‘Suami saya sangat baik sangat rajin, pembersih penyayang tapi suami yang tak di doakan, ini puncanya’

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

saya isteri, dah 5 tahun berkahwin anak ada dua orang, sepasang, yang sulung perempuan dan yang kedua lelaki dua-dua bersalin ceaser.

Sepanjang 5 tahun berkahwin 70% kehidupan saya pjj dengan suami, sehingga ke hari ini.

Saya dan suami kelulusan degree tapi suami minta saya tak bekerja dan focus jaga anak-anak saja.

Sebelum berkahwin saya bekerja gaji 2k+, lepas bersalin saya ada usaha berniaga buka kedai tapi suami

suruh berhenti juga sebab badan saya tak dapat bawa, beli stock keluar masuk kedai dengan dua anak,

'Suami saya sangat baik sangat rajin, pembersih penyayang tapi suami yang tak di doakan, ini puncanya'

Anak kedua masa tu baby lagi kena gendong masuk kedai. Kadang tidur, tinggal dalam kereta saja minta anak pertama kunci pintu sementara saya masuk kedai.

Sebabkan fikirkan anak, saya tutup kedai dan tanggung rugi dan hutang sendiri. Suami cakap nanti dia bayarkan semua hutang2 saya, termasuk hutang perniagaan tapi dia tiada pendapatan yang cukup.

Mana suami saya? Begitu lah yang selalu di persoalkan orang-orang apa lagi pakcik makcik saya. Dah macam ibu tunggal kata mereka.

Suami yang tak di doakan… kenapa macam tu? Saya nak cerita untuk merungkai kekusutan hati dan fikiran saya, harap-harap dapat nasihat-nasihat yang bernas dan berguna untuk saya teruskan hidup dan dapat ke kuatan.

Dua insan tempat saya selalu rujuk dan luah untuk dapatkan penyelesaian sudah pergi menghadap ilahi, kakak sulung dan ibu saya. Sejak dari tu saya memang banyak memendam.

Suami saya sangat baik sangat rajin, pembersih penyayang. Dia merupakan anak bongsu ada ramai kakak-kakak. Kehidupan kami sedikit sempit dari segi kewangan, banyak masa sesak juga la korek tabung pakai syiling. Tapi syukur alhamdulillah ada saja rezeki selalu mencukupkan rezeki anak mungkin.

Suami saya tak ada kerja, lebih tepatnya dia tidak berniat untuk bekerja. Dia jenis yang tidak boleh berkerja dengan pengawasan atasan, tak tahu la kenapa macam tu.

Suami pandai menjahit repair pakaian, ada masa dia buat part time masuk event hotel, kadang masuk pasar malam berniaga, kalau ada kereta yang dia bawa di bagi pinjam ka dia buat maxim dan in drive. Dari situ la dia dapat income, cukup-cukup makan cukup-cukup keperluan saja, nafkah rumah tak mampu lagi untuk 5 tahun ni.

Jadi sepanjang 5 tahun ada tahun saya tinggal rumah mak, ada beberapa bulan saya duduk dengan mertua, berpantang anak kedua saya duduk dengan mertua, juga.

Ada bulan kami cuba nasib pergi negeri orang kami tumpang bilik di rumah ipar, ada duduk ruang tamu juga. Tak nak menyerah punya pasal, sanggup hidup susah senang dengan suami.

Sebabkan selalu hidup pjj, suami saya lebih terbiasa hidup tanpa anak bini. Tak mengatur anak bini, dia lebih selesa solo, atur barang sendiri, hidup pindah randah sendiri. Alasan dia tak mampu lagi bagi sedia tempat tinggal dia tak stabil lagi nak hidup dengan nak bini.

Tapi mak mertua selalu tegur, jadi merempat tumpang bilik pun sebab mak mertua masuk campur tak suruh hantar kami balik kampung lagi. Dia jadi serabut, selalu salahkan kami tak memahami keadaanya, ada masa terdetik kami menyusahkan dia, habiskan duit dia yang susah payah dia dapatkan.

Jadi hujung tahun lalu kami putuskan untuk sewa rumah biras, nak usaha sehabis baik seperti orang lain, tapi end up suami pergi negeri lain ikut kakak dia kerja dekat syarikat ipar dia di utara semenanjung sementara kami di biarkan di selangor di rumah sewa tu 3 beranak,

Sewa rumah tak dapat bayar sebab kerja tak bergaji, company tak stabil lagi katanya. Jadinya saya minta cuti balik kampung di borneo nak raya dengan adik beradik sini, dan dah terbengkalai beberapa bulan kat sini sehingga ke hari ini sebab suami tak ada duit nak bawa berhijrah balik merantau.

