan perhatian.

Dia kata aku takpela ada ramai kawan kat group whatsapps, dia takde kawan sangat, aku satu-satunya kawan rapat dia selepas kahwin. Selepas luahan tersebut, isteri aku menangis minta maaf. Dia kata dia dah lama tahan, tapi tak boleh tahan dah dengan sikap aku yang lebihkan phone daripada dia.

Terkejut juga aku dengan luahan isteri aku. Tak sangka sikap aku yang main phone ni boleh menyebabkan seorang yang lemah lembut seperti isteri aku meletup. Selepas luahan isteri aku tu, aku mula berubah. Semasa dengan isteri aku, aku tak main phone dah, kami borak-borak, share kisah di tempat kerja, share mengenai isu semasa dan sebagainya. Alhamdulillah, hubungan kami suami bertambah baik.

Apabila aku tengok pasangan lain terutamanya di restoran, seorang suami main phone, isteri juga main phone, macam orang asing. Aku rasa bersyukur isteri aku tegur sikap buruk aku. Alhamdulillah.. Oleh itu, kurangkan atau jangan main phone langsung depan pasangan anda. Hargai dan berilah perhatian kepada mereka. Ramai yang berpisah kerana handphone,

berhati-hatilah menggunakannya.Semoga yang terbaik untuk kamu semua. Sebagai kesimpulan,solat perlulah jaga dan awas jika kita menjdi fanatik pada pengunaan handphone.Harap kisah hidup saya dapat dijadikan pengajran kepada semua.

Nasihat Ustaz Bagi Para Suami Untuk Lebih Fahami Isteri Ini Mampu Buat Anda Tersentap
Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup. Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya. Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak.

Namun, ada juga perkara yang sering menjadi perbincangan ramai iaitu mengenai isu seperti isteri dilayan seperti orang gaji dan hanya duduk di rumah untuk menjaga anak-anak tanpa mendapatkan perhatian yang sepenuhnya.

Ianya juga merupakan salah satu sebab kenapa isteri-isteri di luar sana cepat letih dan akan mudah melenting kepada anak-anak. Mereka penat dan tidak cukup tangan untuk melakukan kesemua benda seorang diri. Baca perkongsian

oleh seorang ustaz iaitu Ebit Lew di laman Facebook mengenai isu kenapa isteri mudah melenting dan marahkan anak-anak. Mungkin ianya boleh membuka mata masyarakat di luar sana dan tahu cara yang betul untuk atasi masalah ini. Perkongsian penuh di bawah:

Suami perlu cuba sebaik mungkin untuk fahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak. Ada sebabnya.. Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak.

Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil je. Kakak sulung asyik kena marah je. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah.

Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan. Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.

Selalunya wanita yang kerap dan mudah marah dan menjerit kepada anak-anak ini berasa mereka kurang kasih-sayang dan dahagakan perhatian dari seorang suami. Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya. Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya.

Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga. Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah.

Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai, sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah. Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah Ayah.

Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.

“Esok kita pergi, anak-anak tak berebut harta tapi berebut nak bagi syurga paling tinggi buat mak dan ayah mereka. Cinta ialah pendidikan yang utama pada keluarga selepas iman.” Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang anak-anak. Bila sampai rumah sunnah beri salam dan peluk atau cium ahli keluarga. Anak-anak dahagakan pelukan dan ucapan sayang.

Mak anak yakni isteri kita yang penat sepanjang hari tu lagi dahagakan ciuman, pelukan dan ucapan sayang terima kaseh dari suaminya. Begitu juga kita kan abang. Kita pun ingin begitu. Kita semua cuma manusia yang sedang belajar nak jadi baik.

Begitulah juga seorang ibu yang melayan anak besar sampai anak kecil dengan cinta dan sayang..begitulah kakaknya pula akan mencintai adiknya. Esok adiknya pun akan saling mencintai dan menyayangi kakak dan mak ayahnya. Esok kita mati mereka tak berebut harta tapi berebut nak bagi syurga paling tinggi buat mak ayah. Cinta ialah pendidikan yang utama pada keluarga selepas iman.

Suami isteri yang saling membantu. Saling mencintai. Saling menghargai akan membuat anak-anak pun jadi begitu. Janganlah pernah brbalah depan anak-anak. Nanti anak kita akan jadi stress dan mereka akan jadi hipokrit. Jangan paksa anak kita terpaksa memilh antara kedua ibu bapa. Dalam kata lain satu bas tapi ada 2 pemandu dan 2 arah tujuan. Kerana itu biarlah tidur sekali dan mimpi pun sama.

Para suami harus tahu, apabila isteri memarahi anak-anak, jangan pula anda marah atau tengking isteri depan anak-anak. Malah, buat apa yang patut. Bantu mereka dalam situasi itu. Bila isteri marah anak. Jangan lwn atau marah isteri depan anak. Bila isteri marah kita bantu apa yang patut. Kadang-kadang masa tu dia tengah susu anak, 2 anak lagi brbalah dan jatuhkan air atau makanan. Kita tolong kutip makanan yang jatuh bersihkan. Kita tolong jaga 2 anak lagi.

Biasa mereka marah sedang mereka masak lauk di dapur seorang diri. Kita suami kadang-kadang tengok tv atau hp. Anak-anak dah sepahkan rumah ada yang mengacau di dapur. Mereka kunci jam Mereka masak sahur, mereka kena hidang. Mereka kejut anak. Mereka kejut suami, mereka kemas pinggan dan dapur. Mereka kena marah kalau tak kemas. Mereka kena marah kalau terlambat. Mereka kena marah jika penat tak bangun sahur.

Mereka bukan marah anak sebenarnya abang. Seperti anak-anak. Mereka buat hal, mereka jadi pelik, mereka brbalah, mereka tak nak pergi sekolah, mereka dahagakan perhatian dan kasih sayang ibu bapanya. Lagi mereka kena marah dan jerit lagi mereka berusaha tarik perhatian..buat macam-macam.

Sebab tu banyak isteri yang dulunya baik dan lemah lembut. Tapi bila suami dia buat hal dan ada perempuan lain. Dia maafkan tapi belum dapat lupakan mereka jadi berubah. Terus jadi pemarah dan kuat mengmuk dan bermasam muka, mula minta macam-macam. Cemburu lain macam. Sangka macam-macam sebab hati mereka dah luka.

Apa para suami perlu lakukan untuk mengatasi masalah seperti ini diantara keluarga? Ubatnya kita sebagai ketua keluarga hidupkan amalan ta’lim dalam rumah. Pergi berdating berdua. Berjuang di jalan Allah. Cuba bawa isteri 3hari belajar iman. Berada di jalan Allah. Pergi umrah. Ziarah Kaabah. Ziarah Rasulullah saw. Solat malam sama-sama. Bersyukur kunci segalanya. Sentiasa sabar. Lihat orang yang lebih susah dari kita.

Ya Allah sayangilah isteri kami yang tercinta. Kami maafkan segala salah silap mereka semua kepada kami. Kerana semua ini salah kami sebagai suami kerana belum menjadi suami yang baik. Maafkan kami kerana belum menjadi isteri yang baik.

BACA: Wartawan ini dedah rahsia macam mana proses perpindahan pemain kelab bola terkenal dunia