Suami tergamak lacurkan isteri sendiri demi duit, rupanya ini yang jadi punca suami nekad jual maruah isteri

Oleh NADIA HARON

Padah menjual isteri untuk eksploitasi seks, seorang pegawai bank dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

keputusan itu dibuat Hakim Datin Surita Budin selepas tertuduh yang berusia 35 tahun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan.

Difahamkan, kesalahan itu dilakukan suspek di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 30 Oktober lalu.

Suami tergamak lacurkan isteri sendiri demi duit, rupanya ini yang jadi punca suami nekad jual maruah isteri

Susulan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman ringan dikenakan ke atasnya dengan alasan telah insaf serta sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan atas kesalahan hidup atas wang hasil daripada persundalan isterinya.

Saya memohon hukuman penjara berjalan serentak dan hukuman yang sama iaitu tujuh tahun penjara, kalau mahkamah putuskan (hukuman penjara) lebih daripada itu saya mohon digantikan dengan sebatan.

Saya juga mohon isteri dapat dikeluarkan daripada pusat perlindungan supaya keluarga dapat aturkan dia pulang ke Sabah.

Selain itu, tertuduh turut memohon agar mahkamah menyerahkan semula tiga barang rampasan iaitu kunci rumah, kunci kereta dan telefon bimbit.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah ditangkap oleh pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas disyaki menjadi ejen serta ‘transporter’ dalam menguruskan aktiviti pemerdagangan manusia dengan tujuan mengeksploitasi seks.

Hasil siasatan mendapati tertuduh yang merupakan suami kepada mangsa melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Julai 2022 bagi tujuan menyelesaikan hutang yang ditanggung.

BACA: “Mak kata cukuplah, biar dia saja menderita di balai seorang hadap polis dan mahkamah, rupanya sebab ayah