Berbalik kepada tajuk, sebabkan pjj banyak masa saya kesian dengan perkembangan anak-anak saya, tiada ayah nak bagi didikan.

Walaupun duduk serumah, suami lebih banyak masa dengan telefon atau sibukkan diri dengan mengemas rumah, atau keluar pergi mana-mana. Dia rimas duduk dalam rumah saja. Jauh atau dekat jika ada yang tidak betul pada anak, atau anak jatuh sakit saya yang di salahkan, didikan saya yang salah, begitulah selama 5 tahun ni.

Tahap mental dan kesabaran saya jangan cakap la, allah sahaja yang tahu. Suami saya anak bongsu dia banyak membesar dengan kakak-kakak dia anak-anak buah dia, bila tengah berkumpul ramai-ramai pun dia selalu lebihkan kakak-kakak dia, anak buah yang lain sampai anak selalu makan hati cemburu.

Pernah ada perjalanan keluarga, ada majlis ke negeri lain, suami akan drivekan kakak dia, dengan anak-anak buah dia, kami 3 beranak tumpang anak buah dia yang ada kereta lain. Drive pun laju2 tak hirau anak bini yang ada dalam kereta lain tu, di tinggal macam tu saja.

Suami saya paling tak boleh bahas pasal hubungan dia dengan adik beradik atau mak dia, yang lebih pro kepada mereka bila kami ada dalam satu tempat.

Ada hari suami tidak balik langsung ke rumah sebab penat urus urusan adik beradik dia dan tidak mencari nafkah pun untuk keluarga kecil kami.

Sebab itu juga saya tidak mahu duduk dengan mertua saat ini, suami tidak mampu berlaku adil, rasa macam bermadu dengan mertua pun ada, dia ada dengan kami bila waktu tidur saja, yang lain akan berada di tempat cari rezeki, balik rumah spend time dengan mak dia saja, biar pun saya ada duduk semeja atau seruang.

Hanya topik anak-anak saja baru saya akan di layan dan di ajak bercerita sekali. Kalau saya dengan mak mertua saja di rumah tak ada masalah, kami hidup macam anak dan mak, tapi bila ada suami macam hidup bermadu, dia terlalu lebihkan mak dia, duit nafkah pun tunggu mak dia yang ingatkan suruh hulur duit baru bagi,

Kadang kalau mertua ada duit dia bagi ja saya suruh beli apa-apa saya nak. Adakah hati saya yg sudah hitam atau macam mana? Semua peristiwa meninggalkan bekas dalam hati.

Berdosa tak saya tak doakan suami? Ada masa bila suami cakap benda tak elok pada saya, pasal saya tak bersyukur atau tidak mampu bersabar saya kecewa dan doa akan tuntut semua di akhirat nanti. Adakah sebab saya tidak doakan suami saya punca rezeki kami jadi sempit? Atau hidup merempat macam ni?

Suami kata doa saya tiada kaitan tak berkesan dengan dia, semua allah sudah tentukan rezeki, hidup dan mati seseorang tu. Selama 5 tahun boleh kira beberapa kali saja dia imamkan saya, kuburkan lain-lain katanya.

Bila bawa suami deep talk pasal hala tuju rumah tangga dia akan putar cerita, dia hanya akan cakap dia tak mampu minta saya faham keadaan. Awal2 dulu dia salahkan saya minta kahwin awal dia tak ready lagi.

Sepanjang 5 tahun dah 2, 3 kali dia cakap suruh saya pulang balik rumah mak saya, dia cakap kalau tak boleh terima dia dengan keluarga dia dia hantar saya balik rumah mak saya. Sekarang saya dah duduk rumah mak saya berbulan, tapi bukan sebab dia niat nak bagi pulang. Nanti dia ambil balik katanya.

Bila saya suarakan saya stress dengan karenah anak-anak, saya penat atau saya nak keluar bekerja ada pendapatan sendiri dia selalu cakap nak ambil anak-anak suruh mak dia yang jaga.

Tapi mak dia dah tua tau, masa saya berpantang pun tak suruh harap sangat dengan mak dia, tak suruh berniat nak mak dia jaga anak-anak walaupun mertua mahu, dia kata tu mak dia bukan penjaga budak. Tapi bila saya nak kerja nak ambil pula.

Lagi, bagi saya rumah mertua saya level tak selamat untuk anak-anak saya, mertua selalu selit2 pisau yang dia buat potong buah mana-mana bawah sofa bawa bantal, kadang parang lepas potong2 di dapur terbiar tempat rendah.

Semua ni saya tak boleh sebut dengan suami, saya tak ada hak, kalau tak mahu tinggal sekali duduk pjj saja la duduk diam. Nanti dia bagi duit.

