Suami terpikat cikgu janda muda, isteri nekad serang dekat sekolah

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Seorang wanita di Pangandaran, Jawa Barat, mengambil tindakan tegas dengan mendedahkan

Perbuatan seorang guru yang menjalin hubungan sulit dengan suaminya,

bertujuan memberi pengajaran kepada wanita tersebut. Kisah ini dilaporkan oleh laman berita Tribunnews baru-baru ini.

Wanita berusia 35 tahun yang dikenali sebagai MAW, ibu kepada dua anak, mula mencurigai tingkah laku suaminya

sebulan lalu sebelum menemui bukti kecurangan melalui perbualan di aplikasi WhatsApp.

Suami terpikat cikgu janda muda, isteri nekad serang dekat sekolah

“Mereka pernah mendaftar masuk ke hotel, malah suami saya menjemput wanita itu menggunakan kereta saya,” dedahnya.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut disahkan seorang guru berstatus janda yang mengajar di sebuah sekolah di Pangandaran.

“Saya pergi ke sekolahnya untuk meminta penjelasan. Perkara ini akan saya laporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah,” kata MAW.

Dia menegaskan bahawa tindakannya mendedahkan isu ini adalah untuk memastikan guru tersebut dikenakan tindakan sewajarnya, kerana perbuatannya tidak mencerminkan etika dan imej seorang pendidik.

BACA: Ini respon padu Anwar Ibrahim, kes pendakwah Indonesia hina penjual air dalam ceramah