Tahun depan anak saya kena masuk sekolah dah, masih hidup merempat, tak ada pendapatan tetap. Suami kata rezeki allah tu pasti ada. Boleh faham tak perasaan seorang istri tu?

Saya berfikiran jauh, dah siap target nak macam mana nak usaha apa kena buat apa, saya terdidik begitu, suami pulak kata saya tak fleksible menyusahkan diri sendiri kalau begitu.

Saya minta dia kerja kena ada pendapatan tetap bulan2, kerja office lagi bagus ada degree kan, malam boleh spens time dengan anak-anak, hari cuti boleh hang out. Tak macam sekarang keluar pagi balik malam, balik untuk makan dan tidur saja, balik awal pun sibuk kemas rumah atau spend time dengan mak atau abang dia.

Suami cakap ada rumah nanti tak payah ada tv membuang masa, tpi kalau pergi stay rumah anak buah dia nak bawa anak mandi kolam, duduk depan tv anak bini tak pandang, kalau bjauh call xangkat pun, dia gerak bila pergi tandas atau makan saja. Faham tak perasaan saya sebagai ibu dan isteri tu?

Dia juga cakap, anak-anak tak payah sekolah pun xapa, home school saja, banyak pengaruh negatif kalau masuk sekolah, tapi cikgunya tu saya, dengan perbelanjaan hidup yang serba tak cukup tu dia boleh ada fikiran begitu.

Dia juga cakap, anak perempuan dia tak payah belajar tinggi2, kalau ada orang nak masuk meminang dia bagi kahwin awal je.

Bab aib lain nafkah yang tak terpenuhi saya tak nak sebutkan dah. Kalau meluah atau bercerita dengan adik beradik saya perkataan bodoh tak henti2 terucap untuk suami, jadi saya memilih diam.

Sekarang saya dah buat keputusan untuk bercerai, saya kesian kan anak-anak nanti macam mana, tapi kesihatan mental saya cukup teruk, seakan tidak mau semua yang selalu saya hadap berlaku lagi, lagi2 suami tidak berniat kerja, macam mana kehidupan dgn masa depan?

Sampai bila kena bagi peluang kena bersabar, anak-anak saya membesar tanpa perhatian seorang bapa, tanpa didikan kasih sayang belaian. Tak ada beza dengan hidup menjanda anak dua.

Jadi saya minta dia lepaskan saya, saya tak mahu terikat dengan keputusan dia lagi, tak mahu terikat dengan redha seorang suami lagi. Saya tak mahu rasa berdosa sebab tak doakan suami, doa yang buruk2 pasal suami.

Oleh kerana suami tidak dapat bagi nafkah saya sebagai isteri secara menyeluruh saya rasa sudah cukup kuat alasan untuk dia menceraikan saya.

Saya cakap dengan dia kami masih boleh berbaik sama2 besarkan anak, saya tidak akan halang dia jumpa anak2 atau kalau nak ambil anak2 tinggal dengan dia.

Saya nak merdeka mental dan fizikal untuk masa ni. Saya kena tetap waras untuk anak2 saya, kewarasan saya suami yang pegang dia langsung tidak boleh pun, sedangkan tanya khabar, atau mau dengar luahan hati saya pun dia tidak boleh penuhi, jadi rasanya sudah cukup.

Hari2 saya ingatkan suami untuk tetapkan pendirian ceraikan saya, berdosa kan minta cerai tu, tapi apa lagi saya mampu buat…

Saya ada pernah terfikir nak bunuh anak sebab suami tak ambil kisah, call tak sambut, anak perlu kelengkapan tapi duit tak ada stress dia tu lain macam, saya ada fikiran diri sendiri tak ada guna naik lari jauh2 tinggal suami,

Saya fikir sebelum ni saya ada kerja sendiri, ada duit gaji sendiri, saya sewa rumah sendiri, bebas makan apa2 pun nak pergi mana pun,

Saya ada kereta itu pun dah rosak lepas kahwin tu (saya sanggup balik kerja naik mrt lepas tu transit guna bas ambil masa 2 jam sebab nak bagi suami pakai kereta tu pergi pasar malam, tapi balik tak ada hasil juga.) sampai begitu bagi kesan, saya sangat kecewa sampai sekarang.

Tapi suami saya sangat baik penyayang bila hanya kami berempat saja.. Sayang memang sayang.. Tapi rasanya sia2 jika terus begini. Adakah saya yang tidak cukup beryukur atau bersifat tidak sabar

Terima kasih sudi baca luahan panjang saya ni. Saya sudah cuba sehabis baik untuk menapis apa yang saya tulis di sini.

– Cona (Bukan nama sebenar)

BACA:  Berang staff butik LV layan macam pengemis, wanita buat pembelian secara tunai RM368K